Wednesday, May 5, 2010

Ouh. Zaman itu.

Assalamualaikum

Saya telah di tag oleh Cik Ana. Terima kasih kerana meng-tag saya. Dah lama tidak main tag-tag ini sebenarnya. Hehehe.

Syarat:
1. Click Picture dalam laptop anda.
2. Click folder ke-8.
3. Click gambar ke-8.
4. Cerita mengenai kisah gambar tersebut.
5. Tag 8 orang kawan.

Saya mahu tag Cik Piko yang baru update blog beliau beberapa hari lepas selepas 6 bulan.

Saya mahu tag Cik Alma, my Labmate.

Saya mahu tag Cik Huny Bunny. Anak kambing main yoyo, Huny poyo. :P

Saya mahu tag Cik Teeqah yang cute.

Saya mahu tag Cik Kinah biskut yang perasan comel.

Sesiapa yang mahu buat. Tolong la buat. ^^


Ini adalah gambar kelas aku zaman muda-muda. Tingkatan 5. Cute kan semua orang?
*Maaf, terover cute sikit dalam gambar ini.*



Zaman maktab dulu memang sangat best. Walaupun kadang-kadang rasa macam tidak. Semua orang masih muda, masih anak cikgu dan masih cantik. *Sekarang bertambah-tambah cantik*.

Gambar ini adalah gambar yang di ambil pada hari Jumaat. Macam mana aku tahu hari Jumaat? Kerana kaum Hawa bersongket cantik dan kaum Adam bersampin kemas. *Walaupun ada yang tidak*. Gambar ini sebenarnya di tujukan kepada Cikgu kelas aku, Cikgu Rodzi sebagai hadiah hari jadi. Sekali lagi, semua orang sangat cute sebab bagi idea ini.

Maaf.. Aku tahu apa yang bermain di minda. Kaum Adam memang sangat terhad. Sebab itu, wanita Ardent wanita gagah. Yeah! Gagahnya wanita Ardent apabila ada yang menjadi Statue of Liberty. *Jangan main-main*. Gagahnya lagi apabila ada yang menjadi Ahli sihir yang siap menyumpah seranah sesiapa yang berani untuk meyumpah seranah USA. Gagahnya lagi apabila adanya wanita Ardent yang menjadi wanita Red Indian yang bersedia menyumpit sesiapa yang melalui negara USA. Mesti tidak faham kan? Hahahaha.

Ini cerita masa tingkatan 4. Setiap kelas akan di undi untuk mewakili satu negara. Negara Ardent telah terpilih Kelas USA. Cuba tampilkan budaya dan makanan dan pakaian dan adat dan lokasi seperti kata Dr. Indriani, Topografi. Ada yang jadi ahli sihir, ada yang jadi Goddess, ada yang jadi tentera *handsome gila.. (perempuan ok)*, ada yang jadi Red Indian, dan ada yang jadi Statue Of Liberty. Fikir-fikir balik, semua ini sangat kelakar.


Zaman itu, zaman suka duka.




Maaf saya telah menipu. Gambar di atas merupakan gambar ke 18 di folder yang ke 5.

Tuesday, May 4, 2010

Makanya..

Assalamualaikum

Hindhu, Buddha, Cristian punya banyak kesamaan, punya perbezaan yang besar.

Jangan lihat dan nilai pengikut agama, lihat dan nilailah kitab pembawa agama.

Penganut Islam itu ada dua, Muslim kerana keturunan (by chance) dan Muslim kerana pilihan (by choice).

Don't be a Muslim by chance be a Muslim by choice.

I Choose to be a Muslim 14 years ago, when did YOU choose to be a Muslim? I dare you.
- Brother Shah Kirit


Comparative Religion (Comrel) 2010, Bandung



Hati ini tiba-tiba tersentuh..

Hati ini tiba-tiba merindukan Ramadhan...

Sunday, April 18, 2010

Hanya mampu tersenyum.

Assalamualaikum~

Tetiba teringat zaman kecil-kecil. Ini semua gara-gara satu gambar. Kelakar. ^^

Cuma ada beberapa perkara yang sedikit lain. Aku anak 90an. Aku tidak berebut jam Boy London. Berebut jam Sailormoon yang boleh buka tutup cover jam.

Cokelat Tora masuk angin.




P/s: Part lawan pemadam memang tidak boleh blah. Teringat lawan pemadam dengan 'Burung garuda jantan yang garang' *itumemanggelaranbeliau*. Dia fikir dia ketua kelas dia boleh menang?

Gembira.

Assalamualaikum~

Baru lepas habis exam buat blok Muskuloskeletal. Next blok, Neuroscience. Kakak-kakak senior kata susah sangat-sangat. Bagi aku mungkin tidak susah. Tapi blok yang harus belajar dengan lebih tekun dan tekun lagi berbanding blok sebelum ini. Kata-kata susah menjatuhkan semangat yang belum terbina. Hehehe.

Cuti antara blok, banyak lepak-lepak. Well, I memang suka lepak-lepak ini. Boleh tengok movie, chatting sampai mati, main facebook tidak ingat dunia, banyak lagi lah. Hee. Sambutan birthday Deb, Qila dan Atin. Sangat best. Walaupun birthday deb dan atin dah lepas, birthday qila belum sampai. Hee. Happy belated Birthday to Atin and Debbie. Happy birthday to Qila Pink *ucap awal-awal*.

Well, rumah baru ini sudah ada tiga orang colour maniac, Atin si kuning, Qila si kaki pink and Pika si tangan purple. Debbie si anak gajah. *Sebab sangat suka akan gajah*... Soon bakal bertukar, Debbie si ibu angsa.


P/s: Hati saya harus kembali kepada pencipta hakiki. Dia sudah memberontak.

Wednesday, April 7, 2010

Semuanya serba baru.

Assalamualaikum~

Oh wow... Pecah rekod sebab sangat lama tidak mengupdate blog. Masalah tenet memang merupakan masalah buat orang baru pindah. Hee. Tapi sekarang dah ok. Oh. Saya pindah rumah baru, lagi cantik, lagi besar dan lagi banyak bocor. Haish. Tapi tidak apa, rumah saya masih cantik.

Sekarang merupakan semester baru dan blok baru. Macam biasa, blog baru sangat best.. Dan sangat banyak. Sigh. Tapi oklah, sebab sebelum ini suka merungut bila mahu belajar jadi doktor sekarang sudah, merungut banyak pula. Fatihah, anda manusia yang tidak bersyukur.

Blog baru, semua orang belajar anatomy. Jumpa mayat, balik jadi kuat. Well, mayat.. I tidak takut dengan you mah... Hee. Tapi tidak lalu makan tengahari jugalah, sebab muscle manusia sama gila dengan ayam. Ayam rendang. Ayam masak kicap. OK.. Fatihah keji. Ahh. Makan tengahari sahaja ok. Makan malam sudah makan dengan pelahapnya. Oh.. Mungkinkah formalinnya yang membuatkan aku tidak lalu makan? Hmm... Aku rasa ya.

Apa yang membuatkan mayat nampak scary ialah misainya. Mula-mula masa aku tengok mayat itu, rasa macam biasa saja. Namun, bila aku tengok misai beliau yang seakan-akan misai bapa saudara aku itu, aku rasa scary. Di tambah pula dengan rambut beliau yang panjang dan di ikat. Subhanallah, baru perasan itu benar-benar dan benar-benar manusia. Terima kasih misai kerana meyedarkan saya tentang siapa anda sebenarnya.

Blok kali ini, harus belajar dengan kuat dan lebih kuat. Fighting!



p/s: Jaebeum cute.. Auw..