Tuesday, December 15, 2009

Perjuangan harus diteruskan.

Assalamualaikum~

Mungkin hari pertama block baru tidak seburuk yang di sangka walaupun modul kali ini boleh dikatakan setebal mungkin. Sekurang-kurangnya kami, pelajar 2009 kumpulan A dan B boleh melihat gambar Jame Bond zaman lalu yang hensem. Ah.. Lupa... Kumpulan C dan D juga mesti kena dan pasti sudah melihat gambar itu.

Lepas gambar Bond yang bakal dan sudah di kaitkan dengan Chemical bond atau dalam bahasa mudahnya a.k.a Ikatan Kimia dalam bahasa yang aku selalu anggap senang, muncul gambar perempuan seksi. Auw... Aku terkesima, kerana kelihatan dosen itu sudah berusia seusia mungkin. Ah... Mungkin mahu menarik perhatian kanak-kanak lelaki yang meningkat remaja didalam kelas. Lupa... Dalam kelas itu ada kaum adam.

Ikatan kimia menjadi subjek pertama yang dipelajari dalam modul Dasar Biologi Sel 1 bagi yang susah memahami, Basic Biology: Cell 1. Sila fahami dengan betul, kerana aku baru memahaminya sebelum menulis di sini.

Hari kedua merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Apabila penghawa dingin mengalami rusuhan beramai-ramai yang menyebabkan manusia di dalam dewan kuliah beramai-ramai mengeluarkan rusuhan kata-kata "Panas gila Jakarta", "Banyak Betul dosa kau", "Tolong tiup aku", "Brengsek punya ase", etc2.

Ase= aircond. Cara sebutannya bukan seperti 'ass' kata-kata kurang baik itu. Tetapi A-Se, A untuk ayam dan Se untuk sekor. Sekor, bukan sekor. Ah... Ayam Sekor! Perfect. Teha memang pandai. Hahaha. Ok. Lawak yang buruk.

Subjek karbohidrat seolah-olah memboikot aku apabila material yang banyak dan pelajarannya di ajar dengan terlalu cepat. Macam megi yang ditambah air secara berlebihan. Ditambah pula dengan panas yang mengakibatkan mengantok. Haish... Aku boikot nasi mulai hari ini. Selamat tinggal nasi.

Karbohidrat= nasi.

Hari ketiga, masih memerlukan perjuangan sebelum bercuti beramai-ramai. Yeay!

Fatihah Anisah perjuangan harus didulukan.



P/s= Mahar Khadijah binti Khuwailid daripada Rasulullah SAW adalah sebanyak 1000 unta. Sigh. Terlampau kagum.

3 comments:

Anonymous said...

citt...boikot nasi !
siap lu,kalu wa tengok lu makan nasi eay..



haahah

.::ANNAEM::. said...

Assalamu'alaikum my twin..Tehah..hee~

kate dosen dr rina..ase kite patut jgn bernafas.. boikot oksigen...
sbb die penyebab penuaan,,,klau byk nafas bleh jd tue n cpt mati...~ =P

fatihah~ said...

atin: wawawawa... grang gle... okeh.. mulai arini klo ade atin xble mkn nasi.. igt karbohidrat.

naim: klo boikot oksgen, mati... xble2... kta boikot CO2... tkar2... heee...