Monday, November 1, 2010

Cahaya Petang Sangat Terang. Cantik.

Assalamualaikum..

Hai! *wink*

Exam integrasi 1 untuk Block Metabolik Endokrin dah habis. lebih kurang 2 jam yang lalu. Akhirnya laptop boleh di buka lagi. Hee. Soalan integrasi susah. Sigh. Tiada apa-apa. Move on Fatihah Anisah, move on. Oh oh oh. Buat yang tidak tahu exam integrasi itu apa, integrasi itu exam yang menggabungkan semua subjek dalam 1 paper. Gila kan? Haish.

Bila nak habis baca buku 'Survival of The Sickest' ni? Bila nak start baca buku 'The lost Symbol' ni? Bila nak habiskan buku layang-layang i nih? Dan. Paling penting. Bila nak habiskan buku modul kuning cantik cair ni?

Fuh fuh fuh. Jampi kiri kanan supaya semangat rajin dapat pulang. MasyaAllah punya buruk perangai Fatihah Anisah.

Oh. Baru tahu yang sebenarnya vitamin D yang dihasilkan oleh tubuh di ubah dari kolesterol. *mata yang bersinar-sinar*


P/s= Tahu tak letusan gunung berapi Karakatua pada Ogos 1883 telah memusnahkan 100 pulau sekelilingnya. Abu asapnya sampai ke New York dan menurunkan suhu dunia selama 1 tahun. MasyaAllah.

Tuesday, October 26, 2010

Sangat Lapar.

Assalamualaikum

Sangat malas. Betul-betul punya malas. Sampai laptop pun tak terbuka selama 2 hari. Modul apatah lagi. Oh oh oh. Saya dah masuk block baru Metabolik Endokrin. Hohohohoh. Zzzzz. Block kali ini banyak tidur dan makan.

Oh. Kenapa kalau berlaku Zaman Ais secara tiba-tiba pesakit diabetes sahaja yang terselamat? Kerana pesakit diabetes ini suka buang air dan kadar gula darah tinggi. Kan kan kan? So. Kalau tiba-tiba dunia jadi sejuk sampai jadi ais, darah mereka akan lambat membeku kerana gula telah menaikkan titik beku darah, dan darah yang kurang air akan mengurang efek pemecahan pembuluh darah oleh kerana bentuk kristal ais yang tajam. (air tukar ais, kurang air, kurang ais, kurang pemecahan pembuluh darah. Selamat)



P/s= Tahu tak sebelum manusia menjadi Homo Sapien, ada 4 lagi jenis manusia yang lain menurut teori Evolusi?

Wednesday, October 13, 2010

Kehidupan Saya Masih Seperti Dulu.

Assalamualaikum.

Oh. Hai blog saya. Saja mahu bertegur-sapa. Takut nanti hilang pula. Hee.

Peristiwa yang berlaku baru-baru ini:

1. Bandung Games (Main Teng-teng= Menang) Alhamdulillah. Oh. Kalau nak tahu lebih lanjut silalah ke blog saudari FatinZol. Saya bukan malas nak cerita, cuma sedikit tidak rajin. ^^

=P


P/s= Kalau gene yang diturunkan dari generasi ke generasi bersifat merbahaya, maka gene tersebut akan membawa ke arah kematian. Bila berlakunya kematian, gene yang merbahaya tadi tidak dapat diturunkan ke generasi seterusnya, ataupun masih dapat diturunkan tapi tidak akan berada lama dalam genetic pool. Mungkin dalam satu hingga dua generasi. Tapi kenapa ada penyakit keturunan yang masih diturunkan sehingga kini? =P

Kerana penyakit keturunan adalah penyelamat penghidapnya. Percaya tak? =P

P/s/s= Sheikh Muzaffar dah kahwin? Haish. Kuciwa. =P

Monday, September 27, 2010

Macam Mana ini?

Assalamualaikum

Post ini agak emo. Haish. Pertukaran sistem pembelajaran UKRIDA ini memang buat orang stress. Paling-paling pun i yang stress. Boleh tak jangan macam ini? Kasihanilah kami.

Ada patut buat exam integrasi untuk 2 kali 1 blok. Kalau fail macam mana? Stress. Dah la tu. Hari sabtu ini pula itu examnya. Stress. Kalau fail exam integrasi dengar-dengar khabar boleh ambil HER. Meaning.... Kena belajar semua subjek dan semua benda. Stress. Kalau fail HER ambil SP kena bayar ikut sks blog. Meaning... Sangat banyak rupiah yang bakal di belanjakan. Stress.

Tak apalah Fatihah Anisah. Belajarlah rajin-rajin. Penat i tengok u yang pemalas ini.



P/s= Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Penat tanya banyak orang tentang pantun ini, akhirnya ada juga yang orang ingat. Alhamdulillah. ^^


Sunday, September 19, 2010

Masa Untuk Kembali ke Realiti.

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya. Ok. Tahu dah lambat, tapi nak buat macam mana. Internet kat rumah sangat lambat dan sangat lambat. Haish. ^^

Baru balik Jakarta semalam. Selamat tinggal Malaysia. Jumpa anda lagi nanti.

Esok, Semester baru untuk tahun yang kedua! Percayakah anda saya sudah masuk Tahun Kedua bidang Perubatan di Jakarta, Indonesia? Maaf. Saya tidak percaya. Ouch. Hee. Tapi kenalah percaya juga ye dok? Dah memang tua. Oklah Fatihah Anisah, belajarlah rajin-rajin. Jangan malas-malas.

Oh. Raya telah membuatkan semua orang berisi. Hihihihi. Apa ini berisi-isi? Hish. Sampaikan Si Bengap (Kucing Deby dan Tiqah) dengan Hamster Wawa pun berisi juga. Tak apa, bintang berisi maksudnya rajin. Terima kasih ye Naim sebab tolong jagakan. ^^

P/s= Tiba-tiba tersembang dengan Yong pasal semut di Gramedia tadi. Teringat masa kecil-kecil, mak I selalu tanya, 'Apa bezanya anda membunuh seekor semut dengan seekor gajah?' dan jawapan selalunya juga sama 'Tiada bezanya, anda telah membunuh suatu nyawa. Kenapa anda mahu membeza-bezakannya?'.