Showing posts with label Excited. Show all posts
Showing posts with label Excited. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Bila Sudah Tua.

Assalamualaikum

Hahahaha. Mahu gelak sekuat-kuat hati dan sebahagia mungkin. Sangat kelakar bila baca post lama-lama. Rasa macam sangat keanak-anakkan dan rasa macam kembali ke saat menulis. Sangat kelakar dan sangat menarik. Hee.

Patutnya aku menulis lebih banyak dan lebih panjang. Jadi, bila lagi 5 tahun, aku akan imbau balik apa yang aku tulis. Hmm. Good idea.

Ok. Kita mulakan dengan sekarang.

Tarikh: 14 Julai 2010
Masa: 11.49 malam waktu Seoul

Sekarang tengah masuk minggu pertama blok baru dan blok terakhir semester 2. Blok Digestivus *In case Fatihah Anisah yang berusia 25 tahun terlupa, anda belajar perubatan dalam bahasa Latin*. Lepas blok ini, akan pulang ke Malaysia untuk berpuasa dan beraya dan berkenduri kahwin abang dan abang sepupu. Hee. Excited kan? *Sangattt*

Cukup sebulan, aku akan kembali. Yeay!


Buat Fatihah Anisah yang berusia 25 tahun. Saya tak tahu anda akan baca atau tidak. Tapi, apa-apa pun yang terjadi. Work hard, live smart. Kalau terjatuh, jangan menangis macam anda berusia 20 tahun. Bangun and become stronger. You know why? Because you are anak Mukhtar. =P

What anak Mukhtar always do?

We fight and we eat a lot. Fighting fighting!


p/s= Sudahlah dengan mangaonline dan shoppingonline. Tak habis-habis kamu ini. Mau lempang? Siapa? Pergi tengok cermin.


Tuesday, June 22, 2010

Jangan Pandang Sebelah Mata.

Assalamualaikum


My gosh. Saya rasa dia sangat cantik dan sangat cute.


Saya terpegun dengan kecantikkan dan kecomelan Ku Hye Sun ^,^

Oh... Suara dia pun sangat sedap.

Cutee...

Hye Sun go!! Hye Sun go!! *sambil guna pom pom berwarna hijau*


p/s: bila nak sampai post yang ke-100 ni? Lambat benor kamu ini ha Fatihah.

Wednesday, July 22, 2009

Kasih Dan Sayangmu

Assalamualaikum

Waa~ Lama betul tidak update blog... Rindu pulak.. Hee~

Well... Visa selamat sampai di tangan keesokkan harinya selepas percubaan kedua...

Sebenarnya, aku bukan berniat untuk memerli atau mengata apatah lagi mencela sahabat-sahabat Unity aku yang berperasaan tidak mahu ke UKRIDA atas sebab-sebab seperti berikut:

1. UKRIDA adalah sebuah unversiti di bawah pentadbiran gereja (correct me if i was wrong).
2. UKRIDA adalah universiti yang berada di ranking ke-68 bagi universiti-unversiti di Indonesia.(hasil pergunaan GOOGLE)
3. UKRIDA terletak di Jakarta Barat, maksudnya lebih panas compare to Bandung.

Cuma pendapat aku sedikit berbeza.. Heee... Tak adalah berbeza sangat pendapat itu masa mula-mula dapat tahu aku akan berangkat ke UKRIDA sebab alasan untuk tidak ke UKRIDA di atas itu pendapat aku(masa mula-mula ok).. TAPI pendapat di matangkan dengan doa dan sudut pandangan yang berbeza setelah di fikir-fikirkan..

Pada sudut kacamata geek aku, walaupun UKRIDA is not among the best unversity in Indonesia not counted in the world, tapi aku tetap merasakan bahawa UKRIDA adalah yang terbaik untuk aku dan kita semua daripada Allah SWT.... Mungkin hadiah Allah dalam bentuk ujian dan cubaan..

Sama seperti dulu-dulu, aku adalah seorang kanak-kanak yang sangat susah untuk sakit *bukan bangga diri tapi kebenaran*.. So, bila aku sakit waktu kecil-kecil dulu, aku akan menjadi seorang kanak-kanak yang sangat mengada-ngada... Sampailah suatu hari ketika di kuliah Subuh, Cikgu Zambri(ketua warden) mengenai Bentuk-bentuk Ujian Allah(lebih kurang lah tajuk dia)... Rupa-rupanya, sakit itu adalah ujian(memang betul pon cuma waktu itu aku tak terfikir), dan ujian itu adalah tanda kasih sayang.... Kasih sayang siapa??? Kasih sayang Allah... Heee.... So, sejak daripada saat dan ketika itu, jikalau saja aku jatuh sakit, maka aku akan ucapkan Alhamdulillah sebab masih ada kasih dan sayang-Nya untuk aku dan kita semua....

Jadi, apa kena-mengena cerita aku tentang kasih sayang Allah dengan ke UKRIDA ialah.... Aku pun tidak tahu... Tapi yang pasti aku merasakan bahawa UKRIDA adalah salah satu daripada bentuk kasih sayang Allah kepada kita....

Ada tujuan-Nya kita semua di tempatkan di UKRIDA dan ada matlamat-Nya... Aku tidak tahu tujuan dan matlamat itu tapi yang pasti, ia adalah sesuatu yang indah......

So... Aku Fatihah... Sangatlah excited untuk ke UKRIDA... Semoga perjalanan aku ke Indonesia membawa suatu pengertian yang di cari-cari... Insyaallah.... Heee~