Sunday, April 18, 2010

Hanya mampu tersenyum.

Assalamualaikum~

Tetiba teringat zaman kecil-kecil. Ini semua gara-gara satu gambar. Kelakar. ^^

Cuma ada beberapa perkara yang sedikit lain. Aku anak 90an. Aku tidak berebut jam Boy London. Berebut jam Sailormoon yang boleh buka tutup cover jam.

Cokelat Tora masuk angin.




P/s: Part lawan pemadam memang tidak boleh blah. Teringat lawan pemadam dengan 'Burung garuda jantan yang garang' *itumemanggelaranbeliau*. Dia fikir dia ketua kelas dia boleh menang?

Gembira.

Assalamualaikum~

Baru lepas habis exam buat blok Muskuloskeletal. Next blok, Neuroscience. Kakak-kakak senior kata susah sangat-sangat. Bagi aku mungkin tidak susah. Tapi blok yang harus belajar dengan lebih tekun dan tekun lagi berbanding blok sebelum ini. Kata-kata susah menjatuhkan semangat yang belum terbina. Hehehe.

Cuti antara blok, banyak lepak-lepak. Well, I memang suka lepak-lepak ini. Boleh tengok movie, chatting sampai mati, main facebook tidak ingat dunia, banyak lagi lah. Hee. Sambutan birthday Deb, Qila dan Atin. Sangat best. Walaupun birthday deb dan atin dah lepas, birthday qila belum sampai. Hee. Happy belated Birthday to Atin and Debbie. Happy birthday to Qila Pink *ucap awal-awal*.

Well, rumah baru ini sudah ada tiga orang colour maniac, Atin si kuning, Qila si kaki pink and Pika si tangan purple. Debbie si anak gajah. *Sebab sangat suka akan gajah*... Soon bakal bertukar, Debbie si ibu angsa.


P/s: Hati saya harus kembali kepada pencipta hakiki. Dia sudah memberontak.

Wednesday, April 7, 2010

Semuanya serba baru.

Assalamualaikum~

Oh wow... Pecah rekod sebab sangat lama tidak mengupdate blog. Masalah tenet memang merupakan masalah buat orang baru pindah. Hee. Tapi sekarang dah ok. Oh. Saya pindah rumah baru, lagi cantik, lagi besar dan lagi banyak bocor. Haish. Tapi tidak apa, rumah saya masih cantik.

Sekarang merupakan semester baru dan blok baru. Macam biasa, blog baru sangat best.. Dan sangat banyak. Sigh. Tapi oklah, sebab sebelum ini suka merungut bila mahu belajar jadi doktor sekarang sudah, merungut banyak pula. Fatihah, anda manusia yang tidak bersyukur.

Blog baru, semua orang belajar anatomy. Jumpa mayat, balik jadi kuat. Well, mayat.. I tidak takut dengan you mah... Hee. Tapi tidak lalu makan tengahari jugalah, sebab muscle manusia sama gila dengan ayam. Ayam rendang. Ayam masak kicap. OK.. Fatihah keji. Ahh. Makan tengahari sahaja ok. Makan malam sudah makan dengan pelahapnya. Oh.. Mungkinkah formalinnya yang membuatkan aku tidak lalu makan? Hmm... Aku rasa ya.

Apa yang membuatkan mayat nampak scary ialah misainya. Mula-mula masa aku tengok mayat itu, rasa macam biasa saja. Namun, bila aku tengok misai beliau yang seakan-akan misai bapa saudara aku itu, aku rasa scary. Di tambah pula dengan rambut beliau yang panjang dan di ikat. Subhanallah, baru perasan itu benar-benar dan benar-benar manusia. Terima kasih misai kerana meyedarkan saya tentang siapa anda sebenarnya.

Blok kali ini, harus belajar dengan kuat dan lebih kuat. Fighting!



p/s: Jaebeum cute.. Auw..

Monday, March 15, 2010

Saya percaya saya boleh.

Assalamualaikum~

Dah lama tidak update blog. Hee. Cuti sangat best. Rumah sangat best. Jalan-jalan dengan family sangat best. Ahh... Lee Chong Wei menang All England. Gila terer nak mampos. Jeles-jeles. Eh.. Mengapakah? Salah-salah. Bangga-bangga. Hee..

Aku ingat lagi masa kecil-kecil, aku suka sangat tengok Lee Chong Wei main. Dengan siapa je dia tidak lawan? Lin Dan? Taufik Hidayat? Semuanya sudah. Hee. Aku tengok dari Taufik Hidayat itu bujang sampai dah ada anak sekarang ni. Dari Chong Wei itu pemain biasa sampai jadi Datuk. Mereka saja yang aku selalu dengar bermain. Paling-paling yang muda pun Koo Kien Keat dengan Tan Boon Heong. Team beregu Malaysia. Mungkin ada yang lain kot, tetapi aku tidak tahu. Almaklumlah katak di bawah tempurung. Oh.. Saya sudah membebel. Hee.. Maaf..

Sebenarnya, dari dulu sampai sekarang. Aku. Hee. Aku. Hee. Aku. Hee. Aku. Hee. Sangat teringin nak berlawan badminton dengan Lee Chong Wei. Hee. Perasan terer. Hahaha. Padahal main macam itik. Aku saja nak tengok betulkah beliau itu sangat terer.. Adoi Fatihah Anisah. Obviously la dia terer sebab boleh menang All England. Tapi tetap teringin. Okeh. Satu lagi target dalam hidup aku, lawan main badminton dengan Lee Chong Wei. Hee. Fatihah VS Lee Chong Wei. Target yang poyos..

Bukan senang nak senang. Aku percaya ini bukan satu perjalanan yang mudah bagi Datuk Lee Chong Wei. Tahniah dan terima kasih.


Well... I do love badminton actually. Hee...



Saturday, February 27, 2010

Bumi Darul Aman memang aman.

Assalamualaikum~

Post pertama aku di bumi Malaysia selepas 7 bulan. Owh. Sangat lama dan sangat rindu. Rumah dah lain, makin kuning. Semakin ceria. Tv dah bertambah banyak. Adik aku pun dah bertambah, bertambah berat. MasyaAllah, gemuk gila. Kalau letak gorilla di sebelah dia, sumpah aku rasa dia sama besar dengan gorilla tersebut. Hahaha. Farah gemuk! Fine... Gorila memang agak melampau. Ayah macam biasa, tapi rambut putih dah bertambah. Hamster sangat dan sangat dan sangat gemuk. Gemuk dan gemuk. Ya Allah gemuk gila hamster itu. Aku dah tampar-tampar dah hamster itu, siapa suruh sangat gemuk. Mama maintain. Orang lain pun maintain..

Hari ini hari pertama aku duduk rumah. Rasa lain macam sikit sebab dengar iklan tv cakap melayu. Selalunya cakap bahasa Indonesia. Owh. Rumah memang best.

Ah... Teringat flight semalam. Sampai LCCT pukul 4 lebih-lebih petang. Kemudian, pergi solat, tengok jam dah pukul 5. Beratur di ATM, sangat panjang, ramai orang miskin seperti aku atau ramai orang baru balik dari Jakarta, tengok jam dah pukul 5.25. Duduk kejap, konon mahu tukar simcard dan segala macam, secara tidak sengaja membuka buku catatan tentang info flight aku, ada 3 jenis flight, Jakarta-KL, KL-Alor Star, Penang-Jakarta. Oleh sebab dah tidak sengaja buka buku catatan itu, dengan niat baik tengok jam flight KL-Alor Star, pukul 6.05 pm. Jam di tangan tunjuk pukul 5.30. Ok.. Fatihah Anisah binti Mukhtar memang bongok. Itulah kata-kata aku sepanjang aku berlari-lari satu LCCT mencari-cari domestic departure.

Sudah sampai di domestic departure, kaunter yang tulis ke Alor Star dah tiada, dengan keadaan yang tercungap-cungap bertanya pada orang di kaunter ke Kuching, apa yang patut di lakukan sekarang, dia cakap pergi customer service. Berlari lagi aku dengan pelbagai luggage yang sangat banyak ke customer service. Kena lecture dengan penjaga kaunter sebab lambat, si dia bagi boarding pass tapi luggage tidak di benarkan masuk kerana kargo sudah tutup, jam di tangan menunjukkan pukul 5.45. Sekali lagi, Fatihah Anisah memang bongok.

Orang di kaunter customer service suruh aku hantar luggage guna kargo, berlari-lari lagi cari kargo tetapi malangnya Fatihah Anisah yang bongok tidak jumpa, cuma jumpa tempat letak simpan barang. Then, aku dengan rasa macam nak menangisnya simpanlah luggage aku di situ, jam dah menunjuk pukul 5.55. Belari-lari lagi cari pintu berlepas, jumpa, duduk 2 minit terus pintu buka. Aku serius dan serius rasa nak menangis sebab tinggal luggage aku. Masuk flight, cari tempat duduk, menangis tidak tahu malu. Mat salleh kat sebelah dah pandang pelik.

Luggage itu ada barang-barang aku beli untuk mereka di Malaysia. Sangat terkilan, sebab memang excited mahu bagi kepada mereka. Adoi. Saya Fatihah Anisah sangat terkilan dengan kebongokan saya sendiri. Sekali lagi, Fatihah Anisah sangat dan sangat bongok.

Teringat peristiwa ini memang membuatkan aku mahu menangis. Haish...





p/s= Rumah sangat best. Sekarang sudah ada 3 ekor burung, 5 ekor ikan, 5 ekor hamster gemuk, dan 1 kucing yang perasan diri dia comel. Ayah... Arnab bila pula?

p/s lagi= Maaf post ini banyak perkataan bongok.