Aku sangat rajin update blog hari ini. Clap, clap, clap. Rumah aku sekarang ada dua ekor kucing. Dua-duanya berkeadaan teleng. Kesian. Satu namanya Teleng, satu lagi namanya Pervert.
Si Teleng sangat garang. Menurut Fatin Zol, si Teleng sangat suka mengeluarkan bunyi ular. Oh, jangan risau, aku tidak takut langsung. *Wahai si Teleng, nak kena lempang?* Si Pervert memang sumpah pervert. Betul tak tipu. Oh ya. Si Teleng dan si Pervert kedua-kedua adalah teleng walaupun namanya si Pervert itu namanya bukan teleng. Oh. sudah di beritahu.
Kata Pika the purple lady, mereka seolah-olah terkena jangkitan mahupun sumpahan kerana Si Teleng itu tidak teleng semasa di bawa masuk ke rumah namum makin lama makin teleng. Si Pervert memang sudah teleng dan makin teleng. Kenapa aku kata sumpahan? Sebab menurut Pika lagi selepas di pegang manusia barulah mereka berubah menjadi teleng. Adik-beradik mereka yang berada di bumbung rumah Bobo juga sama. Jangan lupa ya, selepas di pegang manusia.
Kadang-kadang aku rasa si Pervert itu macam ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Dia macam sering terlihat sesuatu dan takut dengannya. Lalu cuba untuk menyembunyikan diri di belakang orang. That why dia jadi pervert *banyak lagi aksi lain yang tidak perlu di nyatakan disini.*
Genetic? Infection? Sumpahan? Atau mereka memang suka jalan pusing-pusing? Well. I dont know.
Haish. Nasib si anak kucing.
