Saya belum bersedia. Belum bersedia duduk di suatu sudut dan memandang kisah hidup saya sebagai satu kisah sejarah. Seperti kisah ini. Betul.
Saya masih belum bersedia meninggalkan zaman kanak-kanak saya. Saya, betul-betul tidak mahu begitu cepat meninggalkan semuanya.
I know one day I'll go through all this. But not now. Seriously not now.
Saya masih mahu jadi anak ayah, yang lari ke rumah kerana bau masakannya selepas pulang dari sekolah.
Saya masih mahu jadi anak emak, yang lari dikejarnya dengan hanger kerana makan keropok Ring Ring.
Saya masih mahu jadi anak ayah, yang sentiasa disapu ubat ketika jatuh dan luka.
Saya masih mahu jadi anak emak, yang sentiasa dibebelin kerana menangguh mengaji Al-Quran akibat menonton cerita Doremon.
Saya masih mahu menjadi anak ayah dan emak.

Hey wanita bergigi empat. Jangan terlalu cepat membesar. Tunggu saya. Saya mahu membesar bersama anda.
2 comments:
teha..
agak2 nak tak hadiah cermin besar letak tepi katil?
heee~ =)
yong...
nak2... ada cermin lebih?
:P
Post a Comment