Monday, November 29, 2010

Dear My Lecture.

Assalamualaikum

Dear Dr. Wani,

Im sorry, because I didn't do well in your microbiology's quiz just now. I think I am too lazy to read HAI's (Health Association Infection) chapter because I am just too lazy. Last night, when I realized your sudden class was today, it was my time to go bed. So, if my quiz's result is bad, I am sorry eventhough I did not.

Dr. Wani,

When, you said 'Tuhan itu Maha Adil, menciptakan walaupun mikroba itu mampu melindungi dirinya dengan adaptasi', I can't help it to agree with you. Then, you said again 'Tuhan itu menciptakan manusia sama persis sepertinya', I can't help it again, to laugh at your words. Im sorry.

For me, when God creates human, of course He doesn't make His creation the same as His. Just like us, when we try to create something for example, bird, of course you doesn't make it the same like human right? Because it is the bird. You and the birds are totally two different things. Just like you and God. So, don't imagine God, because you will never will get the answer. Oh. I didn't blame you, so don't worry.

What ever it is, I enjoyed your class today. I love how you asked a boy and a girl, who was sitting at the front to tell us, how to wash their butts after *teeet* correctly. It's funny. Now, I know what are VRE (Vancomycine Resistance Enterococcus), MRSA (Methiciline Resistance Staphyloccocus Aureus) and ESBL (Extended Spectrum Beta Lactamase).

Dr. Wani, I am sorry if my English is bad. I know it is bad. But what to do, I am rarely speak and write in English since I got here in Jakarta. Now, I think I better go. Or else I will blabbering a lot of other things that will make my roommates say, that I am blabbering while I am not.

Thank you and daaaa.

Hee.


Saturday, November 27, 2010

Congrats.

Assalamualaikum

Sangat rajin update blog 2-3 menjak ini. Hee. Now, officially, I got a married brother.


Tiba-tiba, menyesal bila mak tanya nak balik ke tak, saya cakap tidak. Sebab kononnya pertengahan blok dan tak nak susahkan mereka. Haish.

Selamat Pengantin Baru.


P/s= Abang, eeuww. Hang sangat tua! Dan still tak hensem juga.

Piano Stairs? Why not?

Assalamualaikum


Menarik!

Boleh tak saya nak dapatkan satu untuk rumah 14 dan UKRIDA? Taklah terasa sangat penat naik tangga. Letih pun tak apa. I tak kisah Hehehehe.

Lepas itu kalau terlambat pergi kelas, lari-lari naik tangga ada bunyi, bergegar satu UKRIDA.

Hohohohoho.


P/s= Whenever you feel that you're losing yourself, stay firm on the ground, look up and look around, you'll see that you lost nothing.

Thursday, November 25, 2010

Akhirnya.

1) Assalamualaikum.


Ini adalah post saya yang ke 101. Yeay! *Termasuk draf* Random pictures. Orang kata pictures speak louder than word kan. Hohohohoh.


Mereka-mereka. Pika, Faaza, Piko, Selly, Deb, Aisyah.


Jakarta. Apa yang Jakarta ajar awak? Berdikari!


Bandung. Yong dan Hani.


Jue, Selly, Hani, Faiqah.



Muka-muka innocent masa form five.



Teeqah.


Piko dan Faaza.


Deb dan Jue.


Teeqah, Deb, Faaza.


Naik feri masa pergi buat Visa di Pulau Pinang.


Konsulat Indonesia di Pulau Pinang.


Kepulauan Mutiara dari pandangan atas Feri.


Tunggu untuk antrian Feri.


Kelas saya masa form five.



Cik Kinah.Nine years of friendship.



Lelaki dan wanita dalam hidup saya.



Berbahagialah, kerana cubaan pelebur dari setiap dosa.
Berbahagialah, kerana ujian itu pasti ada jalan keluarnya.
Berbahagialah, kerana setiap insan pada hakikatnya pasti mampu memikul beban ujian kerana sudah di takar oleh-Nya.
Berbahagialah, kerana tidak ada ujian sebesar ujian para nabi lagi.
Berbahagialah, kerana sebentar lagi kita akan bertemu dengan-Nya dan akan mendapatkan balasan atas semua yang kita lakukan.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.

-Taufik Ariyanto, Layang-layang Kembalilah Pulang-

Wednesday, November 24, 2010

It's Ok.

Assalamualaikum

Perasan tak, kita, bukan-bukan, saya, selalu mengeluh dan komplain seribu 1 perkara. Kenapa Jakarta panas? Kenapa saya dapat Jakarta? Kenapa tempat lain best? Kenapa duit allowance tak sebanyak tempat lain? Mesti kita semua pernah komplain perkara yang sama kan.

Penat saya komplain sana-sini, hampir beberapa bulan setelah sampai ke sini atau lebih mudah 1 tahun. Saya rasa saya lupa yang dulu saya pernah mendapat jawapan untuk semua persoalan ini. Setelah makin lama, masa berjalan lagi, saya lupa. Akhirnya saya terus mengeluh.

Jawapannya hanya satu, semuanya adalah yang terbaik buat saya dan juga anda. Yang terbaik tidak semestinya anda suka, dan yang anda suka tidak semestinya terbaik buat anda. Kan kan kan? So, stop complaining Fatihah.

Tapi kalau fikir-fikir, saya rasa saya suka Jakarta. Interesting city in the way it is. Memanglah tidak ada salji, tapi panas Khatulistiwa itu pun menyenangkan juga apa. Hee. Memanglah Jakarta tidak semaju tempat-tempat lain, tapi saya rasa mereka maju minda bukan infrastruktur. Kalau tidak, takkan saya di hantar untuk belajar di sini. Apa-apa pun terletak pada fikiran masing-masing.

Oh oh oh. Yang paling penting, kenapa saya suka Jakarta adalah kerana dekat dengan rumah hanya melangkau Selat Melaka (Yeke?) dan mak ayah saya dapat datang dengan mudahnya kalau jadi apa-apa. Nahh. Best apa.

Tapi habit orang sini yang saya rasa tidak menyenangkan adalah meludah merata dan buang sampah merata. Saya pernah terlihat seorang warga Jakarta yang sedang mengelap hidung dengan tisu tiba-tiba membuang tisu tersebut sehingga tisu itu terkena pokok bunga yang rendah. Memanglah nampak simple dan sikit, tisu saja pun, tapi kalau semua orang anggap benda sikit ini sebagai satu tanggungjawab, kan bersih Jakarta ini. Simpan dalam poket, jumpa tong sampah baru buang. Senang, mudah dan simple tapi susah orang nak buat.

Pasal meludah itu, tidak bolehkah kalau kahak itu di simpan saja? Hmm. Kalau tidak boleh tidak apalah. Nak buat macam mana. ^^




P/s= Selamat Pengantin Baru abang! Doa saya dari jauh buat anda dan isteri. =P I hate it when you are getting married. I don't why too.

Friday, November 19, 2010

Kalaulah Semudah Itu.

Assalamualaikum

Hai! *Excited gila-gila*

HER Blok 10 sudah selesai. Yeay.

Kalaulah saya ada superpower, saya nak power yang boleh bersihkan sungai supaya ikan boleh hidup. Sungai pertama yang saya nak bersihkan adalah sungai tepi jalan yang tiap-tiap hari kena atau wajib lalu sebelum ke kampus. Haish. Hitam benor. Kasihan ikan-ikan. Kasihan algae.

Lepas sungai itu, sungai-sungai dekat Malaysia yang kerajaan belanjakan berjuta-juta ringgit untuk bersihkan dengan jangka masa paling pendek pun 10 tahun. Duit itu berikan kepada orang-orang miskin tegar (siapa kata Malaysia tiada miskin tegar?) atau bagi saya untuk belajar di Jakarta ini, sungai serahkan kepada superpower saya. Tak payahlah kerajaan membazir duit banyak-banyak. Tapi kalau semua orang bekerjasama untuk sama-sama menjaga kebersihan sungai pun sebenarnya jimat juga. Sayang oo sungai yang dicemari.



Tapi... Kalaulah kan...

^^


P/s= Wii best. *Wink*

Tuesday, November 16, 2010

AidilAdha 2

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha. Terasa cepat sangat masa berlalu. Kalau ikutkan perasaan baru semalam rasanya pergi terawikh terakhir dengan my parents. Rasa macam baru semalam saja berjaga tengah-tengah malam dengan mak dan kakak sebab tunggu giliran rumah saya untuk di takbirkan. Since rumah saya rumah pertama dan mereka selalunya memulakan takbir dari rumah terakhir jadi memang agak tengah malam jugalah untuk sampai ke giliran rumah saya.

Sekejap saja Aidiladha menjelang. Ingat lagi waktu yang sama tahun lepas, juga di Jakarta untuk sambutan Aildiladha, sibuk buat panggilan ke Malaysia untuk sibuk-sibuk. Hehehehe.

Oklah. Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidiladha. Hari yang penuh dengan sejarah mengenai ketaatan Nabi Ibrahim kepada Tuhannya. Hari yang menjadi saksi kepada kenabian Ibrahim dan Ismail. Hari sejarah yang diingati dengan kewajipan melaksanakan ibadah Haji.

Saya tak pernah rasa Haji hanya untuk orang yang berumur. Konsep minda seperti itu bagi saya sangat merugikan.



Monday, November 15, 2010

Rafting Rafting Rafting.

Assalamualaikum

Hari Sabtu, 13 November 2010, selepas Blok 11. Saya dan kawan-kawan semua telah pergi ke Benten untuk rafting. Perjalanan pergi saja dah empat jam, balik lagi empat jam. My gosh. Tapi sangat best. Rasa kalau boleh nak pergi lagi tapi sungai yang lain pula. I will, one day.

Oh. Kalau sesiapa yang tidak tahu rafting itu apa, rafting itu berkayak dengan bot getah di sungai yang airnya deras. Penat ooo.

Saya rasa kawasan Benten itu sangat cantik. Betul. Tak tipu punya cantik. Kalau boleh nak ja tangkap gambar banyak-banyak lepas itu publish merata-rata. Tapi sebab rafting ini salah satu benda wajib adalah jatuh dalam sungai, so kalau anda tak sayangkan kamera anda bolehlah cuba bawa.

Satu bot akan ada 5 orang dengan satu komando. ^^ Saya rasa brother komando saya itu dia tak larat nak angkat saya bila jatuh. Hahahaha. Sebab sampai terbaring-baring kalau dia angkat saya. Orang lain relaks saja dia angkat. Hahahaha.

Sepanjang rafting itu, yang paling ekstrem sekali adalah bila bot kitaorang dan bot Faaza, Wawa, Anis dan Ais collide. Masa mula-mula ok saja. Bila Anis jatuh, Komando mereka terjun selamatkan Anis, bot mereka masuk air, mula untuk terbalik, bot kitaorang join sekali mula terbalik, then memang terbalik. Dengan arus yang deras, batu kiri kanan, yang terbalik bot perempuan. Memang havoc gilalah scene itu.

Oh oh oh. Saya dan Hajar terperangkap bawah bot. Rasa macam dah nak lemas dah waktu itu. . Waktu itu saya rasa saya konfem lemas hari ini dengan bagian tengah bot yang menonjol mencuba untuk menekan kepala saya ke dalam air lagi. Haish. Tiba-tiba ada orang angkat bot. Alhamdulillah. Terang balik dunia. Perkara pertama yang saya fikir masa bot itu terjatuh adalah selamatkan kasut Crocs pinjaman ini.

Dah habis aksi-aksi ekstrem ini. Semua orang macam diam sudah. Tak ada lagi dah siram-siram air guna pendayung, semua macam serius.

Lepas itu, dah akhir-akhir itu, sampai ke kawasan tempat orang tinggal, nampak bermacam-macam scene. Seorang budak lelaki yang sedang buang air besarlah, basuh motosikal, basuh baju, mandi, buang air kecil depan kitaorang. Haish. Welcome back to Indonesia.

Yang pasti semua orang selamat walaupun ada yang cedera oleh kerana kecuaian saya. Sorry Iqin.


Rafting sangat best. Saya rasa rafting adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup.

Tag dari Adibah Hamran.

Assalamualaikum

Deb kata kena buat 25 perkara tentang diri masing-masing. Banyak gila ooo. Oklah. I'll try ok. Kalau tak cukup atau paling penting kalau terlebih, minta maaf sangat-sangat. ^^

1. Saya suka makan.

2. Baru balik rafting kemarin-kemarin. Bestttt ooooo......

3. Saya suka dengar mak saya bebel. Sebab kalau dia tak bebel, maksudnya dia sakit, dia marah atau merajuk.

4. Ada tujuh batang pen yang tak pakai sebab tiada ink.

5. Saya rasa saya cantik.

6. Sangat suka shopping.

7. Tak pernah rasa semua benda dalam dunia ini mustahil. Sama ada nak atau tidak saja.

8. Saya suka baca buku. Kalau boleh, nanti saya nak buat library besar dalam rumah. Nahh.

9. Saya suka bila mak saya balik kerja. Yeye mama balik!

10. Saya suka lempang Aliya (my niece) sebab kadang-kadang dia cute yang minta lempang, kadang-kadang dia nakal minta lempang juga.

11. Saya anak ke-5.

12. Abang saya dah nak nikah 28/11 tapi saya tak balik.

13. Saya suka bila bapak saya masak!

14. Sedang berazam untuk beli jam ESPRIT warna hitam yang sama dengan hadiah jam yang mak saya bagi tapi kedai ESPRIT itu telah dispose sebab lama tak pergi ambil setelah hantar untuk di perbaiki. Haish.

15. Rumah saya tak banjir masa Kedah, Perlis banjir baru-baru ini.

16. Rumah saya ada satu almari besar penuh buku terletak di verandah tepi kolam ikan. Petang-petang saya menghadap buku-buku dan surat khabar di situ.

17. Saya berharap boleh tengok astro kat Jakarta ini.

18. Saya rasa semua perempuan cantik. *Saya bukan lesbian*

19. Saya selalu nampak tua bila berjalan dengan kakak saya. Haish.

20. Sangat tidak faham bila mereka panggil saya 'Teh air merah' masa kecil-kecil.

21. Baru beli tiga jilid buku 'Ilmu Penyakit Dalam' (Internal Medicine). Huyyo. Sangat berat.

22. Hari ini, saya telah bunuh beratus-ratus semut yang banyak.

23. Ada banyak cerita Korea yang kena tengok.

24. Saya sangat suka Jaybum dan 2PM. Im the Hottest (nama peminat 2PM).

25. Sangat suka sepit telinga Bengap, Sailo dan Kecik dengan penyepit baju bila mereka main-main tong sampah. Sorry Deb sorry Tikah.


P/s= Ini jalan yang anda pilih bukan? So, bear it. Blok 12. Sigh.

Jangan!

Assalamualaikum

Bila tengok video masalah remaja anak muda sekarang, hati saya berdebar, tangan jadi sejuk. Bercumbu di tepi jalan dengan hubungan yang tidak halal kerana si lelaki mahu berpisah dengan si wanita. Dengan perakam-perakam yang video yang menghina si wanita. Inikah remaja yang kita lahirkan? Berdebar dengan cabaran-cabaran yang bakal kita semua lalui. Haish. Bukan mahu katakan yang saya terlalu baik untuk semua ini. Saya tahu saya bukan orang baik. Tapi mungkin tanggungjawab sebagai manusia dan saudara seagama.

Tolonglah. Tolonglah generasi ini. Tolong sangat-sangat, sangat-sangat. Tidak takutkah mereka? Saya takut untuk mereka. Sangat-sangat. Macam mana ini? Negara, agama, bangsa. Siapa nak bela? My Gosh.

Jangan pijak maruah wanita. Ini amaran.



P/s= Deb, nanti I buat tag U. Hee. ^^ Janji.

Wednesday, November 10, 2010

Exam Lagi. Tolonglah Senyum.

Assalamualaikum

Lusa exam Integrasi yang kedua. Haish. Exam je kerja. Tak apalah. Hee.

Saya rasa kalau saya dah tua-tua nanti, saya akan cari tempat perkampungan untuk hidup. Atau cari tempat yang orang tak kenal saya untuk hidup. Atau atau atau, tempat yang penuh dengan kenangan masa kecil-kecil untuk menghabiskan masa tua-tua. Tempat yang sangat kampung, ada kebun, ada tanah untuk bercucuk tanam, ada tanah nak buat kolam ikan dan ada tanah untuk bercucuk tanam. Saya akan pastikan tempat kampung saya itu, bila saya jalan saja saya boleh tegur semua orang. 'Assalamualaikum Cikgu Nani, Cemana cucu? Ok? Dengar pergi UKM. Ambil medik. Bagus-bagus. Cucu saya pun kat sana juga. Hish. Bolehlah kita bernenek-besan'. Some kind like that. Dah!

Best kan? For sure, bila tua-tua nanti, saya nak pastikan saya tinggal di negara sendiri, pastikan saya masih jadi doktor, pastikan saya tak jadi nyanyuk supaya semua ini boleh terealisasi. Saya juga akan pastikan tempat tinggal saya akan memudahkan kami adik-beradik senang nak ziarah-menziarahi. InsyaAllah.


Saya ada lagi 30 tahun untuk semua ini terrealisasi. Huyyoo. Entah hidup entah tidak.


P/S= Maher Zain masuk syurga, Sami Yusuf masuk neraka? Haish. Siapa anda untuk menentukan.

Monday, November 8, 2010

Saya Telah Dan Akan Membazir.

Assalamualaikum

Hai. Kelakar bila tengok banyak gila draf blog yang dah siap tapi malas nak post. Kelakar bila sedar yang exam dalam beberapa hari tapi malas nak belajar. Kelakar bila tengok gambar orang yang belajar jauh-jauh bersalji tapi nak tengok juga. Hee.

Lama tak post apa-apa. Sebab tiada apa-apa. Teringat masa mula-mula buat blog kat blogger. Waktu itu lepas SPM, ramai kawan-kawan buat blog. Tapi saya masih tak faham blog ini untuk apa dan kenapa? Saya rasa penerangan kawan saya itu lawak semasa saya tanya blog itu apa. Dia kata blog itu macam diari online. Hahaha. I wrote something in my diary that I wished no one would know. Kalau online mestilah orang tahu. Tapi tak apalah. Buat juga. Then bila dah buat-buat. Lama-lama blog itu ditinggalkan sampai satu hari, saya ambil keputusan untuk mendelete blog tersebut.

Ini adalah blog saya yang kedua. Dah hampir dua tahun juga. Tapi tak pernah nak post banyak. Haish. Pemalas betul. Masa saya start buat blog, saya tak pernah terfikir akan ada orang baca blog saya. Betul. Sebab? Hmm. Saya sangat merendah diri kot. =P. Sebab itu saya tak pernah publish blog saya di mana-mana pun. Seriously. Oh oh oh. Saya juga sangat berharap agar tiada seorang pun dari family saya yang tahu akan blog saya. Malu lah~ Nanti balik rumah semua orang tahu dan perli-perli dalam senyuman dan perbuatan.

Oklah. Done with that. ^^


P/s= Fatihah Anisah membazir itu kawan Syaitan. Berapa banyak lagi anda mahu berkawan dengan dia?

Wednesday, November 3, 2010

Rumah.. Janganlah Banjir.

Assalamualaikum

Dapat khabar dari Malaysia. Kedah dan Perlis banjir. Perlis memang pasti banjir teruk. Kakak saya cakap rumah dia macam pulau. Sekeliling air banjir. Kena balik ini. Hee. Sekarang juga. Nak main air. Boleh tak Fatihah Anisah. Hehehehe. Saya rasa dia boleh survive kot. Tak kan la tak boleh. Kena kahak dari trakea orang yang buat trakeaktomi boleh.

I love the smell of the rain.

I love the smell of the grass.

I love the smell of the old books.

I love the smell of the evening.

I love when the morning sunlight shine.

I love everything above just like how I love to eavesdrop when my parents talked in the car when they thought I was sleeping. Wink!

Fatihah Anisah tiada kerja. Dah habis Makalah.... =P

P/s= Rumah saya tak banjir. Rumah kakak saya ya, banjir.

Monday, November 1, 2010

Cahaya Petang Sangat Terang. Cantik.

Assalamualaikum..

Hai! *wink*

Exam integrasi 1 untuk Block Metabolik Endokrin dah habis. lebih kurang 2 jam yang lalu. Akhirnya laptop boleh di buka lagi. Hee. Soalan integrasi susah. Sigh. Tiada apa-apa. Move on Fatihah Anisah, move on. Oh oh oh. Buat yang tidak tahu exam integrasi itu apa, integrasi itu exam yang menggabungkan semua subjek dalam 1 paper. Gila kan? Haish.

Bila nak habis baca buku 'Survival of The Sickest' ni? Bila nak start baca buku 'The lost Symbol' ni? Bila nak habiskan buku layang-layang i nih? Dan. Paling penting. Bila nak habiskan buku modul kuning cantik cair ni?

Fuh fuh fuh. Jampi kiri kanan supaya semangat rajin dapat pulang. MasyaAllah punya buruk perangai Fatihah Anisah.

Oh. Baru tahu yang sebenarnya vitamin D yang dihasilkan oleh tubuh di ubah dari kolesterol. *mata yang bersinar-sinar*


P/s= Tahu tak letusan gunung berapi Karakatua pada Ogos 1883 telah memusnahkan 100 pulau sekelilingnya. Abu asapnya sampai ke New York dan menurunkan suhu dunia selama 1 tahun. MasyaAllah.