assalamualaikum...
Baru semalam aku tulis blog, hari ini tulis lagi.. Banyak betul idea aku... Tapi kali ini entry betul-betul untuk ayah aku... Hee..... Sempena Hari Bapa... Walapun dah berbulan lepas....
Ayah aku namanya Mukhtar bin Mahat... The MOST Gentleman guy ever live.... heee.... Dulu waktu aku zaman-zaman hingusan tadika, kami sekeluarga tinggal di kuarter FELDA kerana ayah aku seorang pegawai FELDA, ibuku seorang wanita berkerjaya yang masih lagi sibuk dengan tugas-tugasnya walaupun tahun depan akan bergelar seorang maktok pencen... Di sebabkan ibuku seorang wanita yang sangat sibuk di zaman kegemilangan kerjayanya, maka aku adik-beradik lebih rapat dengan ayah compare to mama masa kecil-kecil.... Sekarang fair and square, dua-dua rapat.....
Aku ingat lagi, masa kecil-kecil kalau menangis nak susu malam-malam mesti ayah aku bangun bancuhkan.. Kalau menangis lapar tengah-tengah malam, mesti ayah aku bangun then suapkan nasi untuk aku... Sebab masa kecil-kecil suka merajuk dengan mak aku then tidak makan malam.. Akibatnya, ayah aku juga yang tanggung... Sayang ayah.... =)
Sewaktu aku kecil-kecil dulu, ada satu hari yang ayah aku terlupa ambil aku di sekolah... Rasa-rasanya aku darjah 1 kot... Lebih 30 minit aku tunggu, ayah aku tidak muncul-muncul.... Dengan rasa bebal di hati, aku pun ambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumah.... Agak jauh juga, hampir 15 minit berjalan kaki di tambah dengan panas dan lapar, perjalanan ke rumah membuatkan aku mahu merajuk di dalam hati habis-habisan dengan ayah aku...
Sampai saja aku di rumah, aku tengok motor ayah aku parking di dalam garaj... Aku dengan air muka yang menahan nangis naik ke rumah dan mencari ayah aku... Rupa-rupanya, beliau sedang basuh kain sebab mesin basuh rosak... Sebab tu beliau lupa akan anak dia seorang nih... Aku pula masih kanak-kanak hingusan pada waktu tu, terlupa pula yang mesin basuh rosak... Huhuhuhuhuh.... Bila ayah aku nampak aku dengan pakaian sekolah dan beg yang berat, beliau terus pujuk dan minta maaf sebab terlupa.... Sebenarnya, aku waktu itu aku rasa amat bersalah dan aku yang sepatutnya minta maaf sebab ada perasaan merajuk terhadap ayah aku... T_T... Maaf ayah......
Jadi di pendekkan cerita, hari itu end up dengan aku dan ayah aku basuh baju bersama-sama dengan gumbiranya... heee.....
Ayah Happy Father's Day... hee... Walaupun sudah lama hari bapa berlalu tapi hari-hari yang kita lalui bersama akan sentiasa menjadi hari bapa buat teah kerana kenangan yang terindah ialah apabila ayah sentiasa ada di sisi anakmu ini walaupun apa jua yang terjadi... Terima kasih ayah.... Sayang ayah... Ampun dan maaf dari anakmu yang bakal berjauhan tidak lama lagi....
No comments:
Post a Comment