Saturday, July 31, 2010

Family? Yes. I do miss them badly.

Assalamualaikum


Something bad is not actually bad, depends on the way we see through it.

Or


How was the little imperfection is actually the one that we are looking for when it's gone.

Sunday, July 25, 2010

Si Jenin

Assalamualaikum

Biarkan Si Jenin terjun bersama-sama labu-labunya. Labu pecah, isinya kosong. Itu yang anda pegang selama ini?

Selamat tinggal Si Jenin. Saya tidak mampu berbuat apa-apa.

Semoga terjunan anda kali ini, memberikan anda suatu pengalaman pengajaran buat menempuhi kehidupan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Kejamkah saya kerana membiarkan Si Jenin?

Friday, July 16, 2010

Air Aqua Sedap.

Assalamualaikum


Sudah-sudahlah dengan mimpi anda itu Fatihah Anisah. Teleng dah tak ada.

Aku mimpi Teleng tadi. Dia pakai gown pink. Comelll. Dia sebenarnya terpengsan. Bila mummy Pika dan mummpy Qila nak pakaikan gown pink yang ikat kat perut sebelum tanam dia, dia tiba-tiba bangun. Meeeooww.

Serius, mimpi tadi macam real. *yang part mimpi kena listrik belut tak cerita pula*.

Tak apalah. Lepaskanlah. Hee. Jangan nangis-nangis lagi ye mummy Pika dan mummy Qila, maktok FatinZol pun, nangis sorang-sorang pastu mencarut. Makdak pun, nangis pastu lari-lari naik tingkat 2 macam orang tak betul. Ish ish ish.

Pengajaran buat hari ini. Tolong pastikan kaki anda bersih sebelum tidur. Kang mimpi Teleng tak habis-habis.

Teleng, Selamat Tinggal dan Terima Kasih sangat-sangat atas kecomelan anda selama ini. ^^


Kematian itu pasti bersebab. Bukan salah sesiapa.



P/S= Betul-betul tak sabar nak balik Malaysia. Ouch.

Kita Jumpa Lagi Tau.

Assalamualaikum.




Teleng. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi tau. Janji dengan maktam eh.

Kita akan sentiasa ingat awak. Dari saat awak masuk dengan keadaan teleng itu. Pastu sangat garang macam ular. Tapi lapar. Orang bagi makan, makan. Tapi still dengan garang itu.

Pastu masa pervert sakit, duduk-duduk dengan Pervert walaupun awak tahu Pervert busuk gila. Awak buat tak kisah je.

Tadi. Tiba-tiba, maktam terkejut sebab mummy Pika tiba-tiba lari turun tangga tingkat 3 bawa sangkar dengan muka nak nangis cakap 'Teha, teleng kena langgar'. Terkejut. Turun dengan mummy Pika, then tunggu mummy Pika nak pergi Vet.

Doktor kata, Teleng Hernia. Usus terkeluar dari Lamina Parietalis. Ada pendarahan. Kalau awak survive sampai esok baru nak buat pembedahan. Tapi...

Mati itu pasti kan. Selamat tinggal Teleng. Kita jumpa lagi.

Wednesday, July 14, 2010

Bila Sudah Tua.

Assalamualaikum

Hahahaha. Mahu gelak sekuat-kuat hati dan sebahagia mungkin. Sangat kelakar bila baca post lama-lama. Rasa macam sangat keanak-anakkan dan rasa macam kembali ke saat menulis. Sangat kelakar dan sangat menarik. Hee.

Patutnya aku menulis lebih banyak dan lebih panjang. Jadi, bila lagi 5 tahun, aku akan imbau balik apa yang aku tulis. Hmm. Good idea.

Ok. Kita mulakan dengan sekarang.

Tarikh: 14 Julai 2010
Masa: 11.49 malam waktu Seoul

Sekarang tengah masuk minggu pertama blok baru dan blok terakhir semester 2. Blok Digestivus *In case Fatihah Anisah yang berusia 25 tahun terlupa, anda belajar perubatan dalam bahasa Latin*. Lepas blok ini, akan pulang ke Malaysia untuk berpuasa dan beraya dan berkenduri kahwin abang dan abang sepupu. Hee. Excited kan? *Sangattt*

Cukup sebulan, aku akan kembali. Yeay!


Buat Fatihah Anisah yang berusia 25 tahun. Saya tak tahu anda akan baca atau tidak. Tapi, apa-apa pun yang terjadi. Work hard, live smart. Kalau terjatuh, jangan menangis macam anda berusia 20 tahun. Bangun and become stronger. You know why? Because you are anak Mukhtar. =P

What anak Mukhtar always do?

We fight and we eat a lot. Fighting fighting!


p/s= Sudahlah dengan mangaonline dan shoppingonline. Tak habis-habis kamu ini. Mau lempang? Siapa? Pergi tengok cermin.


Saturday, July 10, 2010

Home.

Assalamualaikum

Hari ini pergi CL naik bas. *CL itu Pusat Membeli-belah*. Bas dia boleh tahanlah buruk dengan orang yang merokok lagi.

But, surprisingly, Im totally ok with the bus. Why? Because I felt like homed again.


Malaysia. Tunggu aku.



Iklan Petronas selalu bagi perasaan yang lain.

Aku betul-betul homesick sekarang.

P/s= Ayah. I miss you so much.

Monday, July 5, 2010

When The World Must Come Together As One.

Assalamualaikum



Entahlah. Aku rasa, aku sangat suka lagu ini.

We are the world.


Bukan untuk Haiti sahaja. Tapi juga yang berlaku di seluruh dunia. Palestin, Iraq, Acheh, Africa.


World. I hope that I can fix you without the others. But I just cant. Im sorry.

Saturday, July 3, 2010

Memang tak ada kerja.

Assalamualaikum

Boleh tak kalau aku nak exposed something. Hee. Aku-sangat-suka-baca-blog-ini

Sebab: 1. Aku sangat suka shopping online.
2. Aku rasa ragam manusia ini rupanya kelakar.
3. Tiada sebab yang munasabah.
4. Ambil pengajaran perkara yang patut, buang perkara yang tidak patut dalam kegiatan shopping online.

Ok. Aku tahu aku sangat tidak cool.

Friday, July 2, 2010

Betul, saya buntu.

Assalamualaikum

Perasan tak. Sejak kebelakangan ini industri Kpop tengah hangat membicarakan tentang kematian seorang aktor akibat bunuh diri, Park Yong Ha.

Kalau aku, jadi orang sekeliling beliau. Aku rasa aku dah tampar-tampar dia, walaupun dia dah tak bangun-bangun. Kecewa sangat ke hidup ini sampai nak bunuh diri? Susah sangat ke hidup ini sampai nak bunuh diri? Lihat sekeliling anda, buka mata luas-luas. Mereka sentiasa ada bersama. Walaupun tak kelihatan, tapi mereka ada.

Ini bukan post untuk Park Yong Ha. Aku tahu dia dah tak ada. Cuma cuba meluahkan rasa tidak puas hati dan rasa sedih bila tengok orang bunuh diri. Mungkin senang bagi aku kata macam ini kan. Buka mata la konon, aku tak rasa macam mana perasaan itu.

Sekurang-kurangnya, bagi pendapat aku, walaupun aku merasakan sudah tiada sesiapa yang ada, then I still got my Allah.

Okeh. Mereka masih ada tuhan bukan. Letakkan kepercayaan kepada tuhan anda, then bila sampai waktu yang sangat susah sehingga anda merasakan tidak boleh bernafas, things still will be ok.

Aku jamin pasti berjaya. Kalau tak berjaya juga. Cari aku.

Aku pernah masa kecil-kecil dulu. Masa mak aku tengah jahit baju. Sekeliling itu, ada banyak baju gantung-gantung, kemudian aku sengaja nak usik-usik beliau dengan buat letak lengan baju itu sekeliling leher then cakap "Mama, tengok Teha bunuh diri. Mama sedih tak?".

Tahu tak apa mak aku buat? Kena penampar yang sangat sakit dan tidak bercakap dengan aku selama beberapa hari. Itu merupakan kali pertama kena penampar dengan beliau dan kali terakhir untuk berkata mengenai bunuh diri. InsyaAllah.


P/s= Selamat Bulan Rejab. Soon. Ramadhan. Hee.