Assalamualaikum~
Post pertama aku di bumi Malaysia selepas 7 bulan. Owh. Sangat lama dan sangat rindu. Rumah dah lain, makin kuning. Semakin ceria. Tv dah bertambah banyak. Adik aku pun dah bertambah, bertambah berat. MasyaAllah, gemuk gila. Kalau letak gorilla di sebelah dia, sumpah aku rasa dia sama besar dengan gorilla tersebut. Hahaha. Farah gemuk! Fine... Gorila memang agak melampau. Ayah macam biasa, tapi rambut putih dah bertambah. Hamster sangat dan sangat dan sangat gemuk. Gemuk dan gemuk. Ya Allah gemuk gila hamster itu. Aku dah tampar-tampar dah hamster itu, siapa suruh sangat gemuk. Mama maintain. Orang lain pun maintain..
Hari ini hari pertama aku duduk rumah. Rasa lain macam sikit sebab dengar iklan tv cakap melayu. Selalunya cakap bahasa Indonesia. Owh. Rumah memang best.
Ah... Teringat flight semalam. Sampai LCCT pukul 4 lebih-lebih petang. Kemudian, pergi solat, tengok jam dah pukul 5. Beratur di ATM, sangat panjang, ramai orang miskin seperti aku atau ramai orang baru balik dari Jakarta, tengok jam dah pukul 5.25. Duduk kejap, konon mahu tukar simcard dan segala macam, secara tidak sengaja membuka buku catatan tentang info flight aku, ada 3 jenis flight, Jakarta-KL, KL-Alor Star, Penang-Jakarta. Oleh sebab dah tidak sengaja buka buku catatan itu, dengan niat baik tengok jam flight KL-Alor Star, pukul 6.05 pm. Jam di tangan tunjuk pukul 5.30. Ok.. Fatihah Anisah binti Mukhtar memang bongok. Itulah kata-kata aku sepanjang aku berlari-lari satu LCCT mencari-cari domestic departure.
Sudah sampai di domestic departure, kaunter yang tulis ke Alor Star dah tiada, dengan keadaan yang tercungap-cungap bertanya pada orang di kaunter ke Kuching, apa yang patut di lakukan sekarang, dia cakap pergi customer service. Berlari lagi aku dengan pelbagai luggage yang sangat banyak ke customer service. Kena lecture dengan penjaga kaunter sebab lambat, si dia bagi boarding pass tapi luggage tidak di benarkan masuk kerana kargo sudah tutup, jam di tangan menunjukkan pukul 5.45. Sekali lagi, Fatihah Anisah memang bongok.
Orang di kaunter customer service suruh aku hantar luggage guna kargo, berlari-lari lagi cari kargo tetapi malangnya Fatihah Anisah yang bongok tidak jumpa, cuma jumpa tempat letak simpan barang. Then, aku dengan rasa macam nak menangisnya simpanlah luggage aku di situ, jam dah menunjuk pukul 5.55. Belari-lari lagi cari pintu berlepas, jumpa, duduk 2 minit terus pintu buka. Aku serius dan serius rasa nak menangis sebab tinggal luggage aku. Masuk flight, cari tempat duduk, menangis tidak tahu malu. Mat salleh kat sebelah dah pandang pelik.
Luggage itu ada barang-barang aku beli untuk mereka di Malaysia. Sangat terkilan, sebab memang excited mahu bagi kepada mereka. Adoi. Saya Fatihah Anisah sangat terkilan dengan kebongokan saya sendiri. Sekali lagi, Fatihah Anisah sangat dan sangat bongok.
Teringat peristiwa ini memang membuatkan aku mahu menangis. Haish...
p/s= Rumah sangat best. Sekarang sudah ada 3 ekor burung, 5 ekor ikan, 5 ekor hamster gemuk, dan 1 kucing yang perasan diri dia comel. Ayah... Arnab bila pula?
p/s lagi= Maaf post ini banyak perkataan bongok.
Saturday, February 27, 2010
Friday, January 29, 2010
Mimpi suatu yang harus dikejar.
Assalamualaikum~
.jpg)
"Ini gambar menara Eiffel Kal. Adanya di kutub Paris, ibu kotanya Perancis. Paris itu kotanya orang-orang pintar Kal, orang-orang hebat, orang ahli-ahli, seniman semuanya ada di sana. Katanya Paris juga adalah kota paling cantik sedunia. Banyak orang bermimpi ke sana"
Kata-kata anak kecil yang memiliki cita-cita. Hanya anak kepada seorang pelayan di pesisir pantai, tidak pernah menghalangnya daripada datang ke sekolah.Walaupun dia terpaksa menunggu buaya untuk berendam di air sebelum melalui satu-satunya jalan untuk sampai ke sekolah.
Aku terkagum sebentar. Betapa besarnya cita-cita mereka.
Sekarang baru aku tahu, kenapakah Atin dan Faiqah sangat gilakan cerita ini. Nampaknya aku dah tumpang sekaki. Hee...
"Yang harus kalian ingat anak-anakku, jangan pernah menyerah. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya"
Laskar pelangi suatu inspirasi dalam mengejar mimpi....
P/s= Dialog yang paling aku suka "Mahar, janganlah kau campur-adukkan khayalan kau dengan dusta. Apakah kau tidak pernah menyemak pelajaran Akidah setiap hari selasa. Ini perbuatan syirik!"
Monday, January 18, 2010
Gaza Raya.
Assalamualaikum~
Gaza adalah kisah keberanian, semangat, iltizam dan perpaduan rakyat, bukan layar kepada kisah dendam kesumat, kekecewaan dan kebencian. Kisah hidup penuh maruah, bangun semula jika terjatuh.
Gaza bukan medan peperangan tetapi adalah tanah yang menanti pembebasan.
Friday, January 15, 2010
Called me crazy...
Assalamualaikum~
Blok Biologi Sel 1.
Belajar mengenai Anatomy, Embryology, Biology dan Chemistry. Perlu belajar dengan lebih kuat and mantap... Rajin!
Mari... Lai Lai... Mari aku bercerita tentang usaha aku selama berhari-hari. Tidur, buka buku, baca, faham. Susah untuk memahami apa yang aku cuba katakan?? Ingatlah kepada iklan TV3... Yang mana satu?? Ikut suka... Apa aku mengarut ini?? Ish Fatihah Anisah....
Okeh.. Sambung balik dengan usaha-usaha yang aku jalankan sebentar tadi. Baca, baca, baca, faham, faham dan faham. Lepas itu exam.. Usaha yang aku buat selama berhari-hari berakhir dengan 10 soalan objektif dengan masa 10 minit. Ouch... Anatomy~ You make me lost... But I love you... Don't go away... Please.... You love me back right?? Heee...
P/s= 2PM hot... Auww...
Tuesday, December 29, 2009
A Day That Stop Become Non-stop.
Assalamualaikum~
Hidup masa cuti memang best. Tengok Movies. Gosip artis Korea. Tahukah anda bahawa 2pm sangat best dan hot? Opps. Hee.
Lama aku tidak mengupdate blog. Susah betul nk update sebab tiada idea.
Seminggu bercuti sudah berlalu, tinggal lagi seminggu untuk meneruskan perjuangan. Belum bersedia. Macam mana ini? Modul masih hilang walaupun ada di depan mata.
Ok-ok. Lupakan sebentar. I pergi Bandung okeh. Hee... Buat apa? Shopping, jalan-jalan. Mahu strawberi tapi tiada jodoh dengannya. Takpa-takpa lain kali aku berjodoh-jodoh dengan semua berry-berry yang ada di dunia, Strawberry, raspberry, blueberry, kambing berry-berry tidak sama sekali. Owh. Cakap pasal kambing, teringat zaman dulu-dulu kala. Disebabkan aku tinggal di taman dan sebelah kampung aku ada kampung. Aku suka main dikampung sebab kawan-kawan di kampung sangat cool, main lumpur, guli, masak-masak. Kalau kawan-kawan di taman mereka tidak cool, main basikal, lumba lari. Adoi. Bosan-bosan.
Kembali pasal kambing, ada dua jalan untuk ke kampung itu, sama ada melalui jalanraya yang besar atau jalan kampung yang harus melalui KANDANG KAMBING. Kalau ada kandang mesti ada tahi. Hahahaha.. Disebabkan aku lebih suka memilih jalan kandang kambing, jadi lama kelamaan aku telah mendevelop rasa suka bau tahi kambing. Iyek kan?? Waktu itu tahi kambing sangat wangi. Iyek-iyek.... Hahaha... Sekarang sudah tidak lagi. Jangan risau.
Okeh. Kembali kepada trip ke Bandung. Best-best. Trip to Bandung memang best. Bandung memang best. Van untuk ke Bandung memang best. Akak-akak yang aturkan trip ini pun memang best. Tempat bermalam memang best.
First pergi kawah putih, then shopping, tidur di Villa. Esoknya pergi kebun strawberry tapi belum buka, pergi ke Tangkuban Perahu, Pasar Pagi, Factory Outlet, pulang Jakarta.
Villa Ungu sangat cool.
Tangkuban Perahu sangat insaf.
Saya sangat cantik.
P/s= Terima kasih kepada akak-akak yang mengaturkan trip ini. Terima kasih Allah kerana memberi peluang. Terima kasih kamera kerana memberi gambar. Terima kasih kawan-kawan kerana melihat. Cool kan saya?
Subscribe to:
Posts (Atom)