Saturday, December 11, 2010

Rafting. Pictures Version.

Assalamualaikum

Gambar rafting! Dah lama dapat, tapi disebabkan internet sangatlah lambat. Saya tidak boleh upload. Hehehehe.


Muka-muka excited untuk rafting. Ini sebelum perjalanan 4 jam.


We are on the same boat. You die, I die.


This is how the starting point looks alike. Excited excited excited.


Masa terima ceramah dari komando. Semua orang buat muka "Baik tuan!"


Inilah permulaan perjalanan kami di sungai cantik gorgeous ini.


Splashing air!


Best!

Crash? No no no. Gimik semata-mata.

Boat ini boleh bengkok.

Inilah boat yang crash dengan boat kitaorang. Nasib baik kasut crocs Teeqah yang I pinjam tidak hilang.


Sungai Benten. Cantik.


Mereka mereka mereka.


Macam main papan lungsur version boat dalam air. Ok. Fine, saya mengarut.


Ini sudah mahu sampai ke pengakhiran.


The end point.


The rafting journey ended here, but the journey toward the end of the day never end and never stop.

Saya = Makcik

Assalamualaikum

Hmm. Roommate saya selalu cakap saya macam makcik. Nahh. I give you a 'makcik'.

Hadoi. Makcik ini bukan nak bagi nasihat ka apa. Ini ha, makcik baru ja baca pasal budak muda zaman sekarang nama dia Alviss Kong , dia baru saja bunuh diri semalam malam, waktu makcik tengah tengok America Next Top Model. Sebab dia, dia putus cinta. Haish.

Anak muda zaman sekarang memang macam ini. Putus cinta bunuh diri, tiada kerja bunuh diri, tiada duit bunuh diri, tak dapat keputusan elok bunuh diri, dll. Dunia ini besar anak-anak oi. Alam ini luas. Semuanya untuk manusia terokai dan telusuki. Janganlah kita duduk terperuk dalam satu kotak. Bumi ini bulat, when you gets around it, it's never going to end. Tidak percaya? Try rumus bumi "V is equal to 4 over 3 pi r cube". Kalau putus cinta, cari yang lain. Tiada kerja? No worries (makcik belajar english dari cucu jiran makcik), cari kerja lain. Tidak dapat keputusan elok? Tiada apa-apa, pergi tusyen lagi.

Oklah. Mungkin, orang kata senanglah makcik nak kata macam ini. Memang senang pun. Sebab makcik dah tua kan. Anak-anak ramai. Bagi duit berkepok-kepok. Kaya-raya makcik. Pakcik pun sihat walafiat lagi. SPM, Universiti semua dah lepas.

Tapi sebelum makcik dapat pakcik ini, makcik dah putus cinta 10 kali dah. Tapi makcik tidak putus asa. Makcik cari lagi. Tengok, sekarang steady and cool saja, 20 tahun dah makcik dan pakcik kahwin. Sebelum makcik dapat kerja, makcik kena cari kerja tunggang langgang sampai semua orang kenal makcik sebagai pencari kerja sejati. Makcik tidak putus asa. Sebelum makcik lulus SPM dan Universiti, makcik belajar sungguh-sungguh. Walaupun keputusan tidak elok. Tiada apa-apa. Kegagalan itu adalah kejayaan tertunda (Ini kata-kata ex makcik, dia sekarang director of Royal College of Medicine Perak).

Jadi anak-anak, jangan sekali-kali putus asa. Hidup dan mati itu di tangan Tuhan. Berserah nyawa kepadaNya selama kita berusaha menjadi lebih baik. Kalau makcik dapat Alviss Kong itu, makcik bagi tupai gigit dia, supaya dia dapat Rabies. Degil sangat.

Setakat itu sajalah bebelan makcik.Letih juga cakap banyak ini.


P/s= When the human first started to realize they were been living on the earth, they thought the earth was flat. They were wrong, the earth is sphere. You got 360 degree. So go and explore. Don't stick to 180 degree (a straight line). You going to waste your life like Alviss do. He just want to stick to his 180 degree beautiful girlfriend.

Friday, December 10, 2010

My Bad English.

Assalamualaikum

I went to Central Park Mall just now. I was with Iqin, my cook-house-groupmate. It is just two of us. Done with some shopping and 'lepak'ing, we headed out from Carrefour. I was sitting on the bench in front of Carrefour, waiting for Iqin to buy tickets for movie, with my trolley in front of me, my chin on the side of the trolley.

The bench is in the star shape with the middle of triangle. From my seat, I could see a Bread Talk across my view, if I turn my head to my right I could see Carrefour and BurgerKing. Then, there come a boy and his mother and his nanny (i guess). The boy is around one year old. He been playing with his trolley, try to crash it against anything. So cute.

I could smell of Bread Talk mixed up with Burger King's and some Bread Life's. Ouh. I dont know how to describe it. It's just it. I could hear a very loud sound from the unknown direction, it's a song. People walked and talked. The waiter of the Burger King talked to his mate, then they laughed. A massive one. The boy who try to crash his trolley, stop doing that. Tired maybe. But he's not going to stop, he walked around and around the big poll beside the bench, playing with his young nanny.

Then, there were three ladies walked across us, they wearing in red. There a lot of people walking, but I remember them well. Maybe because they look so gorgeous. I wonder, is it because of the Christmas that all of them wore red? I dont know. Christmas is just around the corner.

At some point, sitting on the bench, watching, smelling and hearing to all that around me, it make me feel that I just love my life. Despite of Block 12 that happen to be tough and hard. Despite of the exam that I think I can't do well. Despite of the surgery class that I didn't go. It's fine.

People walking and talking. While you been sad and miserable. They just go on. That so life.


And who knows for the next three years, I am going to be a doctor. A real one.

Sunday, December 5, 2010

Jaybum

Assalamualaikum

Hai! *Excited*

Jaybum datang Jakarta! *nada jerit macam fangirl yang sangat gila*. Nak pergi nak pergi nak pergi jumpa Jaybum. Huuu. Tapi tak tahu bila dan kat mana.

Boleh tak kalau nak merayau-rayau macam orang tak betul tanya, kat mana nak jumpa Jaybum. Seriously seriously saya nak jumpa Jaybum. Nak nak nak.

Tolonglah kalau sesiapa tahu, bagi tahu saya.

Saya dan Jaybum tengah berpijak pada bumi yang sama, menghirup udara yang sama. Yeay! Ok fine. Kalau dia kat Seattle pun sama juga. Tapi kali ini rasa macam dekat. Hoohohohoh. Gatal!

Jaybum, Welcome to Jakarta and enjoy your time here! I wish I could see you. Oh, I know that I cant now. But for sure, I will one day. This wasn't just a promise of a fangirl. Watch me!


Friday, December 3, 2010

Sesuai Atau Tidak?

Assalamualaikum

Hai. Nama saya Fatihah Anisah. Dari kecil sampai besar bila saya tanya mak saya Fatihah Anisah itu maksudnya apa, mak saya pasti akan cakap maksudnya adalah perempuan tua yang tidak pernah kahwin. Dalam kes ini maksudnya anak dara tua. Waktu itu, ayah saya lebih kepada memandang dan tersenyum dengan jawapan mak saya itu. Saya? Of courselah saya rasa tak syok kan. Haish.

Then, bila dah masuk form 5, saya tanya lagi maksudnya nama saya apa, mak saya tetap akan cakap nama saya maksudnya perempuan tua yang tak pernah kahwin. Haish. Tapi kali ini ayah saya masuk campur. Ayah cakap mak saya main-main. Maksud nama saya adalah permulaan wanita. Kali ini, mak saya pula yang memandang dan tersenyum.

Ok. Post kali ini bukan nak berbincang pasal kahwin atau apa. Tapi saya rasa maksud nama saya memang agak sedikit tidak sesuai dengan perangai saya. Yalah. Ingat lagi masa darjah 1, kena suntik ubat, subkutan ok. Nama saya first tapi saya takut, saya tolak kawan saya dulu, kawan saya pergi sambil nangis saya ikut belakang sambil nangis juga. Nampak sangat saya memang tak sesuai jadi orang yang mula-mula. Haish.

Ok. What I am going to say is, saya memang takut kena suntik. *Macam tak ada kaitan je* Fine. Lepas itu bila sudah ambil course medic ini, nak ke tak nak ke, memang kena suntik dan disuntik. So, disebabkan baru-baru ini saya ada pelajaran untuk melakukan vein's puncture (cucuk vein orang, hisap darah dia, guna syringe *Ini bukan cerita Vampire's Diaries) isu yang di mana saya memang tidak sesuai jadi orang pertama muncul kembali.

Memanglah akan muncul, sebab saya hanya duduk dan melihat dan akhirnya pening tidak bersebab. Saya tidak cucuk orang dan orang tidak cucuk saya. Fair right? Ok. Vein's puncture is hurt and scary. Haish.

Masalahnya timbul bila saya selalu merasakan sampai bila saya akan terus begini. Takut kena ambil darah dan mengambil darah. Sampai bila? Sampai bila Fatihah Anisah? Sampai bila perempuan tua yang tidak pernah kahwin? Haish. Saya tidak tahu.

Tapi apa yang saya tahu, satu hari nanti saya akan atasi ketakutan itu bukan kerana saya terpaksa untuk menjadi seorang doktor tetapi kerana saya mahu. Saya mahu atasinya. Bila dan bagaimana? Saya tidak tahu.

Yang pasti saya akan.