Tuesday, December 29, 2009

A Day That Stop Become Non-stop.

Assalamualaikum~

Hidup masa cuti memang best. Tengok Movies. Gosip artis Korea. Tahukah anda bahawa 2pm sangat best dan hot? Opps. Hee.

Lama aku tidak mengupdate blog. Susah betul nk update sebab tiada idea.

Seminggu bercuti sudah berlalu, tinggal lagi seminggu untuk meneruskan perjuangan. Belum bersedia. Macam mana ini? Modul masih hilang walaupun ada di depan mata.

Ok-ok. Lupakan sebentar. I pergi Bandung okeh. Hee... Buat apa? Shopping, jalan-jalan. Mahu strawberi tapi tiada jodoh dengannya. Takpa-takpa lain kali aku berjodoh-jodoh dengan semua berry-berry yang ada di dunia, Strawberry, raspberry, blueberry, kambing berry-berry tidak sama sekali. Owh. Cakap pasal kambing, teringat zaman dulu-dulu kala. Disebabkan aku tinggal di taman dan sebelah kampung aku ada kampung. Aku suka main dikampung sebab kawan-kawan di kampung sangat cool, main lumpur, guli, masak-masak. Kalau kawan-kawan di taman mereka tidak cool, main basikal, lumba lari. Adoi. Bosan-bosan.

Kembali pasal kambing, ada dua jalan untuk ke kampung itu, sama ada melalui jalanraya yang besar atau jalan kampung yang harus melalui KANDANG KAMBING. Kalau ada kandang mesti ada tahi. Hahahaha.. Disebabkan aku lebih suka memilih jalan kandang kambing, jadi lama kelamaan aku telah mendevelop rasa suka bau tahi kambing. Iyek kan?? Waktu itu tahi kambing sangat wangi. Iyek-iyek.... Hahaha... Sekarang sudah tidak lagi. Jangan risau.

Okeh. Kembali kepada trip ke Bandung. Best-best. Trip to Bandung memang best. Bandung memang best. Van untuk ke Bandung memang best. Akak-akak yang aturkan trip ini pun memang best. Tempat bermalam memang best.

First pergi kawah putih, then shopping, tidur di Villa. Esoknya pergi kebun strawberry tapi belum buka, pergi ke Tangkuban Perahu, Pasar Pagi, Factory Outlet, pulang Jakarta.


Kawah Putih sangat sejuk.


Villa Ungu sangat cool.



Tangkuban Perahu sangat insaf.


Saya sangat cantik.





P/s= Terima kasih kepada akak-akak yang mengaturkan trip ini. Terima kasih Allah kerana memberi peluang. Terima kasih kamera kerana memberi gambar. Terima kasih kawan-kawan kerana melihat. Cool kan saya?

Tuesday, December 15, 2009

Perjuangan harus diteruskan.

Assalamualaikum~

Mungkin hari pertama block baru tidak seburuk yang di sangka walaupun modul kali ini boleh dikatakan setebal mungkin. Sekurang-kurangnya kami, pelajar 2009 kumpulan A dan B boleh melihat gambar Jame Bond zaman lalu yang hensem. Ah.. Lupa... Kumpulan C dan D juga mesti kena dan pasti sudah melihat gambar itu.

Lepas gambar Bond yang bakal dan sudah di kaitkan dengan Chemical bond atau dalam bahasa mudahnya a.k.a Ikatan Kimia dalam bahasa yang aku selalu anggap senang, muncul gambar perempuan seksi. Auw... Aku terkesima, kerana kelihatan dosen itu sudah berusia seusia mungkin. Ah... Mungkin mahu menarik perhatian kanak-kanak lelaki yang meningkat remaja didalam kelas. Lupa... Dalam kelas itu ada kaum adam.

Ikatan kimia menjadi subjek pertama yang dipelajari dalam modul Dasar Biologi Sel 1 bagi yang susah memahami, Basic Biology: Cell 1. Sila fahami dengan betul, kerana aku baru memahaminya sebelum menulis di sini.

Hari kedua merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Apabila penghawa dingin mengalami rusuhan beramai-ramai yang menyebabkan manusia di dalam dewan kuliah beramai-ramai mengeluarkan rusuhan kata-kata "Panas gila Jakarta", "Banyak Betul dosa kau", "Tolong tiup aku", "Brengsek punya ase", etc2.

Ase= aircond. Cara sebutannya bukan seperti 'ass' kata-kata kurang baik itu. Tetapi A-Se, A untuk ayam dan Se untuk sekor. Sekor, bukan sekor. Ah... Ayam Sekor! Perfect. Teha memang pandai. Hahaha. Ok. Lawak yang buruk.

Subjek karbohidrat seolah-olah memboikot aku apabila material yang banyak dan pelajarannya di ajar dengan terlalu cepat. Macam megi yang ditambah air secara berlebihan. Ditambah pula dengan panas yang mengakibatkan mengantok. Haish... Aku boikot nasi mulai hari ini. Selamat tinggal nasi.

Karbohidrat= nasi.

Hari ketiga, masih memerlukan perjuangan sebelum bercuti beramai-ramai. Yeay!

Fatihah Anisah perjuangan harus didulukan.



P/s= Mahar Khadijah binti Khuwailid daripada Rasulullah SAW adalah sebanyak 1000 unta. Sigh. Terlampau kagum.

Saturday, December 5, 2009

Reader Digest.

Assalamualaikum~

Selalunya bila aku sibuk, aku hanya buka buku itu, baca, simpan. Hari ini aku sibuk juga, sibuk dengan perasaan takut untuk exam minggu depan, nak kena belajar lagi, baru habis remed, tapi aku buka juga buku itu, baca tapi aku tidak simpan lagi. Baca lagi, then bau. Wangi.


"Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)" Surah Asy-Syarh, ayat 7.





I love the smell of Al-Quran..

Friday, December 4, 2009

Kali Pertama

Assalamualaikum~

Orang kata perkara yang pertama kali itu seronok. Aku pun rasa macam itu. Macam pertama kali aku berjaya naik basikal masa kecil-kecil, bukan main seronok lagi aku waktu itu, sampai lupa mahu tengok depan ada tiang garaj. Selanjutnya mungkin dah dapat agak. Perkara itu berlaku di hadapan mak aku, beliau gembira bila tengok aku dah pandai naik basikal, tapi tiada perasaan bila aku langgar tiang, sebab dah biasa. Mak kata "Alah bisa, tegal pun kena bisa juga". Maksud? Entahlah.

Bila kali pertama aku sampai Indonesia pun aku suka juga. Walaupun perasaan waktu itu agak bercampur-baur sebab kena berpisah dengan keluarga. Aku suka, sebab aku tidak pernah sampai lagi. Aku suka, sebab mak aku kata di sini boleh shoping. Aku suka, sebab kawan-kawan aku suruh kirim salam dekat kumpulan Ungu, Peter Pan, Nabila dan macam-macam lagi. Orang yang pergi UK mana ada semua benda ini. Maaf, bukan benda, orang. Hee.

Masa kali pertama aku masuk hospital pun aku suka juga. Siapa kata Fatihah kebal?? Ayah, ayah dah salah. Hahahahaha.

Tapi.. Bila kali pertama aku FAIL subjek, itu adalah perasaan yang tidak meyenangkan. Subjek apa yang aku FAIL? Metodologi Penelitian. Welcome to the real world Teha. Ok-ok aku datang. Huhuhu. Terasa seperti kena tamparan yang menyedarkan. Sila bangun Fatihah, bangun, kejar, lari, dan lari. Jangan tidur lagi sebab anda bakal ketinggalan lagi. Yeah. Hahaha. Kenapa aku gelak? Ok. Fatihah dah gila.

Kepada kawan-kawan yang bakal dan sudah remed, anggap saja kegagalan itu macam masak sup, kalau kita tambah perasa kegagalan bukankah macam kita tambah perasa yang buat sendiri, lagi sedap berbanding sup segera cap babas. Fine. Perbandingan yang mengarut. *kali pertama gagal, speechless*

Apa-apa pun, usaha akan tetap di teruskan dan di pergiatkan lagi kerana perjalanan masih jauh dan panjang. Gagal sekali tidak bermakna akan gagal lagi sebab saya, Fatihah Anisah tidak akan membenarkannya. InsyaAllah. Fighting!




(^_^)V

Saturday, November 28, 2009

AidilAdha.


Assalamualaikum~

Salam Aidiladha. Aidiladha aku untuk tahun ini yang pertama kalinya tanpa keluarga, semuanya pasti ada yang pertama. Hee. Sebenarnya sengaja aku menangguhkan post hari raya Aidiladha dengan harapan banyak cerita yang boleh di ceritakan namun ini sahaja yang termampu. Perjalanan Aidiladha hari pertama bermula dengan solat raya di Masjid Darul Hikmah (dekat dengan rumah), kemudian bergerak ke Kedutaan Malaysia Jakarta.




Penyembelihan berlaku, masak-masakkan berlaku, makan-memakan berlaku dan pulang ke rumah, tidur zzzz. Hee.

Aidiladha kali ini dirasakan lebih bermakna. Semuanya tampak dengan jelas niat dan isi Aidiladha. Aku adalah seorang manusia yang tidak pernah melihat penyembelihan kerana kalau tiba sahaja Aidiladha, aku akan menjadi manusia yang menemankan mak aku untuk tidak melihat perkara-perkara penyembelihan kerana mak aku akan muntah kalau melihat. Jadi, ini merupakan pengalaman pertama. Hee.

Malam sebelum raya, kedengaran takbir dari anak-anak kecil Indonesia. Mungkin tidak sesedap dan sesayu orang-orang yang berpengalaman tetapi cukup untuk mengharukan aku. Mungkin ini yang dikatakan sebagai Akademi Imam yang pernah dicadangkan oleh Cikgu Zambri. Salah satu cara dalam pembangunan ummah. Fatihah bercakap tentang pembagunan ummah? Ewah-ewah... Hahahahaha. Lebih baik dari Akademi Fantasia. Hee. Tapi aku tengok juga Akademi Fantasia. Musim 2 dengan 3. Hee.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat kawan-kawan seperjuangan. Lambaian Aidiladha dari bumi Jakarta buat keluarga dan kawan di tanah air.





Saya Fatihah Anisah. Hee.