Friday, December 4, 2009

Kali Pertama

Assalamualaikum~

Orang kata perkara yang pertama kali itu seronok. Aku pun rasa macam itu. Macam pertama kali aku berjaya naik basikal masa kecil-kecil, bukan main seronok lagi aku waktu itu, sampai lupa mahu tengok depan ada tiang garaj. Selanjutnya mungkin dah dapat agak. Perkara itu berlaku di hadapan mak aku, beliau gembira bila tengok aku dah pandai naik basikal, tapi tiada perasaan bila aku langgar tiang, sebab dah biasa. Mak kata "Alah bisa, tegal pun kena bisa juga". Maksud? Entahlah.

Bila kali pertama aku sampai Indonesia pun aku suka juga. Walaupun perasaan waktu itu agak bercampur-baur sebab kena berpisah dengan keluarga. Aku suka, sebab aku tidak pernah sampai lagi. Aku suka, sebab mak aku kata di sini boleh shoping. Aku suka, sebab kawan-kawan aku suruh kirim salam dekat kumpulan Ungu, Peter Pan, Nabila dan macam-macam lagi. Orang yang pergi UK mana ada semua benda ini. Maaf, bukan benda, orang. Hee.

Masa kali pertama aku masuk hospital pun aku suka juga. Siapa kata Fatihah kebal?? Ayah, ayah dah salah. Hahahahaha.

Tapi.. Bila kali pertama aku FAIL subjek, itu adalah perasaan yang tidak meyenangkan. Subjek apa yang aku FAIL? Metodologi Penelitian. Welcome to the real world Teha. Ok-ok aku datang. Huhuhu. Terasa seperti kena tamparan yang menyedarkan. Sila bangun Fatihah, bangun, kejar, lari, dan lari. Jangan tidur lagi sebab anda bakal ketinggalan lagi. Yeah. Hahaha. Kenapa aku gelak? Ok. Fatihah dah gila.

Kepada kawan-kawan yang bakal dan sudah remed, anggap saja kegagalan itu macam masak sup, kalau kita tambah perasa kegagalan bukankah macam kita tambah perasa yang buat sendiri, lagi sedap berbanding sup segera cap babas. Fine. Perbandingan yang mengarut. *kali pertama gagal, speechless*

Apa-apa pun, usaha akan tetap di teruskan dan di pergiatkan lagi kerana perjalanan masih jauh dan panjang. Gagal sekali tidak bermakna akan gagal lagi sebab saya, Fatihah Anisah tidak akan membenarkannya. InsyaAllah. Fighting!




(^_^)V

1 comment:

faiqah ar said...

tehah sayangg~

chaiyOokk!!~~
jOm kite sama2 berusaha..
kalau saya tidur,awak ketuk je ok!
kalau awk tido, saya siram air..
haha..(^_-)v yoSh

usaha-doa-tawakal..
let Allah do the rest..