Keberjayaan aku untuk menghabiskan semua mind map yang zzz berjaya... yeaay... Alhamdulillah... Target seterusnya makalah (folio) peribadi bagi PBL(Problem-based Learning), perbincangan mengenai suatu kes dipelajari bagi mendalami lagi apa yang di pelajari di kuliah... Fuh! Minggu yang amat memenatkan....
Ah! Finally... Aku tahu kenapa Warrick dah tiada dalam CSI... Beliau dah mati... Uwaa... Mati ditembak ketika menjalankan tugas... Habis semua orang dah tiada dalam CSI... Mula-mula pengunduran Sarah then kematian Warrick followed by pemergian Grissom kerana tidak dapat menerima kematian Warrick.... Next?? Kemunculan Fatihah dalam CSI menggantikan Sarah?? yeaay....
Baru-baru ini, aku mendapat tugasan mengenai rejam didalam subjek agama... Di sebabkan guru agama aku adalah pendeta dan disebabkan mostly pelajar-pelajar di UKRIDA adalah beragama kristian, then a lot of people including the pendeta mengutuk pelaksanaan hukuman rejam yang telah di approve di Acheh, dengan alasan melanggar hak asasi manusia... Hak asasi apa yang dilanggar?? Menurut mereka menjatuhkan martabat manusia... Tinggi sungguh martabat manusia di mata mereka, sehingga mereka lupa martabat Allah dan tuhan mereka yang melaknat dan melarang perbuatan zina.. Aku bersimpati.. Kahkahkahkah.... Kenapa aku gelak? Aku pun tidak tahu kenapa....
Mereka seolah-olah memperlihatkan bahawa hukum Allah itu kejam dan tidak berperikemanusiaan... Berkemanusiaankah orang yang di jangkiti AIDS di sebabkan zina kemudiannya menularkan kepada isteri dan anak-anaknya... Bagaimana kemanusiaan bertindak apabila anak yang tidak berdosa terkena penyakit itu di sebabkan dosa ibu bapanya?
Bagi aku isu ini mudah, Allah memerintahkan pelaku zina yang sudah bernikah di rejam kerana untuk menunjukkan kepada umum bahawa zina itu bukanlah suatu perkara yang boleh diperkotak-katikkan tetapi perbuatan itu adalah suatu yang sangat berat dan dilaknat Allah.. Hukum Allah bukan untuk di permainkan.. Marah betul aku bila mereka seolah-olah mempermainkan dan memtertawakan hukum-hukum Allah ini... Sesunguhnya Allah itu Maha Mengerti dan Mengetahui sesuatu, ada kebaikkannya cuma mungkin tidak terlihat dengan mata kasar bagi sesetengah orang... Bukan aku cuba katakan yang aku ini sangatlah nampak, cuma aku melihat tanpa ada judgment yang buruk dan menerima hukum Allah dengan kepercayaan bahawa setiap sesuatu hukum dan perintah Allah adalah untuk kebaikkan manusia.. Heee... Macam emo pula... Tapi memang agak emo apabila isu ini di bangkitkan tanpa ada sensitivity terhadap agama Islam.. Huuu.....
Tapi, sekali lagi aku bersyukur kerana ditempatkan ke UKRIDA kerana disini aku lebih memahami prinsip-prinsip Islam dengan penidakkan daripada agama lain... Kalau sebelum ini, tidak ada isu-isu yang sensitif dibangkitkan di tempat aku belajar, then aku menjadi orang yang tidak kisah.... Sekarang tidak lagi... Hee.....
Haish Fatihah Anisah... Anda merapu lagi...