Saturday, November 28, 2009

AidilAdha.


Assalamualaikum~

Salam Aidiladha. Aidiladha aku untuk tahun ini yang pertama kalinya tanpa keluarga, semuanya pasti ada yang pertama. Hee. Sebenarnya sengaja aku menangguhkan post hari raya Aidiladha dengan harapan banyak cerita yang boleh di ceritakan namun ini sahaja yang termampu. Perjalanan Aidiladha hari pertama bermula dengan solat raya di Masjid Darul Hikmah (dekat dengan rumah), kemudian bergerak ke Kedutaan Malaysia Jakarta.




Penyembelihan berlaku, masak-masakkan berlaku, makan-memakan berlaku dan pulang ke rumah, tidur zzzz. Hee.

Aidiladha kali ini dirasakan lebih bermakna. Semuanya tampak dengan jelas niat dan isi Aidiladha. Aku adalah seorang manusia yang tidak pernah melihat penyembelihan kerana kalau tiba sahaja Aidiladha, aku akan menjadi manusia yang menemankan mak aku untuk tidak melihat perkara-perkara penyembelihan kerana mak aku akan muntah kalau melihat. Jadi, ini merupakan pengalaman pertama. Hee.

Malam sebelum raya, kedengaran takbir dari anak-anak kecil Indonesia. Mungkin tidak sesedap dan sesayu orang-orang yang berpengalaman tetapi cukup untuk mengharukan aku. Mungkin ini yang dikatakan sebagai Akademi Imam yang pernah dicadangkan oleh Cikgu Zambri. Salah satu cara dalam pembangunan ummah. Fatihah bercakap tentang pembagunan ummah? Ewah-ewah... Hahahahaha. Lebih baik dari Akademi Fantasia. Hee. Tapi aku tengok juga Akademi Fantasia. Musim 2 dengan 3. Hee.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat kawan-kawan seperjuangan. Lambaian Aidiladha dari bumi Jakarta buat keluarga dan kawan di tanah air.





Saya Fatihah Anisah. Hee.

Thursday, November 26, 2009

Dreams

Assalamualaikum~

Backpacking around Europe. Another 10 years. Cant wait for that. Just me and my girlfriends. This is a crazy idea but yet I am so excited. Hahahaha. Husbands are not allowed, in case we are married at the moment and husbands must take care of the children. *Wink*

Backpacking.

Europe.

Selepas berbulan-bulan aku dan Cik Panda/Biskut tidak mengkontek-kontek atas alasan kesibukkan masing-masing and when we did, backpacking around Europe surfaced. Hahahaha.

Semuanya bermula bila Cik Panda bercita-cita mahu ke London dan aku mahu ikut. Tiba-tiba muncul mungkin aku dan panda boleh melancong sama-sama bila usia dan ekonomi sudah mantap.

Bercerita mengenai Cik Panda, dahulu kala aku sangatlah tidak menyukai beliau kerana beliau ini anak emak. I hated anak emak at that moment, because I am not aku anak ayah. Masa itu, zaman-zaman muda remaja, darjah 4.

Bila darjah 6, mak dia jadi cikgu English untuk kelas malam kelas aku, lagilah aku tidak suka dia, sebab cemburu kot. Mak aku mana ada kerja cikgu, tidak pernah mengajar-ngajar ini. Tingkatan 1, dia dapat MRSM, lagilah aku tidak menyukai beliau, sebab aku pun nak juga dapat MRSM tetapi kemudian dia kembali ke sekolah lama, setelah beberapa bulan di sana, bertambah lagi aku tidak suka dia sebab tidak bersyukur. Aku mahu peluang itu.

We haven't spoken for another 3 years, kalau ada pun tegur-tegur dan berbasa-basi sahaja. Not more than that.

Masa tingkatan tiga, ayah aku mahu aku belajar di tempat tusyen dan aku sangat takut untuk belajar berseorangan di situ kerana pusat tusyen itu majoriti adalah anak-anak Cina. Jadi aku pun ajak Cik Panda kerana aku dan dia merupakan jiran dan sama umur. Terpaksa. Hahahahah.

Without realizing it, that was the starting point where Fatihah got her besties. We got to know each other and end up become best girlfriend up till now and InsyaAllah forever. Hahahaha.


Cik Panda, dulu Cik Biskut.

Thanks for everythings. (^_^)V




P/s= I love all my friends.... Hee....

Friday, November 20, 2009

Anda sangat poyoss~

Assalamualaikum~

Okeh. Start a new life with a new block, next week. Hahahahahah.

Masa dulu-dulu, aku tulis blog sebab kawan aku kata blog ini macam diari. Tapi diari online, ada orang baca. Aku pun fikir, aku selalu tulis dalam diari tentang benda yang aku tidak mahu orang lain tahu, macam aku pernah crush dengan cikgu praktikal masa tingkatan 1. Oppss.. P/s= Cikgu tu sangat kiut. Hahahahaha.

Aku pasti tulis yang anak murid aku pun pernah crush dengan aku dulu. Oppss.. Dulu aku jadi cikgu ganti, menggantikan cikgu-cikgu yang sibuk menguruskan anak-anak yang baru lahir. Di sebabkan aku tiada anak, maka aku tiada masalah untuk menggantikan mereka. Kalau ikut pembelajaran logika kuliah Pak Radjiman, Jika tiada anak, Maka boleh jadi cikgu. Nah....

Tapi aku juga mesti tulis dalam diari, macam mana Fatihah Anisah sangat suka memalukan diri sendiri, bila dia memakai kasut tinggi masa raya yang lalu, dengan bangganya berjalan ala-ala lipaswalk di depan orang ramai yang sedang makan, kemudiannya terpelecokkan kakinya dalam percubaan Fatihah mendapatkan makanan. Oppss... Tidak apa-apa, menurut teori Plato, tubuh manusia merupakan penjara jiwa, jadi orang yang bertuah ialah orang yang membebaskan jiwanya dengan lebih awal melalui kematian. Saat itu, Fatihah merasakan bahwa mungkin dia patut menjadi orang yang bertuah.

Kalau dalam diari, mesti aku tulis yang aku sangat-sangat mahu pulang ke Malaysia waktu ini. Sebab aku teringin makan gulai ketam dengan pajeri. T,T.



Kalau aku dah habis tulis diari, aku mesti tutup dengan "Daaaa diari... XOXO". Mungkin kalau diari online macam blog ini, aku patut tutup dengan lebih sopan sikit seperti "Rindu bau pohon tin, atau erti hidup pada memberi"




P/s
Rindu bau pohon tin= buku yang aku tengah membaca dan cuba menghabiskannya.

Erti hidup pada memberi= slogan hidup orang yang menulis buku di atas.




Heeee............

Saturday, November 14, 2009

Dont pay attention to the tittle.


Assalamualaikum~

After so many months i had been here, i realized that i got to many trial to cope with the languages or accent. Whatever... Tak boleh blah kan sebab nak tulis english.... Hahahahah.... The first trial was in Unity... Must try to change from "depa" to "korang". *im from Kedah* Try not to be wrong, so it won't be funny. Hahahhahahhaha.... I tried to change the accent so that I'll not be so different from them since i m the only Kedahan in my house at Palm Spring. Then, second one is here. Again, try to change from "korang" to "kamu".. "aku", "kau" to "gue", "lu". Apekah Fatihah?? But then, i felt that there not a problem at all, since im always mistaken the Indonesia Language as Indonesia accent... That not a big deal right.. Just like, when you are in Terengganu, "mung" is for "kau"(KL accent) or "hang"(kedah or perlis or penang or some part in Perak).

I just need to change "kau, anda, mung, hang, awak" to "lu, kamu"... Not so hard ha... But then, if i tried to speak in Indonesia Language, i got to explained to my local friends back in English or they just gonna stared at me for a few minutes then nodded and proceed with the discussion. Sometime, when i was accidentally blurted out some word like "awak", my local friends will also blurted out some questions or expressions like "Apa?? Aku gak faham" with some 'kerutan'... Or for some local friends that a bit polite, they just gonna say "Speak english please..."

That wasn't the worst one i think. The worst one was in Unity, when i tried to speak KL without realizing it was Kedah's accent. I asked for an eraser from my friend, "F nak raba".... She just look at me and stared. I stared at her too and end up knowing that my word could mean porn... Hahahahaha... I explanined it to her. After that day, if i asked for eraser "F nak raba", she just going to have two answers, either "Sila la raba aku" or "Ape raba-raba?? Lucah".....


^_^V..... Fatihah, Fatihah..... Anda memang sangat suka merapu......

Tuesday, November 10, 2009

Datang tau...

Assalamualaikum~

Awak... Awak kena datang tau.. Saya tunggu awak.. Macam hari-hari yang lepas, saya tunggu awak... Saya tahu awak mesti datang... Sebab awak tidak pernah tidak datang...

Itu kan janji... Saya tunggu.... Lepas saya jumpa dia tadi, saya tunggu awak pula... Hari ini hujan, awak pasti datang juga... Tidak kira hujan atau tidak.. Saya tahu, awak pasti datang...

Awak tidak pernah tinggalkan saya... Awak tidak akan pernah tinggalkan mereka... Kerana awak, saya sempurna.... Bila awak datang, awak panggil kami semua... InsyaAllah, kami sahut... Awak datang tahu... Saya tunggu....









Allahu Akbar... Allahu Akbar....



Yeaay... Awak datang.... Saya tahu, awak pasti datang... Saya tahu...

Aha! 2#

Assalamualaikum~

Sekarang baru pukul 5.15pm. Tetapi Jakarta sudah kegelapan. Tidak lama lagi bakal kehujanan lagi. Aku suka hujan. Katak memang sukakan hujan kan. Hahahha....

Tapi gelap sangat kot. Ada hantu tak? Mana ada la Fatihah, siang-siang mana ada Hantu. Betul juga. Lupa, hari masih siang.

Tapi sejuk sangat kot. Fatihah Anisah sangat suka... Heee....

Tapi sunyi kot. Semua orang melayan mimpi...

Tapi nak kena baca buku kot. Buka lampu, buka lampu.



Fatihah Anisah, anda sangat malas kan.... Yang ini je post anda? Fatihah memang pemalas.




P/s=hujan sudah mula turun, Alhamdulillah. Lebat. Tak lama lagi Jalan Way Seputih 1 bakal kebanjiran. Haish...

Saturday, November 7, 2009

Aha!

Assalamualaikum~

Jakarta kehujanan dan Tanjung Duren kegelapan.. Aku?? Window shopping di TA(it's a mall)... Gila tidak menghayati saat-saat hujan di Jakarta sebetulnya... Hahahahah.... Apa-apa pun, Alhamdulillah, finally, hujan juga bumi Jakarta ini. Ingatkan hujan dah tidak suka kat sini... Heee...

Terima kasih hujan, kerana menjadikan hari aku lebih sejuk dan bermakna.




P/s= setelah hari-hari kuliah di lab dihabiskan dengan perasaan seperti berada didalam botol yang dipanaskan, hujan is such a relieved. (^_^)V