Friday, December 3, 2010

Sesuai Atau Tidak?

Assalamualaikum

Hai. Nama saya Fatihah Anisah. Dari kecil sampai besar bila saya tanya mak saya Fatihah Anisah itu maksudnya apa, mak saya pasti akan cakap maksudnya adalah perempuan tua yang tidak pernah kahwin. Dalam kes ini maksudnya anak dara tua. Waktu itu, ayah saya lebih kepada memandang dan tersenyum dengan jawapan mak saya itu. Saya? Of courselah saya rasa tak syok kan. Haish.

Then, bila dah masuk form 5, saya tanya lagi maksudnya nama saya apa, mak saya tetap akan cakap nama saya maksudnya perempuan tua yang tak pernah kahwin. Haish. Tapi kali ini ayah saya masuk campur. Ayah cakap mak saya main-main. Maksud nama saya adalah permulaan wanita. Kali ini, mak saya pula yang memandang dan tersenyum.

Ok. Post kali ini bukan nak berbincang pasal kahwin atau apa. Tapi saya rasa maksud nama saya memang agak sedikit tidak sesuai dengan perangai saya. Yalah. Ingat lagi masa darjah 1, kena suntik ubat, subkutan ok. Nama saya first tapi saya takut, saya tolak kawan saya dulu, kawan saya pergi sambil nangis saya ikut belakang sambil nangis juga. Nampak sangat saya memang tak sesuai jadi orang yang mula-mula. Haish.

Ok. What I am going to say is, saya memang takut kena suntik. *Macam tak ada kaitan je* Fine. Lepas itu bila sudah ambil course medic ini, nak ke tak nak ke, memang kena suntik dan disuntik. So, disebabkan baru-baru ini saya ada pelajaran untuk melakukan vein's puncture (cucuk vein orang, hisap darah dia, guna syringe *Ini bukan cerita Vampire's Diaries) isu yang di mana saya memang tidak sesuai jadi orang pertama muncul kembali.

Memanglah akan muncul, sebab saya hanya duduk dan melihat dan akhirnya pening tidak bersebab. Saya tidak cucuk orang dan orang tidak cucuk saya. Fair right? Ok. Vein's puncture is hurt and scary. Haish.

Masalahnya timbul bila saya selalu merasakan sampai bila saya akan terus begini. Takut kena ambil darah dan mengambil darah. Sampai bila? Sampai bila Fatihah Anisah? Sampai bila perempuan tua yang tidak pernah kahwin? Haish. Saya tidak tahu.

Tapi apa yang saya tahu, satu hari nanti saya akan atasi ketakutan itu bukan kerana saya terpaksa untuk menjadi seorang doktor tetapi kerana saya mahu. Saya mahu atasinya. Bila dan bagaimana? Saya tidak tahu.

Yang pasti saya akan.



4 comments:

maksud name sy cahaya kebahagian said...

hai perempuan tua yg tidak pernah berkahwin..sy jugak..sy mahu suntik2 org tapi tidak mahu disuntik..tidak mengapala kalau terpaksa.

fatihah~ said...

orang yang bahagia

^^

Anonymous said...

sy knal sape cahaya kebahagiaan tu!
sbb maksud nama dia sama ngan sy~

fatihah~ said...

dan saya kenal siapa anda, sebab anda sama nama dengan cahaya kebahagian. ^^