Monday, November 8, 2010

Saya Telah Dan Akan Membazir.

Assalamualaikum

Hai. Kelakar bila tengok banyak gila draf blog yang dah siap tapi malas nak post. Kelakar bila sedar yang exam dalam beberapa hari tapi malas nak belajar. Kelakar bila tengok gambar orang yang belajar jauh-jauh bersalji tapi nak tengok juga. Hee.

Lama tak post apa-apa. Sebab tiada apa-apa. Teringat masa mula-mula buat blog kat blogger. Waktu itu lepas SPM, ramai kawan-kawan buat blog. Tapi saya masih tak faham blog ini untuk apa dan kenapa? Saya rasa penerangan kawan saya itu lawak semasa saya tanya blog itu apa. Dia kata blog itu macam diari online. Hahaha. I wrote something in my diary that I wished no one would know. Kalau online mestilah orang tahu. Tapi tak apalah. Buat juga. Then bila dah buat-buat. Lama-lama blog itu ditinggalkan sampai satu hari, saya ambil keputusan untuk mendelete blog tersebut.

Ini adalah blog saya yang kedua. Dah hampir dua tahun juga. Tapi tak pernah nak post banyak. Haish. Pemalas betul. Masa saya start buat blog, saya tak pernah terfikir akan ada orang baca blog saya. Betul. Sebab? Hmm. Saya sangat merendah diri kot. =P. Sebab itu saya tak pernah publish blog saya di mana-mana pun. Seriously. Oh oh oh. Saya juga sangat berharap agar tiada seorang pun dari family saya yang tahu akan blog saya. Malu lah~ Nanti balik rumah semua orang tahu dan perli-perli dalam senyuman dan perbuatan.

Oklah. Done with that. ^^


P/s= Fatihah Anisah membazir itu kawan Syaitan. Berapa banyak lagi anda mahu berkawan dengan dia?

2 comments:

orang atas said...

teha,wt blog leh cari kwn jgk.siryes. bukan suma kwn online tu jahat.
just be careful la..
isk.sekian.

fatihah~ said...

hohohohoh. ^^