Tuesday, December 29, 2009

A Day That Stop Become Non-stop.

Assalamualaikum~

Hidup masa cuti memang best. Tengok Movies. Gosip artis Korea. Tahukah anda bahawa 2pm sangat best dan hot? Opps. Hee.

Lama aku tidak mengupdate blog. Susah betul nk update sebab tiada idea.

Seminggu bercuti sudah berlalu, tinggal lagi seminggu untuk meneruskan perjuangan. Belum bersedia. Macam mana ini? Modul masih hilang walaupun ada di depan mata.

Ok-ok. Lupakan sebentar. I pergi Bandung okeh. Hee... Buat apa? Shopping, jalan-jalan. Mahu strawberi tapi tiada jodoh dengannya. Takpa-takpa lain kali aku berjodoh-jodoh dengan semua berry-berry yang ada di dunia, Strawberry, raspberry, blueberry, kambing berry-berry tidak sama sekali. Owh. Cakap pasal kambing, teringat zaman dulu-dulu kala. Disebabkan aku tinggal di taman dan sebelah kampung aku ada kampung. Aku suka main dikampung sebab kawan-kawan di kampung sangat cool, main lumpur, guli, masak-masak. Kalau kawan-kawan di taman mereka tidak cool, main basikal, lumba lari. Adoi. Bosan-bosan.

Kembali pasal kambing, ada dua jalan untuk ke kampung itu, sama ada melalui jalanraya yang besar atau jalan kampung yang harus melalui KANDANG KAMBING. Kalau ada kandang mesti ada tahi. Hahahaha.. Disebabkan aku lebih suka memilih jalan kandang kambing, jadi lama kelamaan aku telah mendevelop rasa suka bau tahi kambing. Iyek kan?? Waktu itu tahi kambing sangat wangi. Iyek-iyek.... Hahaha... Sekarang sudah tidak lagi. Jangan risau.

Okeh. Kembali kepada trip ke Bandung. Best-best. Trip to Bandung memang best. Bandung memang best. Van untuk ke Bandung memang best. Akak-akak yang aturkan trip ini pun memang best. Tempat bermalam memang best.

First pergi kawah putih, then shopping, tidur di Villa. Esoknya pergi kebun strawberry tapi belum buka, pergi ke Tangkuban Perahu, Pasar Pagi, Factory Outlet, pulang Jakarta.


Kawah Putih sangat sejuk.


Villa Ungu sangat cool.



Tangkuban Perahu sangat insaf.


Saya sangat cantik.





P/s= Terima kasih kepada akak-akak yang mengaturkan trip ini. Terima kasih Allah kerana memberi peluang. Terima kasih kamera kerana memberi gambar. Terima kasih kawan-kawan kerana melihat. Cool kan saya?

Tuesday, December 15, 2009

Perjuangan harus diteruskan.

Assalamualaikum~

Mungkin hari pertama block baru tidak seburuk yang di sangka walaupun modul kali ini boleh dikatakan setebal mungkin. Sekurang-kurangnya kami, pelajar 2009 kumpulan A dan B boleh melihat gambar Jame Bond zaman lalu yang hensem. Ah.. Lupa... Kumpulan C dan D juga mesti kena dan pasti sudah melihat gambar itu.

Lepas gambar Bond yang bakal dan sudah di kaitkan dengan Chemical bond atau dalam bahasa mudahnya a.k.a Ikatan Kimia dalam bahasa yang aku selalu anggap senang, muncul gambar perempuan seksi. Auw... Aku terkesima, kerana kelihatan dosen itu sudah berusia seusia mungkin. Ah... Mungkin mahu menarik perhatian kanak-kanak lelaki yang meningkat remaja didalam kelas. Lupa... Dalam kelas itu ada kaum adam.

Ikatan kimia menjadi subjek pertama yang dipelajari dalam modul Dasar Biologi Sel 1 bagi yang susah memahami, Basic Biology: Cell 1. Sila fahami dengan betul, kerana aku baru memahaminya sebelum menulis di sini.

Hari kedua merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Apabila penghawa dingin mengalami rusuhan beramai-ramai yang menyebabkan manusia di dalam dewan kuliah beramai-ramai mengeluarkan rusuhan kata-kata "Panas gila Jakarta", "Banyak Betul dosa kau", "Tolong tiup aku", "Brengsek punya ase", etc2.

Ase= aircond. Cara sebutannya bukan seperti 'ass' kata-kata kurang baik itu. Tetapi A-Se, A untuk ayam dan Se untuk sekor. Sekor, bukan sekor. Ah... Ayam Sekor! Perfect. Teha memang pandai. Hahaha. Ok. Lawak yang buruk.

Subjek karbohidrat seolah-olah memboikot aku apabila material yang banyak dan pelajarannya di ajar dengan terlalu cepat. Macam megi yang ditambah air secara berlebihan. Ditambah pula dengan panas yang mengakibatkan mengantok. Haish... Aku boikot nasi mulai hari ini. Selamat tinggal nasi.

Karbohidrat= nasi.

Hari ketiga, masih memerlukan perjuangan sebelum bercuti beramai-ramai. Yeay!

Fatihah Anisah perjuangan harus didulukan.



P/s= Mahar Khadijah binti Khuwailid daripada Rasulullah SAW adalah sebanyak 1000 unta. Sigh. Terlampau kagum.

Saturday, December 5, 2009

Reader Digest.

Assalamualaikum~

Selalunya bila aku sibuk, aku hanya buka buku itu, baca, simpan. Hari ini aku sibuk juga, sibuk dengan perasaan takut untuk exam minggu depan, nak kena belajar lagi, baru habis remed, tapi aku buka juga buku itu, baca tapi aku tidak simpan lagi. Baca lagi, then bau. Wangi.


"Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)" Surah Asy-Syarh, ayat 7.





I love the smell of Al-Quran..

Friday, December 4, 2009

Kali Pertama

Assalamualaikum~

Orang kata perkara yang pertama kali itu seronok. Aku pun rasa macam itu. Macam pertama kali aku berjaya naik basikal masa kecil-kecil, bukan main seronok lagi aku waktu itu, sampai lupa mahu tengok depan ada tiang garaj. Selanjutnya mungkin dah dapat agak. Perkara itu berlaku di hadapan mak aku, beliau gembira bila tengok aku dah pandai naik basikal, tapi tiada perasaan bila aku langgar tiang, sebab dah biasa. Mak kata "Alah bisa, tegal pun kena bisa juga". Maksud? Entahlah.

Bila kali pertama aku sampai Indonesia pun aku suka juga. Walaupun perasaan waktu itu agak bercampur-baur sebab kena berpisah dengan keluarga. Aku suka, sebab aku tidak pernah sampai lagi. Aku suka, sebab mak aku kata di sini boleh shoping. Aku suka, sebab kawan-kawan aku suruh kirim salam dekat kumpulan Ungu, Peter Pan, Nabila dan macam-macam lagi. Orang yang pergi UK mana ada semua benda ini. Maaf, bukan benda, orang. Hee.

Masa kali pertama aku masuk hospital pun aku suka juga. Siapa kata Fatihah kebal?? Ayah, ayah dah salah. Hahahahaha.

Tapi.. Bila kali pertama aku FAIL subjek, itu adalah perasaan yang tidak meyenangkan. Subjek apa yang aku FAIL? Metodologi Penelitian. Welcome to the real world Teha. Ok-ok aku datang. Huhuhu. Terasa seperti kena tamparan yang menyedarkan. Sila bangun Fatihah, bangun, kejar, lari, dan lari. Jangan tidur lagi sebab anda bakal ketinggalan lagi. Yeah. Hahaha. Kenapa aku gelak? Ok. Fatihah dah gila.

Kepada kawan-kawan yang bakal dan sudah remed, anggap saja kegagalan itu macam masak sup, kalau kita tambah perasa kegagalan bukankah macam kita tambah perasa yang buat sendiri, lagi sedap berbanding sup segera cap babas. Fine. Perbandingan yang mengarut. *kali pertama gagal, speechless*

Apa-apa pun, usaha akan tetap di teruskan dan di pergiatkan lagi kerana perjalanan masih jauh dan panjang. Gagal sekali tidak bermakna akan gagal lagi sebab saya, Fatihah Anisah tidak akan membenarkannya. InsyaAllah. Fighting!




(^_^)V

Saturday, November 28, 2009

AidilAdha.


Assalamualaikum~

Salam Aidiladha. Aidiladha aku untuk tahun ini yang pertama kalinya tanpa keluarga, semuanya pasti ada yang pertama. Hee. Sebenarnya sengaja aku menangguhkan post hari raya Aidiladha dengan harapan banyak cerita yang boleh di ceritakan namun ini sahaja yang termampu. Perjalanan Aidiladha hari pertama bermula dengan solat raya di Masjid Darul Hikmah (dekat dengan rumah), kemudian bergerak ke Kedutaan Malaysia Jakarta.




Penyembelihan berlaku, masak-masakkan berlaku, makan-memakan berlaku dan pulang ke rumah, tidur zzzz. Hee.

Aidiladha kali ini dirasakan lebih bermakna. Semuanya tampak dengan jelas niat dan isi Aidiladha. Aku adalah seorang manusia yang tidak pernah melihat penyembelihan kerana kalau tiba sahaja Aidiladha, aku akan menjadi manusia yang menemankan mak aku untuk tidak melihat perkara-perkara penyembelihan kerana mak aku akan muntah kalau melihat. Jadi, ini merupakan pengalaman pertama. Hee.

Malam sebelum raya, kedengaran takbir dari anak-anak kecil Indonesia. Mungkin tidak sesedap dan sesayu orang-orang yang berpengalaman tetapi cukup untuk mengharukan aku. Mungkin ini yang dikatakan sebagai Akademi Imam yang pernah dicadangkan oleh Cikgu Zambri. Salah satu cara dalam pembangunan ummah. Fatihah bercakap tentang pembagunan ummah? Ewah-ewah... Hahahahaha. Lebih baik dari Akademi Fantasia. Hee. Tapi aku tengok juga Akademi Fantasia. Musim 2 dengan 3. Hee.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat kawan-kawan seperjuangan. Lambaian Aidiladha dari bumi Jakarta buat keluarga dan kawan di tanah air.





Saya Fatihah Anisah. Hee.

Thursday, November 26, 2009

Dreams

Assalamualaikum~

Backpacking around Europe. Another 10 years. Cant wait for that. Just me and my girlfriends. This is a crazy idea but yet I am so excited. Hahahaha. Husbands are not allowed, in case we are married at the moment and husbands must take care of the children. *Wink*

Backpacking.

Europe.

Selepas berbulan-bulan aku dan Cik Panda/Biskut tidak mengkontek-kontek atas alasan kesibukkan masing-masing and when we did, backpacking around Europe surfaced. Hahahaha.

Semuanya bermula bila Cik Panda bercita-cita mahu ke London dan aku mahu ikut. Tiba-tiba muncul mungkin aku dan panda boleh melancong sama-sama bila usia dan ekonomi sudah mantap.

Bercerita mengenai Cik Panda, dahulu kala aku sangatlah tidak menyukai beliau kerana beliau ini anak emak. I hated anak emak at that moment, because I am not aku anak ayah. Masa itu, zaman-zaman muda remaja, darjah 4.

Bila darjah 6, mak dia jadi cikgu English untuk kelas malam kelas aku, lagilah aku tidak suka dia, sebab cemburu kot. Mak aku mana ada kerja cikgu, tidak pernah mengajar-ngajar ini. Tingkatan 1, dia dapat MRSM, lagilah aku tidak menyukai beliau, sebab aku pun nak juga dapat MRSM tetapi kemudian dia kembali ke sekolah lama, setelah beberapa bulan di sana, bertambah lagi aku tidak suka dia sebab tidak bersyukur. Aku mahu peluang itu.

We haven't spoken for another 3 years, kalau ada pun tegur-tegur dan berbasa-basi sahaja. Not more than that.

Masa tingkatan tiga, ayah aku mahu aku belajar di tempat tusyen dan aku sangat takut untuk belajar berseorangan di situ kerana pusat tusyen itu majoriti adalah anak-anak Cina. Jadi aku pun ajak Cik Panda kerana aku dan dia merupakan jiran dan sama umur. Terpaksa. Hahahahah.

Without realizing it, that was the starting point where Fatihah got her besties. We got to know each other and end up become best girlfriend up till now and InsyaAllah forever. Hahahaha.


Cik Panda, dulu Cik Biskut.

Thanks for everythings. (^_^)V




P/s= I love all my friends.... Hee....

Friday, November 20, 2009

Anda sangat poyoss~

Assalamualaikum~

Okeh. Start a new life with a new block, next week. Hahahahahah.

Masa dulu-dulu, aku tulis blog sebab kawan aku kata blog ini macam diari. Tapi diari online, ada orang baca. Aku pun fikir, aku selalu tulis dalam diari tentang benda yang aku tidak mahu orang lain tahu, macam aku pernah crush dengan cikgu praktikal masa tingkatan 1. Oppss.. P/s= Cikgu tu sangat kiut. Hahahahaha.

Aku pasti tulis yang anak murid aku pun pernah crush dengan aku dulu. Oppss.. Dulu aku jadi cikgu ganti, menggantikan cikgu-cikgu yang sibuk menguruskan anak-anak yang baru lahir. Di sebabkan aku tiada anak, maka aku tiada masalah untuk menggantikan mereka. Kalau ikut pembelajaran logika kuliah Pak Radjiman, Jika tiada anak, Maka boleh jadi cikgu. Nah....

Tapi aku juga mesti tulis dalam diari, macam mana Fatihah Anisah sangat suka memalukan diri sendiri, bila dia memakai kasut tinggi masa raya yang lalu, dengan bangganya berjalan ala-ala lipaswalk di depan orang ramai yang sedang makan, kemudiannya terpelecokkan kakinya dalam percubaan Fatihah mendapatkan makanan. Oppss... Tidak apa-apa, menurut teori Plato, tubuh manusia merupakan penjara jiwa, jadi orang yang bertuah ialah orang yang membebaskan jiwanya dengan lebih awal melalui kematian. Saat itu, Fatihah merasakan bahwa mungkin dia patut menjadi orang yang bertuah.

Kalau dalam diari, mesti aku tulis yang aku sangat-sangat mahu pulang ke Malaysia waktu ini. Sebab aku teringin makan gulai ketam dengan pajeri. T,T.



Kalau aku dah habis tulis diari, aku mesti tutup dengan "Daaaa diari... XOXO". Mungkin kalau diari online macam blog ini, aku patut tutup dengan lebih sopan sikit seperti "Rindu bau pohon tin, atau erti hidup pada memberi"




P/s
Rindu bau pohon tin= buku yang aku tengah membaca dan cuba menghabiskannya.

Erti hidup pada memberi= slogan hidup orang yang menulis buku di atas.




Heeee............

Saturday, November 14, 2009

Dont pay attention to the tittle.


Assalamualaikum~

After so many months i had been here, i realized that i got to many trial to cope with the languages or accent. Whatever... Tak boleh blah kan sebab nak tulis english.... Hahahahah.... The first trial was in Unity... Must try to change from "depa" to "korang". *im from Kedah* Try not to be wrong, so it won't be funny. Hahahhahahhaha.... I tried to change the accent so that I'll not be so different from them since i m the only Kedahan in my house at Palm Spring. Then, second one is here. Again, try to change from "korang" to "kamu".. "aku", "kau" to "gue", "lu". Apekah Fatihah?? But then, i felt that there not a problem at all, since im always mistaken the Indonesia Language as Indonesia accent... That not a big deal right.. Just like, when you are in Terengganu, "mung" is for "kau"(KL accent) or "hang"(kedah or perlis or penang or some part in Perak).

I just need to change "kau, anda, mung, hang, awak" to "lu, kamu"... Not so hard ha... But then, if i tried to speak in Indonesia Language, i got to explained to my local friends back in English or they just gonna stared at me for a few minutes then nodded and proceed with the discussion. Sometime, when i was accidentally blurted out some word like "awak", my local friends will also blurted out some questions or expressions like "Apa?? Aku gak faham" with some 'kerutan'... Or for some local friends that a bit polite, they just gonna say "Speak english please..."

That wasn't the worst one i think. The worst one was in Unity, when i tried to speak KL without realizing it was Kedah's accent. I asked for an eraser from my friend, "F nak raba".... She just look at me and stared. I stared at her too and end up knowing that my word could mean porn... Hahahahaha... I explanined it to her. After that day, if i asked for eraser "F nak raba", she just going to have two answers, either "Sila la raba aku" or "Ape raba-raba?? Lucah".....


^_^V..... Fatihah, Fatihah..... Anda memang sangat suka merapu......

Tuesday, November 10, 2009

Datang tau...

Assalamualaikum~

Awak... Awak kena datang tau.. Saya tunggu awak.. Macam hari-hari yang lepas, saya tunggu awak... Saya tahu awak mesti datang... Sebab awak tidak pernah tidak datang...

Itu kan janji... Saya tunggu.... Lepas saya jumpa dia tadi, saya tunggu awak pula... Hari ini hujan, awak pasti datang juga... Tidak kira hujan atau tidak.. Saya tahu, awak pasti datang...

Awak tidak pernah tinggalkan saya... Awak tidak akan pernah tinggalkan mereka... Kerana awak, saya sempurna.... Bila awak datang, awak panggil kami semua... InsyaAllah, kami sahut... Awak datang tahu... Saya tunggu....









Allahu Akbar... Allahu Akbar....



Yeaay... Awak datang.... Saya tahu, awak pasti datang... Saya tahu...

Aha! 2#

Assalamualaikum~

Sekarang baru pukul 5.15pm. Tetapi Jakarta sudah kegelapan. Tidak lama lagi bakal kehujanan lagi. Aku suka hujan. Katak memang sukakan hujan kan. Hahahha....

Tapi gelap sangat kot. Ada hantu tak? Mana ada la Fatihah, siang-siang mana ada Hantu. Betul juga. Lupa, hari masih siang.

Tapi sejuk sangat kot. Fatihah Anisah sangat suka... Heee....

Tapi sunyi kot. Semua orang melayan mimpi...

Tapi nak kena baca buku kot. Buka lampu, buka lampu.



Fatihah Anisah, anda sangat malas kan.... Yang ini je post anda? Fatihah memang pemalas.




P/s=hujan sudah mula turun, Alhamdulillah. Lebat. Tak lama lagi Jalan Way Seputih 1 bakal kebanjiran. Haish...

Saturday, November 7, 2009

Aha!

Assalamualaikum~

Jakarta kehujanan dan Tanjung Duren kegelapan.. Aku?? Window shopping di TA(it's a mall)... Gila tidak menghayati saat-saat hujan di Jakarta sebetulnya... Hahahahah.... Apa-apa pun, Alhamdulillah, finally, hujan juga bumi Jakarta ini. Ingatkan hujan dah tidak suka kat sini... Heee...

Terima kasih hujan, kerana menjadikan hari aku lebih sejuk dan bermakna.




P/s= setelah hari-hari kuliah di lab dihabiskan dengan perasaan seperti berada didalam botol yang dipanaskan, hujan is such a relieved. (^_^)V


Thursday, October 29, 2009

Aku ibarat babi...


Assalamualaikum~


Cerita bermula apabila ada dua orang Encik A dan Miss A berbual-bual:

Encik A: Eh, sekarang pukul berapa eh?

Miss A: Apa?

Encik A: Sekarang pukul berapa?

Miss A: Apa?

Encik A : Sekarang pukul berapa??! (nada bengang)

Miss A: Apa???

Encik A dengan bengangnya menarik lengan Miss A tanpa teragak-agak. Dengan terkejutnya Miss A menarik kembali tangannya.

Miss A: Ko pernah pegang babi tak Encik A??

Encik A: Ko gila pegang babi.... Haram la ngek....

Miss A: Ko tahu tak ko dengan aku ibarat babi...

Encik A: Gila bangang contoh ko!!

Okehlah Miss Babi, Sekarang pukul berapa?

oink oink oink


Tuesday, October 27, 2009

Sepetang bersama Fatihah.


Assalamualaikum~

Hari ini hari pleno, di mana semua kelompok dari kelompok A, B,C,D berkumpul di dalam dewan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing, bagi kelompok yang terpilih sahaja. Secara undian ok... Kelompok aku tidak terpilih, nasib baik... Sebab aku merupakan presenter group aku untuk kali ini... Gila kalau aku kena... Mesti menangis aku di depan 300 orang di situ.

Sebenarnya post kali ini bukan bertujuan menceritakan tentang pleno... Tetap seriously perasaan tidak kena pleno itu amatlah melegakan. hehehehehehe..

Kadak akan jadi makdak.... Itu yang cuba disampaikan. Teringat lagi di zaman Unity, perjalanan hidup itu kelihatan dengan jelas sehingga aku merasakan hidup ini hanya sebentar. Dari kitaorang kenal akak kepada kadak yang single-mingle, kahwin and now having a baby. Heee... Tahniah.

Ingat lagi masa di Palm Spring, since aku dan kadak bermeja study bersebelahan. Masa itu kitaorang tengah study untuk exam Padjadjaran. Waktu agak petang-petang:

Kadak: Cemana ni?? Nanti aku kat Indon masa baby nak keluar.

Aku: Kadak... Lambat lagi... Baby baru beberapa bulan.

Tempat di mana dialog itu berlaku. I miss the old life dan the table too.

Now. Everyting comes true... They having a baby and kadak is here in Jakarta. Betapa singkat dan pendeknya hidup ini. Betul kata Kak Ras dalam usrah hari itu, manusia menyinggahi pelbagai alam dan alam yang paling singkat adalah dunia tetapi tidak semua yang berjaya menunaikan janjinya karena lalai dengan dunia yang terlalu singkat. Takut. Takut dengan kelalaian sendiri.

Tetiba aku merindukan Alia dan Aimi... Heee... Mesti dah besar. Aimi mesti dah lupakan maktam. Alia lagi la, dah pandai merajuk sekarang(waktu aku baru bertolak ke Jakarta). Hee..
Whatever it is, im coming back to Malaysia soon. So, siapla semua orang untuk menyambut aku nanti. Aku nak mee kari mak aku punya, nak gulai mak aku punya, nak sate pakcik baik punya, nak nasi tomato(make up for the hari raya), nak rendang mak aku punya and nak Alia untuk di tampar-tampar(geram sebab dia gemok)... hehehehe... Mak dia dengar aku cakap anak dia gemok, mati aku... Heee.....

Heee.... Tahniah Kadak yang bakal menjadi makdak. Heee.... Lepas ini bukan kadak dah, makdak pula..
.



Tuesday, October 20, 2009

Hari ini, kakiku busuk~

Assalamualaikum~

Kecenderungan aku untuk menulis blog semakin berkurangan.... Banyak sangat komitmen kot... Tolong la Teha, komitmen apa yang anda ada.. Makan tidur... Hehehehehe.... Well... Makan tidur itu juga adalah sebahagian dari komitmen... Heee.... Ini merupakan post yang ke-10 yang dahulunya merupakan draft.... Hmmm... Malasnya Fatihah ini....

Tadi baru habis main futsal... Fuh! Letih kot.... Letih tengok diorang main... Aku?? Hanya tukang sorak yang berkaliber... Dilatih dan melatih diri dan orang lain untuk memberi sorakan semangat yang.... Mematahkan semangat orang lain... Apakah fatihah ini??? Hehehehehhe.....

Okeh-okeh... Fine.... Next year aku main.... Seorang pemain yang profesional harus melihat yang amatur-amtur bermain dulu... Kahkahkahkahkah.... Fatihah jangan perasan... Pasukan 2009 aka "nom nom nom" telah berjaya memenangi sagu hati, mungkin sebab aku tiada kot... Anyway tahniah sahabat-sahabatku yang berjuang... Kemenangan itu bukan tujuan, tapi kepuasan... Saya puas melihat anda-anda semua berjuang... Walaupun saya hanya melihat... Heee..... Tahniah... Kawan-kawan yang bermain tadi, terima kasih kerana sudi menjadi wakil 2009... Hee....


Kaki kepada kaki sorak berkaliber.....


Kaki-kaki tukang kaki sorak yang merupakan sahabat kepada kaki sorak berkaliber...


Hari ini, hari kaki.....



Sunday, October 4, 2009

Kemerapuan~

Assalamualaikum~

Keberjayaan aku untuk menghabiskan semua mind map yang zzz berjaya... yeaay... Alhamdulillah... Target seterusnya makalah (folio) peribadi bagi PBL(Problem-based Learning), perbincangan mengenai suatu kes dipelajari bagi mendalami lagi apa yang di pelajari di kuliah... Fuh! Minggu yang amat memenatkan....

Ah! Finally... Aku tahu kenapa Warrick dah tiada dalam CSI... Beliau dah mati... Uwaa... Mati ditembak ketika menjalankan tugas... Habis semua orang dah tiada dalam CSI... Mula-mula pengunduran Sarah then kematian Warrick followed by pemergian Grissom kerana tidak dapat menerima kematian Warrick.... Next?? Kemunculan Fatihah dalam CSI menggantikan Sarah?? yeaay....

Baru-baru ini, aku mendapat tugasan mengenai rejam didalam subjek agama... Di sebabkan guru agama aku adalah pendeta dan disebabkan mostly pelajar-pelajar di UKRIDA adalah beragama kristian, then a lot of people including the pendeta mengutuk pelaksanaan hukuman rejam yang telah di approve di Acheh, dengan alasan melanggar hak asasi manusia... Hak asasi apa yang dilanggar?? Menurut mereka menjatuhkan martabat manusia... Tinggi sungguh martabat manusia di mata mereka, sehingga mereka lupa martabat Allah dan tuhan mereka yang melaknat dan melarang perbuatan zina.. Aku bersimpati.. Kahkahkahkah.... Kenapa aku gelak? Aku pun tidak tahu kenapa....

Mereka seolah-olah memperlihatkan bahawa hukum Allah itu kejam dan tidak berperikemanusiaan... Berkemanusiaankah orang yang di jangkiti AIDS di sebabkan zina kemudiannya menularkan kepada isteri dan anak-anaknya... Bagaimana kemanusiaan bertindak apabila anak yang tidak berdosa terkena penyakit itu di sebabkan dosa ibu bapanya?

Bagi aku isu ini mudah, Allah memerintahkan pelaku zina yang sudah bernikah di rejam kerana untuk menunjukkan kepada umum bahawa zina itu bukanlah suatu perkara yang boleh diperkotak-katikkan tetapi perbuatan itu adalah suatu yang sangat berat dan dilaknat Allah.. Hukum Allah bukan untuk di permainkan.. Marah betul aku bila mereka seolah-olah mempermainkan dan memtertawakan hukum-hukum Allah ini... Sesunguhnya Allah itu Maha Mengerti dan Mengetahui sesuatu, ada kebaikkannya cuma mungkin tidak terlihat dengan mata kasar bagi sesetengah orang... Bukan aku cuba katakan yang aku ini sangatlah nampak, cuma aku melihat tanpa ada judgment yang buruk dan menerima hukum Allah dengan kepercayaan bahawa setiap sesuatu hukum dan perintah Allah adalah untuk kebaikkan manusia.. Heee... Macam emo pula... Tapi memang agak emo apabila isu ini di bangkitkan tanpa ada sensitivity terhadap agama Islam.. Huuu.....

Tapi, sekali lagi aku bersyukur kerana ditempatkan ke UKRIDA kerana disini aku lebih memahami prinsip-prinsip Islam dengan penidakkan daripada agama lain... Kalau sebelum ini, tidak ada isu-isu yang sensitif dibangkitkan di tempat aku belajar, then aku menjadi orang yang tidak kisah.... Sekarang tidak lagi... Hee.....

Haish Fatihah Anisah... Anda merapu lagi...




Saturday, September 26, 2009

Kelu....

Assalamualaikum~

Hee... Agak lama aku tidak mempost apa-apa di blog aku.... Heee.... Raya berakhir dengan kerinduan terhadap keluarga dan makanan raya of course..... Keterlepasan aku untuk solat sunat Aidilfitri yang di nanti-nanti selama setahun dan panggilan telefon aku ke Malaysia yang di sambut dengan kebelagakkan adik aku yang tengah makan nasi tomato mak aku (macam nak tampo-tampo je dia waktu tu) sabar teha sabar.... okeh-okeh teha sabar.... Heee......

Apakah motif aku untuk menulis kali ini?? Seperti biasa.... Jengjengjeng.... Untuk karut-mengarut.... Heee..... Sebenarnya tidak tahu mahu menulis apa... But since dah lama aku meninggal blog kesayangan nih, maka menulisla aku untuk perkara yang karut-mengarut.... Heee...

Dah beberapa minggu kuliah bermula, maka sesungguhnya mestilah banyak assigment bukan?? Dan assigment aku dan semua orang adalah..... Jenggggg..... Membuat peta minda daripada buku-buku yang amatlah ZZZZZZZZZ.......... Tolong daku..... Bosanlah pula cakap pasal buku-buku yang zzz nih.... Heee......

Okeh.... Tajuk di tukar.... Sebentar tadi, Chewahh... Sebentar dowh.... Aku telah sampai ke blog salah seorang daripada senior aku di UKRIDA... Blog beliau memaparkan banyak gambar-gambar kucing yang kecomelannya amatlah melampau sampai aku rasa mahu tampar-tampar je si kucing itu... Geram-geram..... Obses beliau terhadap kucing sangatlah menarik perhatian aku... Heee.... Tetiba secara tidak sedar aku kembali mengingati keobsesan aku terhadap arnab... Heee.... Arnab sangat cute bukan??? Heee.... Dulu-dulu kala, masa aku darjah-darjah ayah aku bela arnab... Sebab tu la aku sangat suka arnab... Yang paling best, sebab ayah aku bela arnab tu ialah kerana ada seekor arnab yang hampir-hampir mengalami kemalangan di hadapan rumah aku berjaya di selamatkan oleh jiran aku.... Akhirnya arnab yang malang itu di serahkan kepada ayah aku.... Terus ayah aku membeli pasangan kepada si arnab malang tersebut dan membiakkan si arnab-arnab tersebut.... Maka lahirlah generasi si arnab-arnab yang malang sebab.... Dapat aku sebagai tuan.... Kahkahkahkah..... InsyaAllah kalau boleh suatu hari nanti aku mahu bela arnab, kucing, ikan dan akhir sekali kuda... Yeaaayy... InsyaAllah...

Fine... Tajuk di tukar lagi... Kegilaan aku terhadap drama dan movie Korea telah bertambah-tambah gilanya bila aku beli cerita-cerita baru dan kesiapan dalam tugas aku downlaod mendonwload sudah terlaksana... Heee.... So... Daripada aku tercangak-cangak baca buku yang zzz tu, aku telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga supaya tidak zzz bila baca buku yang zzz dengan menyelang-selikan adegan aku membaca buku zzz dengan adegan aku menonton movie... Hee.... Kesimpulannya, movie dan buku zzz amatlah tidak dapat di pisahkan.... Heeee... Kegembiraan yang melampau.... Siotkan aku?? Heee..... Aku suka bila aku siot... Teha oo teha... Heee....

Alamak... Lama aku tidak tengok CSIs.... Apa dah jadi kat Horatio? Apa dah jadi kat Catherine? Ada kes-kes yang best tak?? Rindula.... Tidak apa-apa teha... Kejayaan memerlukan pengorbanan... Korbankan CSI ok??? Okeh... Huuuu......

Tidak bermanfaatlah entry aku kali ini... Maaf eh orang yang membaca.... Huuuu....

Monday, September 14, 2009

Bitter heart

Assalamualaikum~

Sesungguhnya aku hamba yang merindui Penciptaku.....
Sesungguhnya aku takut akan janji Penciptaku....
Sesungguhnya aku cuba menjadi lebih baik untuk Penciptaku....
Sesungguhnya aku tahu siapa diriku....
Sesungguhnya aku merindui tanah airku.....
Sesungguhnya aku merindui keluargaku....

SeLaMaT hArI rAyA~ huhuhuhuhuhuh.....

Saturday, August 22, 2009

~Kedatanganku~

Assalamualaikum...

Kedatangan aku ke Jakarta penuh dengan kejutan.... Chewahh.... Bukan orang buat kejutan okeh... Cuma aku je yang terkejut dengan budaya dan masyarat Jakarta yang aku rasakan sangatlah menarik.... Okeh... Fine... Maybe untuk permualaan je... Nanti dah lama-lama akan rasa biasa jek.... But still menarik bukan..... Cara mereka berkomunikasi pun di rasakan sangatlah menarik... Yang paling aku suka phrase "ya udah deh"... Entah apa-apa kan Fatihah Anisah nih.... Heeee.....

Apa yang menariknya mengenai Jakarta ialah mereka tiada comunication barrier among them... Tidak kiralah anda ialah chinese, malay (ada ke orang melayu?), what so ever, mereka akan still berkomunikasi di dalam bahasa Indonesia.... Well... Okeh... Fine... Malaysia pun sama, cuma mereka sedikit berbeda... Chewah... Dah speaking in Indonesian..... Heee......

Di Jakarta motor dan kereta akan kelihatan seperti semut.... Subhanallah banyak gila... Sumpah tidak tipu okeh..... Cara mereka memandu pun takut aku tengok.... Kadang-kadang itu, jarak di antara kereta dan kereta letak jari kelinking je..... OMG!!!

First out of all.... Kadang-kadang perbezaan penggunaan perkataan di antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sangatlah menyukarkan aku kadang-kadang tu.... Seperti perkataan 'kahwin equal to zina'... Alkisah la perkataan kahwin ini ketika aku ke Tanah Abang semalam.... Banyak gila baju... Cantik-cantik plak tu... Kalau di Malaysia mahu beratus-ratus tapi di sini tidak sampai RM 50 pun.... Then aku pun berjalan-jalan di dalam Tanah Abang itu... Semasa aku berjalan-jalan itu aku melalui sebuah kedai yang menjual kebaya.... Macam-macam kebaya ada, tetiba tanpa aku sedari, aku telah berkata-kata "ini baju kahwin nih".... Tetiba juga, orang jual itu terkejut dan aku terkejut melihat dia terkejut jadi sesama terkejut.... Dia pon berkata-kata "orang kahwin tidak pakai baju"..... Bodoh bukan orang itu.... Then baru aku sedari... Maallluuuu..... Hmmmm....

Tapi salah aku juga anyway.... Heee.... Tidak apa-apa.... Let bygone be bygone..... So.... Kesimpulannya wahai kawan-kawan.... Jakarta s not as bad as we thought anyway.... Heee.... Jakarta adalah kota yang menarik.... Heee......

Monday, August 10, 2009

Apakah ini??

Assalamualaikum~

Lama sudah tidak di update blog ini... Hee... Terasa mahu menulis pula kali ini.... Okeh... First of all.. Today is august 10.... Maksud?? Esok besday aku... Yeaayy... Dan lusa pastilah sudah kematian Horatio di sebabkan kecurangan salah seorang daripada pegawainya... Dan aku?? InsyaAllah tidak boleh tengok kot.... Huhuhuhuhuhu... Kerana apa?? Kerana lusa aku akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kedah, bas pukul 5.30 petang..... Konfem.... Sebab aku dah beli tiket... Huhuhuhu... Ada pre-departure pada 12 Ogos daripada pihak MARA kepada anak-anak tajaannya yang akan berangkat ke Jakarta pada 18 Ogos ini.... Sudah bersediakah aku?? Masih mahu berpijak di bumi Malaysia tercinta gamaknya......

Okeh... Sebenarnya aku tidak mempunyai hala tujuan bagi post aku kali ini... Hanya suka-suka menulis... So.... Kalau agak merepek, aku minta maaf... Heee..... Hari jadiku yang ke-19 akan di habiskan di dalam bas nampaknya... Aku akan bertolak ke Kuala Lumpur esok... Yeaayy... Anyway, it is just a birthday right...... Rasanya aku sudah matang.... Heee... Kenapa aku berkata-kata demikian?? Kerana dahulu kala, kalau mak atau ayah aku tidak mengingati hari tersebut, pasti aku akan sedih... Sekarang?? Tidak lagi.... Hee..... Sebelum terlupa, Selamat Hari Jadi kepada Leokid, Naim dan Alia(Beseri) yang berkongsi besday dengan aku... Semoga perjalanan ke hari tua menjadi perjalanan yang lebih bermakna dengan perjuangan kita sebagai seorang manusia dan khalifah Allah..... Heee......

Well... My mom akan bertolak ke China pada keesokkan harinya... Flight pukul 5.45 pagi.... Balik pada 15 haribulan..... Aku akan bertolak ke Jakarta pada 18 haribulan.... Waaa~ Tidak mahukah beliau menghabiskan masa bersama-sama anak perempuan beliau yang tercinta ini?? Jawapan beliau "Jakarta sejam je, kentot pon dengar"...... Mama... Sampai hati..... Huhuhuhu.... Fine.... Nanti aku kentot perlahan-lahan, nak tengok beliau dengar ke tak..... Fatihah... Apakah ini?~ Tidak sopan sama sekali.... Maaf... Agak merepek.... Fine.... Memang merepek....

Aku merasakan seperti aku seorang yang tamak... Tamakkah aku? Agaklah... Sebab aku rasa macam tidak cukup je baju nak bawa ke Jakarta... Padahal satu beg besar sudah tidak mencukupi hanya untuk baju...*palsu semata-mata*.... Fine... Hampir penuh je dengan baju-baju yang tidak akan di pakai dalam masa seminggu ini..... Baju yang hendak di pakai tidak kira lagi.... Haish~ Masalah-masalah.. Kasut lagi... Beg lagi.... Banyak nih.... Fatihah jangan tamak! Dosa! Tuhan marah orang tamak! Syaitan suka dapat kawan! Okeh-okeh... Baik... Tak tamak dah... Huhuhuhuh......

Apalagi yang hendak di tulis di sini??? Hmmmm.... Entahlah..... Well... Baru-baru ni, aku beli sebuah buku... Bertambahlah lagi koleksi buku-buku aku... Yeaayy... Aku suka buku.... Tajuknya ialah '30 Wasiat Imam Syafie' daripada Khairul Ghazali.... Well... Aku baru baca.... So... Jangan tanya lagi ok.... Tetiba aku teringat kata-kata Fasi aku semasa di BTN Encik Anuar mengenai megapakah amalan baik yang di lakukan oleh manusia di atas muka bumi ini jarang di ingati tetapi perkara buruk yang menjadi ingatan... Walaupun seseorang itu hanya melakukan sekali keburukan dan seribu kebaikkan... Menurut Encik Anuar, ini adalah di sebabkan oleh... Malaikat telah mengangkat kebaikkan itu ke langit dan keburukkan itu di tinggalkan ke bumi untuk di taubati... Hmmm.... Aku suka jawapan beliau itu.... Hee.....

Kepada sahabat-sahabatku yang akan berangkat ke UKRIDA.... Bawa bekalan ubat-ubatan sebanyak mungkin.... Takut banyak perbezaan dengan ubat-ubatan di Malaysia..... Pesanan daripada Miss Alicia.....


Selamat Hari lahir kepada kawan-kawanku.....

Friday, July 31, 2009

~Tag from Cik Faiqah~

Assalamualaikum........

1) Sudahkah anda listkan barang2 yang harus dibawa?
~ sudahkah aku??? otw2....

2) Apa persedian mental/fizikal yang anda dah lakukan time cuti ni?
~ tidur, makan, drama, movies, apom balik.....

3) Belajar masak tak? Nyatakan antara masakan yg dah anda boleh praktikkan disana...
~ Daging helang masak kicap tambah sos??? hmmm... nyam2....

4) Ilmu apa yang korang rasa kene ada sebelum kesana?
~ Ilmu shopping.... yeaahhhh.....

5) Berapa banyak beg yang akan diangkut? nyatakan saiznye..
~ Beg duit, Beg plastik, Beg makanan, Beg baju.... dah... cukup 4.....

6) Baju apa yang akan dipakai untuk ke kelas?
~ Baju kurung la... apelagi... I suka baju kurung tau......

7) Apakah jenis2 pakaian yang akan dibawa? berapa helai ?
~ macam belum pikir... takpe2... sekarang jugak aku pikir.....

8) Berapa bnyak kasut / sandle / selipar yg harus diusung ??
~ hmmm..... 10 pasang tambah tolak... cukup tak?? hmmmm.... macam tak....

9) Adakah korang usung iron dan baldi sekali?
~tidakkk.... my mum said 'ape?? tidak tidak'

10) Stationary ??
~tengok dulu kalau cukup beg... Macam tak je....

11) Bawak bahan nak makan tak? mcm brahmi ke...?
~Macam nak...... my dad said "kat sane lagi murah".....

12) Bahan ilmiah yang penting ??
~Campbell sudahhhh......

13) Toiletries apa yg penting ??
~ Alahai.... tak pikir la pulak.... takpe2, sekarang jugak pikir....

14) Alatan2 elektrik yang tidak boleh ditinggalkan...??
~kipas angin?? cam tak cukup beg je.....

15 ) Sudahkah anda prepare barang2 yang diperlukan di Indonesia?? (gmbar 20 keping, salinn etc..)
~InsyaAllah... Dah.....

16 ) Dah ready ke kawan2?? Bersediakah anda meninggalkan bumi Malaysia tercinta?
~ Bumi Malaysia dah, my parents my home my pendang my paddy field my cats..... blommmm.. huhuhuhuhu......

Monday, July 27, 2009

Isterimu isteriku??

Assalamualaikum...


Aku rasa kejadian ini sangatlah lawak.... Aku ambil dari blog PEPIAS... Sori sebab tanpa izin.. Hehehehehehe......

Setelah aku baca kejadian nih, baru aku tahu Perdana Menteri pon boleh buat silap, silap yang nak kena tampar pula tuh... Kalau aku jadi Obama, aku tampar-tampar Mori guna Bazuka... Tapi pelik bukan, seorang Perdana Menteri tidak dapat bezakan di antara 'How' and 'Who'... Adakah ini kebongkakkan Jepun dengan tidak mahu mempelajari bahasa luar atau sanjungan Jepun yang sangat tinggi terhadap bahasanya?? Entahlah...

Apa-apa pun, Peoples make mistake because we are not perfect.... Tetiba aku teringat masa kecil-kecil, mak aku suka kata "Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat"... Mungkin Japanese tidak tahu liang lahat itu apa... Liang lahat itu adalah permainan KFC *lapar KFC*(aku percaya orang lain tahu liang lahat itu apa melainkan dia Japanese) *alamak ayat racist, ampun*...

Whatever it is... Semoga dunia sentiasa aman.. Jangan pula sebab perkara seperti siapakah husband Michelle menyebabkan Bernama mengeluarkan perintah Obama, "Perang sama Mori sebab salah isteri".....

Thursday, July 23, 2009

Hero-heroku~

Assalamualaikum....

Sebenarnya entry kali ini, mungkin bagi sesetengah orang akan beranggapan bahawa bukan satu perkara besar pun... Tapi bagi aku??? Ya~ Sangatlah besar maknanya....

Di sebabkan dua tiga menjak ini aku sangatlah rajin menonton tv maka ke semua channel di TV itu telah ku hafal dan menelaah.... Salah satu daripada rancangan yang telah menjadikan aku sebagai peminat-kipas-mati ialah CSI... Tidak kisahlah CSI apa, janji CSI.... Semuanhya aku minat....
Okeh-okeh... First sekali yang aku nak komen ialah mengenai CSI: Crime Scene Investigation... Di sebabkan aku sangatlah lama tidak menonton CSI di sebabkan aktiviti-aktiviti menelaah pelajaran di Kolej Unity, maka aku menjadi sangat blur bila aku melihat di dalam CSI itu sudah tiada Warrick dan Grissom.... They are my heroes ok.... Manalah mereka pergi?? huhuhuhuh.... Sesungguhnya aku buntu stelah menunggu kemunculan mereka yang tidak muncul-muncul.... Help me please.....

Then yang kedua dan terakhir ialah CSI:Miami.... Terdapat iklan di AXN yang menyiarkan episod pada 12 OGOS di mana terdapat kematian Horatio.... Apakah ini?? Tidak tahukah mereka bahawa Horatio ialah hero aku??? Atau adakah ini salah satu propaganda sebagai sebahagian daripada hadiah hari jadi aku??? Haish... Menimbulkan kemarahan AXN nih.....

Aku siap bercita-cita untuk menyambung master dalam bidang Forensik lagi, dengan harapan suatu hari nanti aku boleh berjumpa dengan hero-heroku....*palsu semata-mata*.... Tapi yang pasti, master aku akan di sambung dengan Cik Wawa di universiti yang sama walaupun mungkin bukan bidang yang sama... Insyaallah... Heee~


Berbalik kepada CSI:

Fatihah yang kemarahan....

Wednesday, July 22, 2009

Kasih Dan Sayangmu

Assalamualaikum

Waa~ Lama betul tidak update blog... Rindu pulak.. Hee~

Well... Visa selamat sampai di tangan keesokkan harinya selepas percubaan kedua...

Sebenarnya, aku bukan berniat untuk memerli atau mengata apatah lagi mencela sahabat-sahabat Unity aku yang berperasaan tidak mahu ke UKRIDA atas sebab-sebab seperti berikut:

1. UKRIDA adalah sebuah unversiti di bawah pentadbiran gereja (correct me if i was wrong).
2. UKRIDA adalah universiti yang berada di ranking ke-68 bagi universiti-unversiti di Indonesia.(hasil pergunaan GOOGLE)
3. UKRIDA terletak di Jakarta Barat, maksudnya lebih panas compare to Bandung.

Cuma pendapat aku sedikit berbeza.. Heee... Tak adalah berbeza sangat pendapat itu masa mula-mula dapat tahu aku akan berangkat ke UKRIDA sebab alasan untuk tidak ke UKRIDA di atas itu pendapat aku(masa mula-mula ok).. TAPI pendapat di matangkan dengan doa dan sudut pandangan yang berbeza setelah di fikir-fikirkan..

Pada sudut kacamata geek aku, walaupun UKRIDA is not among the best unversity in Indonesia not counted in the world, tapi aku tetap merasakan bahawa UKRIDA adalah yang terbaik untuk aku dan kita semua daripada Allah SWT.... Mungkin hadiah Allah dalam bentuk ujian dan cubaan..

Sama seperti dulu-dulu, aku adalah seorang kanak-kanak yang sangat susah untuk sakit *bukan bangga diri tapi kebenaran*.. So, bila aku sakit waktu kecil-kecil dulu, aku akan menjadi seorang kanak-kanak yang sangat mengada-ngada... Sampailah suatu hari ketika di kuliah Subuh, Cikgu Zambri(ketua warden) mengenai Bentuk-bentuk Ujian Allah(lebih kurang lah tajuk dia)... Rupa-rupanya, sakit itu adalah ujian(memang betul pon cuma waktu itu aku tak terfikir), dan ujian itu adalah tanda kasih sayang.... Kasih sayang siapa??? Kasih sayang Allah... Heee.... So, sejak daripada saat dan ketika itu, jikalau saja aku jatuh sakit, maka aku akan ucapkan Alhamdulillah sebab masih ada kasih dan sayang-Nya untuk aku dan kita semua....

Jadi, apa kena-mengena cerita aku tentang kasih sayang Allah dengan ke UKRIDA ialah.... Aku pun tidak tahu... Tapi yang pasti aku merasakan bahawa UKRIDA adalah salah satu daripada bentuk kasih sayang Allah kepada kita....

Ada tujuan-Nya kita semua di tempatkan di UKRIDA dan ada matlamat-Nya... Aku tidak tahu tujuan dan matlamat itu tapi yang pasti, ia adalah sesuatu yang indah......

So... Aku Fatihah... Sangatlah excited untuk ke UKRIDA... Semoga perjalanan aku ke Indonesia membawa suatu pengertian yang di cari-cari... Insyaallah.... Heee~

Monday, July 13, 2009

Second Attempt To Get The Visa...

Assalamualaikum...

Date: 13 July 2009..
Day: Monday

6.30 am: Depart from home....

8.35 am: Arrive in the island of blue and yellow.... L0ST......

9.00 am: Arrive at Indonesia's Embassy...

9.15 am: The door of the Indonesia's Embassy opens..

9.20 am: Face to face with the officer...

9.25 am: Shock to death.. *I left my pasport at home*-I m a stupido...

9.30 am: My dad found out... He almost passout out of angriness for my stupidity.... Me?? Guilty like hell....

9.35 am: Headed home in Kedah...

10.38 am: Home here we are.... Get my pasport and what else, get moved to Penang AGaIn...

11.30 am: Arrive in the Penang Island and again L0St...

12.08 pm: Indonesia's Embassy been found... Get out of the car, seen the officer AgAIn... Gave all the document, pay the payment and get back into the car.... The process took 24 hours... *means?* I__I!

12.10 pm: The office closed....

12.27 pm: Drop by to Padang Kota, ate Laksa Penang*sedap gila*...

12.45 pm: AGAIN... Headed home....

2.45 pm: Home... *tired like hell*

TORROMOW: Headed to Penang.... AgAIn!!!!!!!!

(aku rasa bersalah gila dengan ayah aku... I should not be careless about this thing.. What a moron you are tehah.... huhuhuhuhu)

*Sebelum terlupa... Congrats to Black for winning the Mentor program.. I believe, he deserved that..

To Black: Semoga anda terus dan terus berjaya di dunia dan akhirat...

To Chaq: Walaupun semua orang kutuk anda dengan menyatakan suara anda tidak sesedap Black dan Fira, memang betul pun but I'll always don't mind about it...

To Fira: Teruskan dengan vokal mantap anda...

To Tehah: Tolong la p makan... Lapar gila....

Friday, July 10, 2009

Bila Allah kata TIDAK.....

assalamualaikum...
Today is a tiring day... Hmm... Even now, i m tired to write... kehkehkeh... Mengada-ngada Fatihah nih... Hee... Hari ini hari jumaat,(bukan sebab hari ini jumaat aku letih ok), sebenarnya hari ini aku pegi buat visa di Penang... Memang sudah di termeterai dalam perjanjian secara tidak bertulis di antara aku, ayah aku dan tidak di lupakan mak aku untuk buat visa pada hari ini dan seterusnya ke rumah Pak Long aku di Sungai Petani di sebabkan rasa rindu mak aku terhadap abangnya yang seorang tuh.....

So, perjalanan aku di mulakan pada pukul 8.00 pagi, dari Pendang ke Butterworth mengambil masa selama 1 jam... Mak aku dia sangatlahinsist untuk naik feri, padahal semua orang tahu bahawasanya feri amatlah lambat tetapi di sebabkan ayah aku seorang yang sangat suka bertolenransi dengan mak aku maka ferilah menjadi pilihan.... Berlaku sediki traffic jam... 10.30 pagi masih lagi menunggu feri... Pukul 12.00 pejabat kedutaan bakal di tutup.... Well.. My mum bising-bising sebab naik feri lambat, macam biasa dia salahakan ayah i..... Hmmmm.....

Keadaan jeti yang menunujukkan sedikit kesesakan....

So, dalam feri mak aku suruh telefon pejabat kedutaan untuk pastikan mereka boleh melakukan urusan membuat visa (ayah aku dapat informasi dari sahabat-sahabatnya yang menyatakan bahawa visa hanya boleh di operasikan di HQ Kedutaan Indonesia di KL).. Apa yang berlaku?? Aku aka maktam yang cuai telah menyalin hanya 6 digit angka nombor telefon pejabat kedutaan.. Maka... Pejabat kedutaan tidak dapat di hubungi.... Dush*dush*.... (#~#)

Pukul 11.00 pg sampailah rombongan En. Mukhtar Mahat ke Pulau Pinang... So, kami 1 rombongan bergegaslah ke Jalan Burma di mana pejabat Konsulat Kedutaan Indonesia di percayai wujud... Di sebabkan co-driver ayah kau aka mak aku anak jati Penang yang sudah lama tidak kembali ke pulau tumpah darahnya maka kami 1 rombongan telah sesat~

SeSaT!!!!!!

Ayah aku dah stress habis.. Aku dah dapat migrain... Mak aku dah start dengan nostalgia lamanya di pulau biru kuning..... Pening-pening (#~#)...... Bagi mengakhiri penderitaan aku dan ayah aku, maka mak aku ajak ke Tanjung Bunga( menurut kata-kata mak aku, di sinilah tempat pertama mak dengan ayah aku dating) Alamak lupa nak tangkap gambar

Kami 1 rombongan turun untuk mengurangkan stress... Ayah aku beli buah nangka, aku beli buah manga, mak aku?? Dia pegi toilet.... Hmm..... Aku pun mulalah bertanya-tanya kepada pakcik jual buah tuh direction to Indonesian Embassy... Dia pun terangkan... Aku merasakan pakcik itu seperti lampu jalan yang menerangi jalan yang gelap.... Terima kasih pakcik....

Finally, sampailah rombongan cik Kiah ke pejabat kedutaan setelah mengikuti segala pantang-larang pakcik tersebut... Terima kasih pakcik... Alhamdullilah.... Apabila aku dan mak aku menapak saja kaki ke pejabat kedutaan, pekerja-pekerja sudah mula keluar... Setelah di soal selidik, jawapannya sekarang sudah pukul 12.00... Pekerja-pekerja berehat dan sembahyang Jumaat... Ya tuhan.... Seorang warga Indonesia di situ menyatakan bahawa pejabat akan di buka pada pukul 2.00...











Konsulat Kedutaan Indonesia, Pulau Pinang....

Oleh kerana baru pukul 12.00... Maka mak aku mengajak untuk ke Batu Feringgi... Perjalanan agak jauh juga... Dalam beberapa minit lagi untuk sampai ke Batu Feringgi(pukul 12.45), mak aku ajak patah balik, sebabnya nanti takut sesat lagi... Then, kata-kata Mem besar di turuti.. Pukul 1.30 sampai di pejabat kedutaan, ayah aku meneruskan kewajipannya ke masjid, sembahyang jumaat... Aku dan mak aku?? Menunggu dan solat di pejabat kedutaan... Pukul 2.00, kami menunggu tepat di hadapan pintu... Kemudian, ada notis di pintu mengenai waktu operasi pejabat kedutaan... Aku pun membaca pada hari Jumaat:


9.00 pagi-12.00 tengahari=buka
12.00 tengahari-2.45 petang= rehat dan solat Jumaat
2.45 petang-4.30 petang=buka


2.45??!! Mean that 45 minit lg?? Dush*dush*(#~#)


Fine.... Aku tunggu.... Malas nak pikir dah....

2.45petang tepat, pejabat di buka.... Aku orang pertama di kaunter visa.. Yeaay.... Aku dengan percubaan untuk menonjolkan kesopanan orang Malaysia menyatakan untuk membuat visa.... Apakah jawapanya?? "Maafin buk matanya memandang mak aku visa hanya bisa di lakukan pada waktu pagi, ibu bisa datang pada pagi senin untuk melakukannya" Dush*dush* (I_I!)....

Kekecewaan melanda... Perjalanan di teruskan dengan menuju ke jeti, balik ke tanah besar.....


Semasa pulang

Azam di capai kembali untuk melaksanakan agenda seterusnya iaitu melawat Pak Long aku di Sungai Petani.... Yeaay... Chaiyok-chaiyok!!!

Apabila sampai saja di hadapan rumah Pak Long, terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang tidak di kenal pasti identitinya bertindak mencurigakan dengan masuk ke rumah Pak Long dan memberitahu kepada seorang lelaki yang mencurigakan tentang kehadiran rombongan kami..... Hmmm... Lelaki tersebut keluar, ayah aku keluar... Bersembang-sembang.... Lelaki tersebut masuk kembali ke rumah, ayah aku masuk kembali ke kereta...

Pak Long aku sudah pindah.... PiNdaH!!!!! Dush*dush* (#~#)..


Di telefonya Zubair( sepupu aku) lelaki+smart+pandai+comel+lesung pipit, di tanyakan alamatnya.... Hmmm.... Perjalanan menuju ke rumah baru Pak long, adik aku telefon.. Katanya sudah balik tusyen... Tidak jadi ke rumah Pak Long untuk ambil adik aku tusyen *dush*dush (#~#) baru berangan.....

Then....
BaLiKK!!!!!!

Bak kata mak aku, 1 hari 1 kerja pon tak jadi.... Alhamdulillah.... Hmmm....

So... Apa yang aku dapat pada hari ini??? Aku masih lagi pendatang haram di Indonesia... (I_I!)..

But the best thing about this journey is I can see and smell the ocean... Fine... Maybe akan ada orang cakap 'Whatever' but it is nice to feel it.... Aku ada 1 cerita tentang occean... Kalau aku rajin nanti aku tulis.....


To my parents:

Terima kasih kerana sudi bersusah payah untuk anakmu ini.... Jasa dan pengorbanan tidak terbalas biarpun dengan segunung emas dan selautan mutiara... Terima kasih.....

Wednesday, July 8, 2009

Degil, Suka melawan...

Lokasi: Di dalam kereta..
Pemandu: Si ibu....

Abah: Janganlah selalu bertengkar dengan anak-anak... Ibu ni..

Ibu: Tidak boleh abah, mereka ni tidak mahu dengar cakap... Kalau ibu tidak bising-bising nanti sampai bila-bila tidak berubah..

Abah: Tidak mengapa ibu, bukankah mereka sudah besar?? Jangan la marah-marah sangat...

Ibu: Abah.. Agak-agaknya, adakah anak-anak kita tidak akan mengenangkan kita kelak dengan keadaan mereka yang degil-degil nih??

Abah: Ibu... Jangan mengharap setelah memberi... Biar saja... Kalau mereka kenang, Alhamdulillah... Kalau tidak pun Alhadulillah....

Ibu: Apa maksud abah dengan kalau tidak pun Alhamdulillah?? Ibu tidak faham.... Maksud abah tidak perlu di kenang jasa-jasa dan pengorbanan seorang ibu dan ayah.. Begitu? Bukan ibu meminta-minta tapi ibu tertanya-tanya dengan statement abah...

Abah: Abah tahu... Ibu... Bukan begitu maksud abah.. Bukankah dengan menabur bakti kepada anak-anak kita sama seperti kita membalas jasa ibu dan ayah kita... Ibu dan ayah kita berbakti kepada kita dan kita berbakti kepada anak-anak kita....

Abah tidak minta di kenang segala pengorbanan abah, biarlah mereka dengan kehidupan mereka... Abah tidak sanggup melihat anak-anak abah susah... Tidak mengapa ibu, biar kita susah, jangan anak-anak susah...

Ibu: Tapi mereka seperti tidak sayangkan kita abah dengan perangainya yang degil dan suka melawan??

Abah: Ibu.. Tidak baik berkata demikian... Kasih sayang dan bakti itu ibaratkan gunung dan sungai ibu... Sungai tidak menuju ke atas.. Perjalanan mereka hanya menuju ke bawah.... Sama seperti pengorbanan, ibu bapa kita yang sudah berbakti kepada kita..

Dan kita berbakti kepada anak-anak... Anak-anak kita berbakti kepada cucu-cucu.... Pengorbanan ibu dan ayah kita di balas dengan pengorbanan kita terhadap anak-anak dan seterusnya.... Jangan berharap ibu.....

Ibu: Betul juga... Abah, teringin pula ibu hendak berkelah selepas abah sebut gunung dan sungai.. Jom ajak anak-anak hujung minggu nih...

Abah: Ok..

Monday, July 6, 2009

Laptop oh laptop


assalamualaikum....


Oh My God!! I think that my honey bunch lappy is broke down.... huhhuuhhhuhu..... Sebab bila aku masukkan harddisc baru aku, dia mesti hang, bila lappy aku hang, harddisc tu pon hang.... I don't know what to do la.... huhuhuhuhuhuhuhu......


Dah la lappy aku ni la satu-satunya harta aku yang paling bernilai yang pernah aku dapat... Kawan aku pula menambah kerisauan aku bila dia kata lappy aku ni dah tiada keluaaran di Malaysia.. Then kalau LCD rosak, harga untuk baik pulih amatlah mahal.... T_T... Don't do this to me lappy..... Tiada apa-apa, selepas ni aku akan hantar sendiri lappy aku ke hospital laptop...


Lappy, jangan risau walau apa pun yang terjadi, aku akan selamatkan anda walaupun dengan nyawa ku sendiri....
P/s maklumat terbaru: Naim kata memory laptop aku full je... heee... Tapi aku akan tetap hantar ke kedai secepat mungkin... Laptop akan aku selamatkan dirimu... Bersabar ok...


Sunday, July 5, 2009

~Ayahku Heroku~

assalamualaikum...

Baru semalam aku tulis blog, hari ini tulis lagi.. Banyak betul idea aku... Tapi kali ini entry betul-betul untuk ayah aku... Hee..... Sempena Hari Bapa... Walapun dah berbulan lepas....

Ayah aku namanya Mukhtar bin Mahat... The MOST Gentleman guy ever live.... heee.... Dulu waktu aku zaman-zaman hingusan tadika, kami sekeluarga tinggal di kuarter FELDA kerana ayah aku seorang pegawai FELDA, ibuku seorang wanita berkerjaya yang masih lagi sibuk dengan tugas-tugasnya walaupun tahun depan akan bergelar seorang maktok pencen... Di sebabkan ibuku seorang wanita yang sangat sibuk di zaman kegemilangan kerjayanya, maka aku adik-beradik lebih rapat dengan ayah compare to mama masa kecil-kecil.... Sekarang fair and square, dua-dua rapat.....

Aku ingat lagi, masa kecil-kecil kalau menangis nak susu malam-malam mesti ayah aku bangun bancuhkan.. Kalau menangis lapar tengah-tengah malam, mesti ayah aku bangun then suapkan nasi untuk aku... Sebab masa kecil-kecil suka merajuk dengan mak aku then tidak makan malam.. Akibatnya, ayah aku juga yang tanggung... Sayang ayah.... =)

Sewaktu aku kecil-kecil dulu, ada satu hari yang ayah aku terlupa ambil aku di sekolah... Rasa-rasanya aku darjah 1 kot... Lebih 30 minit aku tunggu, ayah aku tidak muncul-muncul.... Dengan rasa bebal di hati, aku pun ambil keputusan untuk berjalan kaki ke rumah.... Agak jauh juga, hampir 15 minit berjalan kaki di tambah dengan panas dan lapar, perjalanan ke rumah membuatkan aku mahu merajuk di dalam hati habis-habisan dengan ayah aku...

Sampai saja aku di rumah, aku tengok motor ayah aku parking di dalam garaj... Aku dengan air muka yang menahan nangis naik ke rumah dan mencari ayah aku... Rupa-rupanya, beliau sedang basuh kain sebab mesin basuh rosak... Sebab tu beliau lupa akan anak dia seorang nih... Aku pula masih kanak-kanak hingusan pada waktu tu, terlupa pula yang mesin basuh rosak... Huhuhuhuhuh.... Bila ayah aku nampak aku dengan pakaian sekolah dan beg yang berat, beliau terus pujuk dan minta maaf sebab terlupa.... Sebenarnya, aku waktu itu aku rasa amat bersalah dan aku yang sepatutnya minta maaf sebab ada perasaan merajuk terhadap ayah aku... T_T... Maaf ayah......

Jadi di pendekkan cerita, hari itu end up dengan aku dan ayah aku basuh baju bersama-sama dengan gumbiranya... heee.....

Ayah Happy Father's Day... hee... Walaupun sudah lama hari bapa berlalu tapi hari-hari yang kita lalui bersama akan sentiasa menjadi hari bapa buat teah kerana kenangan yang terindah ialah apabila ayah sentiasa ada di sisi anakmu ini walaupun apa jua yang terjadi... Terima kasih ayah.... Sayang ayah... Ampun dan maaf dari anakmu yang bakal berjauhan tidak lama lagi....

Saturday, July 4, 2009

Medical Check UP 2009

assalamualaikum...

Agak lama aku tdak update blog aku.. Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa...
Esok budak-budak UITM start balek... Kinah... huhuhuhu... Bila lagi kita nak jumpa...

2-3 hari lepas aku dapat surat tawaran dari MARA tentang Uni yang aku dapat untuk degree aku dalam bidang perubaatan.... Universitas Kristen Krida Wacana, Jakarta Barat... Alhamdulillah... Berjaya jugak aku melaksanakan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran aku ke oversea walaupun hanya melangkaui Laut China Selatan....

Borang-borang yang aku dapat, semuanya masih tersimpan rapi di atas rak buku-buku aku..
Kecuali aku telah keluarkan borang medical check up aku, sebab semalam ayah aku ajak pegi buat siap-siap... Takut lambat katanya..

ALKISAH medical checkup pula... Masa medical check up, kena ambil darah untuk test for hep B,C and HIV... Aku sebenarnya bukan seseorang yang takut dengan darah tapi gerun bila melihat darah di ambil dari pembuluh darah terutamanya pembuluh darah aku!! huhuhuu... So di pendekkan cerita.. Di sebabkan perasaan psikologi aku tuh, maka kali pertama di cucuk, darah tidak keluar.. So... Untuk kali kedua, tangan sebelah kanan pula menjadi mangsa... Nurse tu pon cakap " dik, misi guna jarum besaq sikit kali nih, biaq darah keluar laju skit"... Aku?? T-T.... Nurse tu pun tanya aku akan ambil course apa... Bila aku cakap aku akan ambil course medic, dia terus suruh aku tengok jarum yang di suntik kat tangan aku... Aku tengok... Darah tidak KELUAR... Tiba-tiba...

Aku rasa dunia sedang berputar-putar... (*-*)... So... Aku dengan tidak sedarnya meletakkan kepala aku di meja nurse dan terus berkeadaan begitu bagi masa agak lama juga sebab nurse itu boleh merawat 2 pesakit dalam keadaan berdiri.... Maaf nurse.... hhuhhuhuhuhu.... Bila ayah aku nampak aku dalam keadaan begitu, beliau terus panggil aku keluar untuk sembang-sembang... Agak lama juga la aku sembang-sembang dengan ayah aku dan CN... Beliau ialah pelatih Bola Jaring aku masa aku darjah 6, agak sebaya dengan ayah aku, wanita yang masih menaburkan baktinya dalam melatih kanak-kanak hingusan seperti aku dulu dalam arena bola jaring... Beliau masih ingat aku ok...

Sebab dia yang perasan aku dulu... Rupa-rupanya ayah aku dengan CN dah lama kawan.... Baru ku tahu.... heeee..... Sudah agak lama bersembang-sembang dengan CN dan ayah aku.... Tiba-tiba nurse panggil... Kali ini bukan lagi nurse yang slim tadi... Tapi seorang nurse yang kelihatan sangat berkaliber dan senior.... Heee.... Beliau cucuk tangan kiri aku.... T-T... sakit.... Dan... Berjaya... Alhamdulillah..... Sebagai konklusinya, aku mempunyai 3 tanda di tangan-tanganku... huhuhhuhuhuhuhu.....

Perjalanan medical check up di teruskan dengan pemeriksaan gigi dan X-ray.... Seterusnya, percubaan aku untuk mendapat appoinment doktor pada minggu depan.... Semoga aku tidak kena cucuk lagi dengan doktor... huhuhuhuhu... Sakit....

To Teeqah(my ex-housemate n ex-roomate)
Terima kasih sebab anda sudi menyedekahkan darah anda kepada orang yang memerlukan dalam program menderma darah beramai-ramai... Kerana orang seperti anda lah yang telah menyelamatkan orang macam saya dan ramai lagi... Insyaallah dengan perjalanan saya untuk menjadi seorang doktor, ketakutan dan kegerunan itu akan cuba di atasi bagi menjadi orang seperti anda.... heee... Fatihah Chaiyok-chaiyok!!!


~leokid selamat pulang ke Malaysia~
=sekarang musim durian.... =)

Thursday, June 4, 2009

to my beloved-beloved daughter


dear my blog...


Assalamualaikum...

arini dah 3 Jun.. maksudnya dah 3 hari aku kat rumah... heeee...

aku xtahu kenapa... anak saudara aku yg sulung(Alya) tu manja gila dengan aku...

sikit2 maktam... sikit2 maktam... aku xkisah sebenarnya... cuma pelik.... heeee..... maybe sebab aku jarang ada kat rumah kot....


semalam macam biasa aku main tenet... dia datang tanya and kacau2... ada sekali tu aku tampar tangan dia sebab kacau keyboard....
terus merajok pegi dekat maktok dia.... hahahahhahah.... yang peliknya kalau aku buat dia, mesti dia merajok... kalau maksu dia buat xmrajok plak... siap melawan lagi... heeee... Alya2...
selalunya bila malam2, bila mak Alya balik kampung a.k.a rumah aku, Alya dia selalu tido dengan maktok dia... siang2 bukan main lagi bergaduh dengan maktok dia... malam2 nak tido nak kat maktok ja....
tadi mak aku nak bertolak p melaka... bila dia nampak ja maktok dengan tokwan dia masuk kereta terus menangis nak ikut... pastu merajok bukan main lagi... muncung dia panjang lagi daripada muncung ikan todak.... hahahhaha....


apa2 pon.... kepada Alya... maafkan maktam sebab kadang2 tu bila Alya merajuk maktam xpujuk... heeee.... kadang2 tu maktam xlayan celoteh Alya yg banyak sangat tu.... heeee... kadang2 maktam hilang sabar dengan kerenah Alya yg suka buang pasir dalam faountain tok wan... bukan apa nanti mati ikan tokwan Alya tu... tokwan tu bukan main sayang lagi dengan ikan dia yg seekor tu... maafkan maktam eh.... sayang Alya selama2nya....

Monday, June 1, 2009

assalamualaikum...
post yg pertama rasanya.... sebelum ni aku dah ada blog... tapi di sebabkn ada orang baca.. walaupon aku tahu blog memang untuk di baca.... maka aku pon tutup... mayb kali ni aku boleh aktif kembali tanpa di baca oleh orang2 yg aku kenal... bukan apa.... malu.... heee.... rasa hina je blog 2..... heee....
semalam aku blek dari kl ke kedah... bas instant pukul 10 mlm... Alhamdulillah... Allah maha penyanyang... Dia bagi aku peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga aku tanpa sebarang mala petaka.... sebab banyak aku dengar tentang kemalangan yg melibatkan bas dari perjalann dari utara ke kl mahupun dari kl ke utara... takut jgak... tp hidup dan mati d tangan Allah...
masa dalam bas tu, sejuk dia... Allah ja yg tahu... heee... salah aku jgak... buat keputusan tetiba nk balek malam2... pastu barang2 suma dh packing masuk beg besar gila yang berat dia kalah aku 60 kg nih... ops... kantoi aku gemok... kihkihkih... termasukla bju sjuk aku.... so... terpaksalah merasa menjadi orang eskimo mlam 2.... heee...
pukul 3 pagi, bas tu berhenti dekat hentian Bukit Gantang... 30 mins plak tu... membekula aku... huhuhuhuhu... pastu tetiba aku terpikir.... Allah letakkan kesejukkan supaya kita dapat merasakan kepanasan kasih sayang-Nya.... heeee... pastu minda aku nih bukan main lagi berpkir, agak2nya... di akhirat nanti,,, sejukkah aku atau panaskah aku?? Subhanallah... terus xberani pikr lagi dah.... dengan hinanya aku sekarang nih... dengan lalainya aku sekarang nih... dengan bongoknya aku sekanrang nih mampukah aku merasai kesejukkan Akhirat.... huhuhuhuhu.... xberani pikir.... xberani pkir...
first post dah melalut2.... huhuhuhu.... sebenarnya... banyak sangat aku nk tulis.... tapi takot panjang sangat... nanti btol2 xda orang nak baca.... ish.. kamu ni penulis.... memang kamu xmahu orang baca pon kan?? entah pa2 penulis nih.... heeee.....
okla....
salam...
semoga bintang terus bersinar bersama-sama cahaya bulan....