Oh wow... Pecah rekod sebab sangat lama tidak mengupdate blog. Masalah tenet memang merupakan masalah buat orang baru pindah. Hee. Tapi sekarang dah ok. Oh. Saya pindah rumah baru, lagi cantik, lagi besar dan lagi banyak bocor. Haish. Tapi tidak apa, rumah saya masih cantik.
Sekarang merupakan semester baru dan blok baru. Macam biasa, blog baru sangat best.. Dan sangat banyak. Sigh. Tapi oklah, sebab sebelum ini suka merungut bila mahu belajar jadi doktor sekarang sudah, merungut banyak pula. Fatihah, anda manusia yang tidak bersyukur.
Blog baru, semua orang belajar anatomy. Jumpa mayat, balik jadi kuat. Well, mayat.. I tidak takut dengan you mah... Hee. Tapi tidak lalu makan tengahari jugalah, sebab muscle manusia sama gila dengan ayam. Ayam rendang. Ayam masak kicap. OK.. Fatihah keji. Ahh. Makan tengahari sahaja ok. Makan malam sudah makan dengan pelahapnya. Oh.. Mungkinkah formalinnya yang membuatkan aku tidak lalu makan? Hmm... Aku rasa ya.
Apa yang membuatkan mayat nampak scary ialah misainya. Mula-mula masa aku tengok mayat itu, rasa macam biasa saja. Namun, bila aku tengok misai beliau yang seakan-akan misai bapa saudara aku itu, aku rasa scary. Di tambah pula dengan rambut beliau yang panjang dan di ikat. Subhanallah, baru perasan itu benar-benar dan benar-benar manusia. Terima kasih misai kerana meyedarkan saya tentang siapa anda sebenarnya.
Blok kali ini, harus belajar dengan kuat dan lebih kuat. Fighting!
p/s: Jaebeum cute.. Auw..
No comments:
Post a Comment