Monday, September 27, 2010

Macam Mana ini?

Assalamualaikum

Post ini agak emo. Haish. Pertukaran sistem pembelajaran UKRIDA ini memang buat orang stress. Paling-paling pun i yang stress. Boleh tak jangan macam ini? Kasihanilah kami.

Ada patut buat exam integrasi untuk 2 kali 1 blok. Kalau fail macam mana? Stress. Dah la tu. Hari sabtu ini pula itu examnya. Stress. Kalau fail exam integrasi dengar-dengar khabar boleh ambil HER. Meaning.... Kena belajar semua subjek dan semua benda. Stress. Kalau fail HER ambil SP kena bayar ikut sks blog. Meaning... Sangat banyak rupiah yang bakal di belanjakan. Stress.

Tak apalah Fatihah Anisah. Belajarlah rajin-rajin. Penat i tengok u yang pemalas ini.



P/s= Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Penat tanya banyak orang tentang pantun ini, akhirnya ada juga yang orang ingat. Alhamdulillah. ^^


Sunday, September 19, 2010

Masa Untuk Kembali ke Realiti.

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya. Ok. Tahu dah lambat, tapi nak buat macam mana. Internet kat rumah sangat lambat dan sangat lambat. Haish. ^^

Baru balik Jakarta semalam. Selamat tinggal Malaysia. Jumpa anda lagi nanti.

Esok, Semester baru untuk tahun yang kedua! Percayakah anda saya sudah masuk Tahun Kedua bidang Perubatan di Jakarta, Indonesia? Maaf. Saya tidak percaya. Ouch. Hee. Tapi kenalah percaya juga ye dok? Dah memang tua. Oklah Fatihah Anisah, belajarlah rajin-rajin. Jangan malas-malas.

Oh. Raya telah membuatkan semua orang berisi. Hihihihi. Apa ini berisi-isi? Hish. Sampaikan Si Bengap (Kucing Deby dan Tiqah) dengan Hamster Wawa pun berisi juga. Tak apa, bintang berisi maksudnya rajin. Terima kasih ye Naim sebab tolong jagakan. ^^

P/s= Tiba-tiba tersembang dengan Yong pasal semut di Gramedia tadi. Teringat masa kecil-kecil, mak I selalu tanya, 'Apa bezanya anda membunuh seekor semut dengan seekor gajah?' dan jawapan selalunya juga sama 'Tiada bezanya, anda telah membunuh suatu nyawa. Kenapa anda mahu membeza-bezakannya?'.


Friday, August 20, 2010

Salam Sejahtera.

Assalamualaikum.

Hai Blog. Saya dah pulang ke Malaysia! Best kan? Hehehehe. Sangat! Hari ini buka puasa, mak saya masak kuih muih. Selalunya bukan main lagi suruh bapak saya beli kat bazaar Ramadhan. Bila saya tanya kenapa tetiba masak kuih sendiri, beliau jawab kuih beli tak sedap. Hmm. Pelik. Tak apalah. Sedap juga kuih Cara rasa lempeng itu. Hee. ^^

Puasa tahun ini, nampaknya semua orang sedikit busy. Well. Rumah hanya ada 4 orang. Tapi yang paling saya tak faham sekali, setiap kali berbuka saja makanan yang dimasak mesti untuk orang yang lagaknya seperti 10 orang. Tak kiralah samada saya yang masak ataupun mak saya yang masak. Haish. Bazir! Tuhan tak suka.

Oh. Lupa pula. Dua tiga menjak ini internet macam memang rasa suka hati dia saja nak tambah dosa orang yang sedang berpuasa dengan adegan-adegan manja-manja suka suki yang kadang kadang cute tapi nak kena lempang. Tolonglah jangan buat macam ini lagi. Pleaseee....

Rasa rasanya hari ini perkara yang paling mengeramkan adalah bila ada seorang wanita meow yang entah dari mana menceroboh masuk ke dapur hampir-hampir menculik ikan masin mak saya. Bukan itu saja, bersuka ria benor awak tolong selerakkan tong sampah saya. Awak tahu tak saya yang kena bersihkan? Hish. Kalau saya jumpa awak lagi wahai si wanita saya marah awak sampai awak nangis!

Oklah. Sekian terima kasih.


P/s= Kan best kalau dapat menyusur sungai yang menjadi saksi kepada kisah Nabi Musa dan Asiyah... Sungai Nil.


P/s lagi= Kuih tadi sedap! Walaupun sedikit hitam.

Friday, August 13, 2010

Satu Hari Lagi.

Assalamualaikum

Hee. Rasanya sudah agak lama blog ini dibiarkan terbiar. Hee. Well. Selamat tinggal semester dua. Sekarang sedang menghitung hari untuk balik Malaysia. Auw~ Sangat excited dan sangat happy.

Barang sangat-sangat-sangat banyak! Padahal tak shopping banyak pun. Hee. Okeh. Hari Jumaat ini. Selamat tinggal Jakarta. Yeay!


Oh. Happy Belated Birthday Fatihah Anisah Bt Mukhtar! Oh. Terima kasih kawan-kawan atas sambutan hari jadi yang diberikan dan juga ucapan yang di terima. Terima kasih. Sumpah, saya lupa semalam adalah hari lahir saya. Hadiah besday yang paling best tahun ini, dakapan Ramadhan. Alhamdulillah masih di beri kesempatan.

Selamat datang bulan Ramadhan. Selamat tinggal iblis syaitan.



P/s= Kecintaan terhadap nabi berlainan dengan kecintaan terhadap ibu bapa, kekasih dan Allah. Orang yang paling mencintai Rasul adalah orang yang sentiasa menyampaikan dakwah dan risalahnya. Sigh. Baru tahu.

Tuesday, August 3, 2010

Tolonglah Bersabar.

Assalamualaikum

Fatihah Anisah bt Mukhtar bin Mahat bin Abon. Sabar sabar sabar sabar. Lagi dua hari untuk habis exam terakhir semester dua. Lagi seminggu lebih untuk balik Malaysia dan lagi seminggu lebih juga untuk puasa.

Sabar sabar sabar.






p/s= Blue is the colour of hope. Now I know.

p/s/s= What is hope? Hope is something that you cant see but you always feel.

*Crossing my fingers*


Malaysia......