Wednesday, July 14, 2010

Bila Sudah Tua.

Assalamualaikum

Hahahaha. Mahu gelak sekuat-kuat hati dan sebahagia mungkin. Sangat kelakar bila baca post lama-lama. Rasa macam sangat keanak-anakkan dan rasa macam kembali ke saat menulis. Sangat kelakar dan sangat menarik. Hee.

Patutnya aku menulis lebih banyak dan lebih panjang. Jadi, bila lagi 5 tahun, aku akan imbau balik apa yang aku tulis. Hmm. Good idea.

Ok. Kita mulakan dengan sekarang.

Tarikh: 14 Julai 2010
Masa: 11.49 malam waktu Seoul

Sekarang tengah masuk minggu pertama blok baru dan blok terakhir semester 2. Blok Digestivus *In case Fatihah Anisah yang berusia 25 tahun terlupa, anda belajar perubatan dalam bahasa Latin*. Lepas blok ini, akan pulang ke Malaysia untuk berpuasa dan beraya dan berkenduri kahwin abang dan abang sepupu. Hee. Excited kan? *Sangattt*

Cukup sebulan, aku akan kembali. Yeay!


Buat Fatihah Anisah yang berusia 25 tahun. Saya tak tahu anda akan baca atau tidak. Tapi, apa-apa pun yang terjadi. Work hard, live smart. Kalau terjatuh, jangan menangis macam anda berusia 20 tahun. Bangun and become stronger. You know why? Because you are anak Mukhtar. =P

What anak Mukhtar always do?

We fight and we eat a lot. Fighting fighting!


p/s= Sudahlah dengan mangaonline dan shoppingonline. Tak habis-habis kamu ini. Mau lempang? Siapa? Pergi tengok cermin.


Saturday, July 10, 2010

Home.

Assalamualaikum

Hari ini pergi CL naik bas. *CL itu Pusat Membeli-belah*. Bas dia boleh tahanlah buruk dengan orang yang merokok lagi.

But, surprisingly, Im totally ok with the bus. Why? Because I felt like homed again.


Malaysia. Tunggu aku.



Iklan Petronas selalu bagi perasaan yang lain.

Aku betul-betul homesick sekarang.

P/s= Ayah. I miss you so much.

Monday, July 5, 2010

When The World Must Come Together As One.

Assalamualaikum



Entahlah. Aku rasa, aku sangat suka lagu ini.

We are the world.


Bukan untuk Haiti sahaja. Tapi juga yang berlaku di seluruh dunia. Palestin, Iraq, Acheh, Africa.


World. I hope that I can fix you without the others. But I just cant. Im sorry.

Saturday, July 3, 2010

Memang tak ada kerja.

Assalamualaikum

Boleh tak kalau aku nak exposed something. Hee. Aku-sangat-suka-baca-blog-ini

Sebab: 1. Aku sangat suka shopping online.
2. Aku rasa ragam manusia ini rupanya kelakar.
3. Tiada sebab yang munasabah.
4. Ambil pengajaran perkara yang patut, buang perkara yang tidak patut dalam kegiatan shopping online.

Ok. Aku tahu aku sangat tidak cool.

Friday, July 2, 2010

Betul, saya buntu.

Assalamualaikum

Perasan tak. Sejak kebelakangan ini industri Kpop tengah hangat membicarakan tentang kematian seorang aktor akibat bunuh diri, Park Yong Ha.

Kalau aku, jadi orang sekeliling beliau. Aku rasa aku dah tampar-tampar dia, walaupun dia dah tak bangun-bangun. Kecewa sangat ke hidup ini sampai nak bunuh diri? Susah sangat ke hidup ini sampai nak bunuh diri? Lihat sekeliling anda, buka mata luas-luas. Mereka sentiasa ada bersama. Walaupun tak kelihatan, tapi mereka ada.

Ini bukan post untuk Park Yong Ha. Aku tahu dia dah tak ada. Cuma cuba meluahkan rasa tidak puas hati dan rasa sedih bila tengok orang bunuh diri. Mungkin senang bagi aku kata macam ini kan. Buka mata la konon, aku tak rasa macam mana perasaan itu.

Sekurang-kurangnya, bagi pendapat aku, walaupun aku merasakan sudah tiada sesiapa yang ada, then I still got my Allah.

Okeh. Mereka masih ada tuhan bukan. Letakkan kepercayaan kepada tuhan anda, then bila sampai waktu yang sangat susah sehingga anda merasakan tidak boleh bernafas, things still will be ok.

Aku jamin pasti berjaya. Kalau tak berjaya juga. Cari aku.

Aku pernah masa kecil-kecil dulu. Masa mak aku tengah jahit baju. Sekeliling itu, ada banyak baju gantung-gantung, kemudian aku sengaja nak usik-usik beliau dengan buat letak lengan baju itu sekeliling leher then cakap "Mama, tengok Teha bunuh diri. Mama sedih tak?".

Tahu tak apa mak aku buat? Kena penampar yang sangat sakit dan tidak bercakap dengan aku selama beberapa hari. Itu merupakan kali pertama kena penampar dengan beliau dan kali terakhir untuk berkata mengenai bunuh diri. InsyaAllah.


P/s= Selamat Bulan Rejab. Soon. Ramadhan. Hee.