Wednesday, June 9, 2010

Si Layang-layang.

Assalamualaikum

Hai Si Layang-layang. Awak sesat? Maaf, Saya tidak boleh bantu. Awak terlalu tinggi. Jangan terbang terlalu tinggi, nanti hilang di celah langit. Jangan terlalu ikutkan angin. Angin sudah hilang arahnya lagi.


Tetapi, kalau awak jumpa sang awan nanti. Jangan lupa kirim salam saya padanya lagi. Saya rasa dia terlalu cantik hari ini.


Tetapi, ingat pesan saya. Jangan terbang terlalu tinggi. Awak harus kembali. Tetapi awak boleh terbang lagi, kalau awak sudah pasti jalan itu adalah langit Illahi.





Saya lihat awak lagi tadi. Jangan. Itu bukan awak, wahai Si Layang-layang. Saya pasti.

Tuesday, June 8, 2010

You and you.

Assalamualaikum

You. If I have to choose between the whole world and you. I choose you.

You. When I said I'll be by your side no matter what happen. I truly mean it. InsyaAllah.

You. When I said you are forever and ever stays in my heart. I didn't lie to you.

You. When I gave you something, It's simply because I want you to have it.

You. When I told you that, I'll be with you life and death. InsyaAllah. It's not a fake.



You. For the rest of my life. It just you.


You. Im truly miss you. :P




Mama, Salam rindu dari Jakarta.


p/s: Yong.. Sangat suka lagu ini. heee.. :P Terima kasih.

Thursday, June 3, 2010

Saya tidak mahu membesar.

Assalamualaikum

Saya belum bersedia. Belum bersedia duduk di suatu sudut dan memandang kisah hidup saya sebagai satu kisah sejarah. Seperti kisah ini. Betul.







Saya masih belum bersedia meninggalkan zaman kanak-kanak saya. Saya, betul-betul tidak mahu begitu cepat meninggalkan semuanya.

I know one day I'll go through all this. But not now. Seriously not now.

Saya masih mahu jadi anak ayah, yang lari ke rumah kerana bau masakannya selepas pulang dari sekolah.

Saya masih mahu jadi anak emak, yang lari dikejarnya dengan hanger kerana makan keropok Ring Ring.

Saya masih mahu jadi anak ayah, yang sentiasa disapu ubat ketika jatuh dan luka.

Saya masih mahu jadi anak emak, yang sentiasa dibebelin kerana menangguh mengaji Al-Quran akibat menonton cerita Doremon.


Saya masih mahu menjadi anak ayah dan emak.















Hey wanita bergigi empat. Jangan terlalu cepat membesar. Tunggu saya. Saya mahu membesar bersama anda.

Monday, May 31, 2010

Hmm. Hmm. Hee. ^^

Assalamualaikum

Kadak, Happy Birthday. Hehehe. Tiqah, Happy Belated Birthday. Lagu ini dituju khas buat anda berdua. Love and friendship forever.

Ucapan buat anda berdua: Always remember to be happy because you never know who's falling in love with your smile. *Ayat kakak I yang jiwang* Saya sudah jatuh cinta dengan senyuman-senyuman anda berdua.


Happy Birthday. ^^


Buat anda yang mempost lagu ini di blog anda. Seriously and seriously. I love it so much. Terima kasih atas lagu yang anda kenalkan. ^^

p/s: Saya sangat rajin update blog. :P

Sunday, May 30, 2010

Boleh Tak Awak Jangan Mengarut?

Assalamualaikum

*Mode mengenang kembali zaman muda-mudi.


Saya sangat suka cerita ini. Saya sangat suka pelakonnya. Saya sangat suka pulaunya. Saya sangat suka lagunya.

Oh.. Pulau yang cantik ini adalah Pulau Redang.

Mungkin macam kata-kata seorang kawan, kita terbuka almari lama, jumpa album gambar usang. Secara tak sengaja membuka dan melihat gambar-gambar dulu-kala. Perasaannya lain.

Saya terjumpa kembali perasaan yang hilang.


p/s: zaman kecil-kecil memang sangat suka cerita Cina. Kenapa saya menangis masa ayah mahu hantar ke sekolah Cina? Kan dah menyesal....