Tuesday, October 27, 2009

Sepetang bersama Fatihah.


Assalamualaikum~

Hari ini hari pleno, di mana semua kelompok dari kelompok A, B,C,D berkumpul di dalam dewan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing, bagi kelompok yang terpilih sahaja. Secara undian ok... Kelompok aku tidak terpilih, nasib baik... Sebab aku merupakan presenter group aku untuk kali ini... Gila kalau aku kena... Mesti menangis aku di depan 300 orang di situ.

Sebenarnya post kali ini bukan bertujuan menceritakan tentang pleno... Tetap seriously perasaan tidak kena pleno itu amatlah melegakan. hehehehehehe..

Kadak akan jadi makdak.... Itu yang cuba disampaikan. Teringat lagi di zaman Unity, perjalanan hidup itu kelihatan dengan jelas sehingga aku merasakan hidup ini hanya sebentar. Dari kitaorang kenal akak kepada kadak yang single-mingle, kahwin and now having a baby. Heee... Tahniah.

Ingat lagi masa di Palm Spring, since aku dan kadak bermeja study bersebelahan. Masa itu kitaorang tengah study untuk exam Padjadjaran. Waktu agak petang-petang:

Kadak: Cemana ni?? Nanti aku kat Indon masa baby nak keluar.

Aku: Kadak... Lambat lagi... Baby baru beberapa bulan.

Tempat di mana dialog itu berlaku. I miss the old life dan the table too.

Now. Everyting comes true... They having a baby and kadak is here in Jakarta. Betapa singkat dan pendeknya hidup ini. Betul kata Kak Ras dalam usrah hari itu, manusia menyinggahi pelbagai alam dan alam yang paling singkat adalah dunia tetapi tidak semua yang berjaya menunaikan janjinya karena lalai dengan dunia yang terlalu singkat. Takut. Takut dengan kelalaian sendiri.

Tetiba aku merindukan Alia dan Aimi... Heee... Mesti dah besar. Aimi mesti dah lupakan maktam. Alia lagi la, dah pandai merajuk sekarang(waktu aku baru bertolak ke Jakarta). Hee..
Whatever it is, im coming back to Malaysia soon. So, siapla semua orang untuk menyambut aku nanti. Aku nak mee kari mak aku punya, nak gulai mak aku punya, nak sate pakcik baik punya, nak nasi tomato(make up for the hari raya), nak rendang mak aku punya and nak Alia untuk di tampar-tampar(geram sebab dia gemok)... hehehehe... Mak dia dengar aku cakap anak dia gemok, mati aku... Heee.....

Heee.... Tahniah Kadak yang bakal menjadi makdak. Heee.... Lepas ini bukan kadak dah, makdak pula..
.



Tuesday, October 20, 2009

Hari ini, kakiku busuk~

Assalamualaikum~

Kecenderungan aku untuk menulis blog semakin berkurangan.... Banyak sangat komitmen kot... Tolong la Teha, komitmen apa yang anda ada.. Makan tidur... Hehehehehe.... Well... Makan tidur itu juga adalah sebahagian dari komitmen... Heee.... Ini merupakan post yang ke-10 yang dahulunya merupakan draft.... Hmmm... Malasnya Fatihah ini....

Tadi baru habis main futsal... Fuh! Letih kot.... Letih tengok diorang main... Aku?? Hanya tukang sorak yang berkaliber... Dilatih dan melatih diri dan orang lain untuk memberi sorakan semangat yang.... Mematahkan semangat orang lain... Apakah fatihah ini??? Hehehehehhe.....

Okeh-okeh... Fine.... Next year aku main.... Seorang pemain yang profesional harus melihat yang amatur-amtur bermain dulu... Kahkahkahkahkah.... Fatihah jangan perasan... Pasukan 2009 aka "nom nom nom" telah berjaya memenangi sagu hati, mungkin sebab aku tiada kot... Anyway tahniah sahabat-sahabatku yang berjuang... Kemenangan itu bukan tujuan, tapi kepuasan... Saya puas melihat anda-anda semua berjuang... Walaupun saya hanya melihat... Heee..... Tahniah... Kawan-kawan yang bermain tadi, terima kasih kerana sudi menjadi wakil 2009... Hee....


Kaki kepada kaki sorak berkaliber.....


Kaki-kaki tukang kaki sorak yang merupakan sahabat kepada kaki sorak berkaliber...


Hari ini, hari kaki.....



Sunday, October 4, 2009

Kemerapuan~

Assalamualaikum~

Keberjayaan aku untuk menghabiskan semua mind map yang zzz berjaya... yeaay... Alhamdulillah... Target seterusnya makalah (folio) peribadi bagi PBL(Problem-based Learning), perbincangan mengenai suatu kes dipelajari bagi mendalami lagi apa yang di pelajari di kuliah... Fuh! Minggu yang amat memenatkan....

Ah! Finally... Aku tahu kenapa Warrick dah tiada dalam CSI... Beliau dah mati... Uwaa... Mati ditembak ketika menjalankan tugas... Habis semua orang dah tiada dalam CSI... Mula-mula pengunduran Sarah then kematian Warrick followed by pemergian Grissom kerana tidak dapat menerima kematian Warrick.... Next?? Kemunculan Fatihah dalam CSI menggantikan Sarah?? yeaay....

Baru-baru ini, aku mendapat tugasan mengenai rejam didalam subjek agama... Di sebabkan guru agama aku adalah pendeta dan disebabkan mostly pelajar-pelajar di UKRIDA adalah beragama kristian, then a lot of people including the pendeta mengutuk pelaksanaan hukuman rejam yang telah di approve di Acheh, dengan alasan melanggar hak asasi manusia... Hak asasi apa yang dilanggar?? Menurut mereka menjatuhkan martabat manusia... Tinggi sungguh martabat manusia di mata mereka, sehingga mereka lupa martabat Allah dan tuhan mereka yang melaknat dan melarang perbuatan zina.. Aku bersimpati.. Kahkahkahkah.... Kenapa aku gelak? Aku pun tidak tahu kenapa....

Mereka seolah-olah memperlihatkan bahawa hukum Allah itu kejam dan tidak berperikemanusiaan... Berkemanusiaankah orang yang di jangkiti AIDS di sebabkan zina kemudiannya menularkan kepada isteri dan anak-anaknya... Bagaimana kemanusiaan bertindak apabila anak yang tidak berdosa terkena penyakit itu di sebabkan dosa ibu bapanya?

Bagi aku isu ini mudah, Allah memerintahkan pelaku zina yang sudah bernikah di rejam kerana untuk menunjukkan kepada umum bahawa zina itu bukanlah suatu perkara yang boleh diperkotak-katikkan tetapi perbuatan itu adalah suatu yang sangat berat dan dilaknat Allah.. Hukum Allah bukan untuk di permainkan.. Marah betul aku bila mereka seolah-olah mempermainkan dan memtertawakan hukum-hukum Allah ini... Sesunguhnya Allah itu Maha Mengerti dan Mengetahui sesuatu, ada kebaikkannya cuma mungkin tidak terlihat dengan mata kasar bagi sesetengah orang... Bukan aku cuba katakan yang aku ini sangatlah nampak, cuma aku melihat tanpa ada judgment yang buruk dan menerima hukum Allah dengan kepercayaan bahawa setiap sesuatu hukum dan perintah Allah adalah untuk kebaikkan manusia.. Heee... Macam emo pula... Tapi memang agak emo apabila isu ini di bangkitkan tanpa ada sensitivity terhadap agama Islam.. Huuu.....

Tapi, sekali lagi aku bersyukur kerana ditempatkan ke UKRIDA kerana disini aku lebih memahami prinsip-prinsip Islam dengan penidakkan daripada agama lain... Kalau sebelum ini, tidak ada isu-isu yang sensitif dibangkitkan di tempat aku belajar, then aku menjadi orang yang tidak kisah.... Sekarang tidak lagi... Hee.....

Haish Fatihah Anisah... Anda merapu lagi...




Saturday, September 26, 2009

Kelu....

Assalamualaikum~

Hee... Agak lama aku tidak mempost apa-apa di blog aku.... Heee.... Raya berakhir dengan kerinduan terhadap keluarga dan makanan raya of course..... Keterlepasan aku untuk solat sunat Aidilfitri yang di nanti-nanti selama setahun dan panggilan telefon aku ke Malaysia yang di sambut dengan kebelagakkan adik aku yang tengah makan nasi tomato mak aku (macam nak tampo-tampo je dia waktu tu) sabar teha sabar.... okeh-okeh teha sabar.... Heee......

Apakah motif aku untuk menulis kali ini?? Seperti biasa.... Jengjengjeng.... Untuk karut-mengarut.... Heee..... Sebenarnya tidak tahu mahu menulis apa... But since dah lama aku meninggal blog kesayangan nih, maka menulisla aku untuk perkara yang karut-mengarut.... Heee...

Dah beberapa minggu kuliah bermula, maka sesungguhnya mestilah banyak assigment bukan?? Dan assigment aku dan semua orang adalah..... Jenggggg..... Membuat peta minda daripada buku-buku yang amatlah ZZZZZZZZZ.......... Tolong daku..... Bosanlah pula cakap pasal buku-buku yang zzz nih.... Heee......

Okeh.... Tajuk di tukar.... Sebentar tadi, Chewahh... Sebentar dowh.... Aku telah sampai ke blog salah seorang daripada senior aku di UKRIDA... Blog beliau memaparkan banyak gambar-gambar kucing yang kecomelannya amatlah melampau sampai aku rasa mahu tampar-tampar je si kucing itu... Geram-geram..... Obses beliau terhadap kucing sangatlah menarik perhatian aku... Heee.... Tetiba secara tidak sedar aku kembali mengingati keobsesan aku terhadap arnab... Heee.... Arnab sangat cute bukan??? Heee.... Dulu-dulu kala, masa aku darjah-darjah ayah aku bela arnab... Sebab tu la aku sangat suka arnab... Yang paling best, sebab ayah aku bela arnab tu ialah kerana ada seekor arnab yang hampir-hampir mengalami kemalangan di hadapan rumah aku berjaya di selamatkan oleh jiran aku.... Akhirnya arnab yang malang itu di serahkan kepada ayah aku.... Terus ayah aku membeli pasangan kepada si arnab malang tersebut dan membiakkan si arnab-arnab tersebut.... Maka lahirlah generasi si arnab-arnab yang malang sebab.... Dapat aku sebagai tuan.... Kahkahkahkah..... InsyaAllah kalau boleh suatu hari nanti aku mahu bela arnab, kucing, ikan dan akhir sekali kuda... Yeaaayy... InsyaAllah...

Fine... Tajuk di tukar lagi... Kegilaan aku terhadap drama dan movie Korea telah bertambah-tambah gilanya bila aku beli cerita-cerita baru dan kesiapan dalam tugas aku downlaod mendonwload sudah terlaksana... Heee.... So... Daripada aku tercangak-cangak baca buku yang zzz tu, aku telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga supaya tidak zzz bila baca buku yang zzz dengan menyelang-selikan adegan aku membaca buku zzz dengan adegan aku menonton movie... Hee.... Kesimpulannya, movie dan buku zzz amatlah tidak dapat di pisahkan.... Heeee... Kegembiraan yang melampau.... Siotkan aku?? Heee..... Aku suka bila aku siot... Teha oo teha... Heee....

Alamak... Lama aku tidak tengok CSIs.... Apa dah jadi kat Horatio? Apa dah jadi kat Catherine? Ada kes-kes yang best tak?? Rindula.... Tidak apa-apa teha... Kejayaan memerlukan pengorbanan... Korbankan CSI ok??? Okeh... Huuuu......

Tidak bermanfaatlah entry aku kali ini... Maaf eh orang yang membaca.... Huuuu....

Monday, September 14, 2009

Bitter heart

Assalamualaikum~

Sesungguhnya aku hamba yang merindui Penciptaku.....
Sesungguhnya aku takut akan janji Penciptaku....
Sesungguhnya aku cuba menjadi lebih baik untuk Penciptaku....
Sesungguhnya aku tahu siapa diriku....
Sesungguhnya aku merindui tanah airku.....
Sesungguhnya aku merindui keluargaku....

SeLaMaT hArI rAyA~ huhuhuhuhuhuh.....