Showing posts with label buntu. Show all posts
Showing posts with label buntu. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Betul, saya buntu.

Assalamualaikum

Perasan tak. Sejak kebelakangan ini industri Kpop tengah hangat membicarakan tentang kematian seorang aktor akibat bunuh diri, Park Yong Ha.

Kalau aku, jadi orang sekeliling beliau. Aku rasa aku dah tampar-tampar dia, walaupun dia dah tak bangun-bangun. Kecewa sangat ke hidup ini sampai nak bunuh diri? Susah sangat ke hidup ini sampai nak bunuh diri? Lihat sekeliling anda, buka mata luas-luas. Mereka sentiasa ada bersama. Walaupun tak kelihatan, tapi mereka ada.

Ini bukan post untuk Park Yong Ha. Aku tahu dia dah tak ada. Cuma cuba meluahkan rasa tidak puas hati dan rasa sedih bila tengok orang bunuh diri. Mungkin senang bagi aku kata macam ini kan. Buka mata la konon, aku tak rasa macam mana perasaan itu.

Sekurang-kurangnya, bagi pendapat aku, walaupun aku merasakan sudah tiada sesiapa yang ada, then I still got my Allah.

Okeh. Mereka masih ada tuhan bukan. Letakkan kepercayaan kepada tuhan anda, then bila sampai waktu yang sangat susah sehingga anda merasakan tidak boleh bernafas, things still will be ok.

Aku jamin pasti berjaya. Kalau tak berjaya juga. Cari aku.

Aku pernah masa kecil-kecil dulu. Masa mak aku tengah jahit baju. Sekeliling itu, ada banyak baju gantung-gantung, kemudian aku sengaja nak usik-usik beliau dengan buat letak lengan baju itu sekeliling leher then cakap "Mama, tengok Teha bunuh diri. Mama sedih tak?".

Tahu tak apa mak aku buat? Kena penampar yang sangat sakit dan tidak bercakap dengan aku selama beberapa hari. Itu merupakan kali pertama kena penampar dengan beliau dan kali terakhir untuk berkata mengenai bunuh diri. InsyaAllah.


P/s= Selamat Bulan Rejab. Soon. Ramadhan. Hee.

Thursday, July 23, 2009

Hero-heroku~

Assalamualaikum....

Sebenarnya entry kali ini, mungkin bagi sesetengah orang akan beranggapan bahawa bukan satu perkara besar pun... Tapi bagi aku??? Ya~ Sangatlah besar maknanya....

Di sebabkan dua tiga menjak ini aku sangatlah rajin menonton tv maka ke semua channel di TV itu telah ku hafal dan menelaah.... Salah satu daripada rancangan yang telah menjadikan aku sebagai peminat-kipas-mati ialah CSI... Tidak kisahlah CSI apa, janji CSI.... Semuanhya aku minat....
Okeh-okeh... First sekali yang aku nak komen ialah mengenai CSI: Crime Scene Investigation... Di sebabkan aku sangatlah lama tidak menonton CSI di sebabkan aktiviti-aktiviti menelaah pelajaran di Kolej Unity, maka aku menjadi sangat blur bila aku melihat di dalam CSI itu sudah tiada Warrick dan Grissom.... They are my heroes ok.... Manalah mereka pergi?? huhuhuhuh.... Sesungguhnya aku buntu stelah menunggu kemunculan mereka yang tidak muncul-muncul.... Help me please.....

Then yang kedua dan terakhir ialah CSI:Miami.... Terdapat iklan di AXN yang menyiarkan episod pada 12 OGOS di mana terdapat kematian Horatio.... Apakah ini?? Tidak tahukah mereka bahawa Horatio ialah hero aku??? Atau adakah ini salah satu propaganda sebagai sebahagian daripada hadiah hari jadi aku??? Haish... Menimbulkan kemarahan AXN nih.....

Aku siap bercita-cita untuk menyambung master dalam bidang Forensik lagi, dengan harapan suatu hari nanti aku boleh berjumpa dengan hero-heroku....*palsu semata-mata*.... Tapi yang pasti, master aku akan di sambung dengan Cik Wawa di universiti yang sama walaupun mungkin bukan bidang yang sama... Insyaallah... Heee~


Berbalik kepada CSI:

Fatihah yang kemarahan....