Assalamualaikum~
Post pertama aku di bumi Malaysia selepas 7 bulan. Owh. Sangat lama dan sangat rindu. Rumah dah lain, makin kuning. Semakin ceria. Tv dah bertambah banyak. Adik aku pun dah bertambah, bertambah berat. MasyaAllah, gemuk gila. Kalau letak gorilla di sebelah dia, sumpah aku rasa dia sama besar dengan gorilla tersebut. Hahaha. Farah gemuk! Fine... Gorila memang agak melampau. Ayah macam biasa, tapi rambut putih dah bertambah. Hamster sangat dan sangat dan sangat gemuk. Gemuk dan gemuk. Ya Allah gemuk gila hamster itu. Aku dah tampar-tampar dah hamster itu, siapa suruh sangat gemuk. Mama maintain. Orang lain pun maintain..
Hari ini hari pertama aku duduk rumah. Rasa lain macam sikit sebab dengar iklan tv cakap melayu. Selalunya cakap bahasa Indonesia. Owh. Rumah memang best.
Ah... Teringat flight semalam. Sampai LCCT pukul 4 lebih-lebih petang. Kemudian, pergi solat, tengok jam dah pukul 5. Beratur di ATM, sangat panjang, ramai orang miskin seperti aku atau ramai orang baru balik dari Jakarta, tengok jam dah pukul 5.25. Duduk kejap, konon mahu tukar simcard dan segala macam, secara tidak sengaja membuka buku catatan tentang info flight aku, ada 3 jenis flight, Jakarta-KL, KL-Alor Star, Penang-Jakarta. Oleh sebab dah tidak sengaja buka buku catatan itu, dengan niat baik tengok jam flight KL-Alor Star, pukul 6.05 pm. Jam di tangan tunjuk pukul 5.30. Ok.. Fatihah Anisah binti Mukhtar memang bongok. Itulah kata-kata aku sepanjang aku berlari-lari satu LCCT mencari-cari domestic departure.
Sudah sampai di domestic departure, kaunter yang tulis ke Alor Star dah tiada, dengan keadaan yang tercungap-cungap bertanya pada orang di kaunter ke Kuching, apa yang patut di lakukan sekarang, dia cakap pergi customer service. Berlari lagi aku dengan pelbagai luggage yang sangat banyak ke customer service. Kena lecture dengan penjaga kaunter sebab lambat, si dia bagi boarding pass tapi luggage tidak di benarkan masuk kerana kargo sudah tutup, jam di tangan menunjukkan pukul 5.45. Sekali lagi, Fatihah Anisah memang bongok.
Orang di kaunter customer service suruh aku hantar luggage guna kargo, berlari-lari lagi cari kargo tetapi malangnya Fatihah Anisah yang bongok tidak jumpa, cuma jumpa tempat letak simpan barang. Then, aku dengan rasa macam nak menangisnya simpanlah luggage aku di situ, jam dah menunjuk pukul 5.55. Belari-lari lagi cari pintu berlepas, jumpa, duduk 2 minit terus pintu buka. Aku serius dan serius rasa nak menangis sebab tinggal luggage aku. Masuk flight, cari tempat duduk, menangis tidak tahu malu. Mat salleh kat sebelah dah pandang pelik.
Luggage itu ada barang-barang aku beli untuk mereka di Malaysia. Sangat terkilan, sebab memang excited mahu bagi kepada mereka. Adoi. Saya Fatihah Anisah sangat terkilan dengan kebongokan saya sendiri. Sekali lagi, Fatihah Anisah sangat dan sangat bongok.
Teringat peristiwa ini memang membuatkan aku mahu menangis. Haish...
p/s= Rumah sangat best. Sekarang sudah ada 3 ekor burung, 5 ekor ikan, 5 ekor hamster gemuk, dan 1 kucing yang perasan diri dia comel. Ayah... Arnab bila pula?
p/s lagi= Maaf post ini banyak perkataan bongok.
3 comments:
ahahaha..
tehah,u r not bongok but u r just being a usual fatihah anisah..
kinda kiut kot..haha(^^)
eh.cop2.maksudnya awk xbawak la luggage tue?wa~ sedih2=(
xpe2..dunia belom berakhir..mari enjoy di bumi terchenta!! (",)
waaa teah !!! mana adiah akuu !!
faiqah
the usual fatihah is bongok this time. T,T
Brg2 bandung~ adiah utk sume org~ huu..
luggage d tggalkan d LCCT.. Nnt bapak saudara i pegi amik. nseb bek diorg dok sepang. owh...
kinah.
adiah ang telah ku tggalkan d lcct. mggu dpan bru insyaAllah dpt... heee~
Post a Comment